Monday, March 28, 2011

Gantikan Taib dengan Adnan



Selaku Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mesti mengambil keputusan untuk menggantikan Pehin Seri Abdul Taib Mahmud dengan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional untuk pilihanraya negeri Sarawak.

Umum mengetahui bahawa Ketua Menteri Sarawak akan berundur selepas pilihanraya untuk memberi laluan kepada muka baru sebagai Ketua Menteri yang baru.

Oleh itu, amat wajar sekiranya Ketua Menteri Sarawak diarahkan untuk mengosongkan kerusi Pengarah Pilihanraya untuk diisi oleh Tengku Adnan.

Bolehlah dikatakan secara amnya, kami berpendapat ramai penyokong BN di Sarawak akan menerima baik keputusan untuk mengarahkan Ketua Menteri Sarawak mengosongkan kerusi Pengarah Pilihanraya dan memberikan kepada Tengku Adnan.

Tengku Adnan adalah layak untuk menduduki kerusi ini memandangkan beliau mempunyai kedudukan yang tinggi dalam UMNO dan juga mempunyai pengalaman luas dalam hal pilihanraya.


Sebagai timbalan beliau, kami mencadangkan Datuk Shafie Abdullah kerana beliau amat mengetahui suasana politik Sarawak dan berupaya untuk memberi nasihat-nasihat yang berguna kepada Tengku Adnan.

Pengalaman yang telah diperolehi semasa pilihanraya kecil di Sibu tahun lepas sudah semestinya akan digunakan oleh Shafie untuk menangani pilihanraya negeri yang yang datang ini.

Friday, March 25, 2011

Laungan "Hidup Sarawak" tidak akan membantu kemenangan BN jika calon tidak berwibawa

Barisan Nasional perlu meletakkan calon yang benar-benar boleh menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya negeri yang akan datang.

Tiada gunanya meletakkan calon-calon BN yang bergema melaung-laungkan “Hidup Sarawak, Hidup Sarawak, Hidup Sarawak” beratus kali tapi kemudiannya tersungkur di pentas pilihanraya pada 16hb April nanti.

Kemenangan BN di Sarawak adalah penting kerana kemenangan tersebut akan dijelmakan sebagai kejayaan mengekalkan sebuah negeri yang selama ini dibawah pemerintahan BN.

Kejayaan ini kemudiannya akan memberi kesan kepada prestasi UMNO dan BN di pilihanraya umum yang akan diadakan selepas pilihanraya ini.

Atas dasar ini, kemenangan BN di Sarawak mesti diutamakan oleh semua pihak yang berada dalam BN termasuk para penyokong UMNO Sarawak.

Walaupun kita menjangkakan bahawa akan wujud perbezaan diantara pihak-pihak dalam BN tentang bagaimana untuk menjamin kemenangan BN, kita percaya perbezaan ini bukanlah satu halangan yang tidak dapat diatasi.

Yang penting, calon-calon yang diletakkan mestilah berupaya untuk mempertahankan ataupun merampas kerusi dari pembangkang.

Bukannya meletakkan calon-calon “Hidup Sarawak, Hidup Sarawak, Hidup Sarawak” tapi kemudiannya mencemar imej UMNO dan BN dengan kekalahan ditangan pembangkang.

Hidup UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, March 8, 2011

Mengapa perlu memperlekehkan Datuk Fadilah Yusuf dengan menulis “Tekak Sakit kah..??”


Siapa anda untuk mengkritik Fadilah yang merupakan Ketua Pemuda PBB merangkap Ketua Pemuda BN?

Tidak menjadi satu kesalahan Fadilah untuk mewakilkan siapa sahaja untuk berucap bagi pihak beliau.

Beliau adalah ketua yang sah diberi mandat oleh ahli-ahli PBB untuk memimpin pergerakkan pemuda parti tersebut.

Terpulang kepada beliau sama ada hendak berucap ataupun tidak. Ataupun hendak mewakilkan kepada siapa yang beliau kehendaki.

Keputusan beliau untuk memilih seorang pemimpin yang cemerlang, iaitu Wan Hamzah Wan Paie, tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Bahkan Ketua Menteri Sarawak sendiri tidak mempertikaikan tindakkan Fadilah ini.

Malah Ketua Menteri Sarawak mungkin memuji tindakan Fadilah kerana berusaha untuk memberi pendedahan kepada pemimpin muda seperti Wan Hamzah Wan Paie.

Andaian bahawa terdapatnya masalah didalam PBB, kita akui memang ada masalah tetapi Fadilah bukanlah punca masalah ini.

Yang menjadi punca masalah dalam PBB ialah Ketua Menteri Sarawak dan ketaksuban ahli-ahli PBB terhadap Ketua Menteri Sarawak yang berketurunan Melanau yang tidak tidak popular dikalangan Melayu, Cina dan Iban di Sarawak.

Sunday, March 6, 2011

Jelilah difitnah kerana niat sucinya membela rakyat Sarawak


Adalah satu tindakkan yang bodoh dan melampau untuk menuduh Datuk Jelilah Baba sebagai cuba untuk mensabotaj projek SCORE yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sarawak yang tidak disenangi oleh semua rakyat Sarawak.

Apa yang mungkin terjadi ialah Jelilah melahirkan rasa kurang senang beliau terhadap kelemahan projek SCORE yang tidak menguntungkan rakyat biasa tetapi hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang disokong oleh Ketua Menteri Sarawak.

Sekiranya inilah yang terjadi, maka Jelilah patut dipuji kerana mementingkan nasib rakyat Sarawak yang dipergunakan untuk menjayakan projek SCORE yang tidak memberi mereka sebarang manfaat.

Sebagai seorang pegawai atasan MIDA, sudah semestinya beliau amat mengetahui kelemahan ataupun keburukkan projek SCORE yang digembar-gemburkan oleh Ketua Menteri Sarawak dan tukang-tukang canang sebagai akan menguntungkan negeri Bumi Kenyalang ini.

Tukang-tukang canang projek SCORE cuba menyakinkan rakyat Sarawak bahawa banyak faedah yang akan dihasilkan seperti jalanraya yang merupakan keperluan asas rakyat.

Tetapi perlukah projek SCORE dilancarkan terlebih dahulu sebelum jalanraya dapat dibina?!

Mengapa tidak menggunakan hasil dari royalti minyak untuk membina jalanraya di kawasan projek SCORE?!

Oleh itu, kami berpendapat usaha untuk memburuk-burukkan Jelilah hanya bertujuan untuk memaksa beliau untuk tunduk kepada tekanan-tekanan yang mungkin diberikan oleh pihak yang berniat untuk mengaut keuntungan dari projek SCORE yang dicanangkan sebagai akan menguntungkan rakyat Sarawak tetapi sebenarnya akan merugikan rakyat Sarawak!