Wednesday, June 22, 2011

Daud, sekarang siapa lebih kecil?








Datuk Daud Abdul Rahman begitu celupar sekali apabila dia memperlekehkan Datuk Fadilah Yusuf sebagai kecil sekali berbanding dengan Pehin Sri Taib Mahmud.

Pemujaan Daud yang melampau terhadap Taib akhirnya memalukan dirinya sendiri apabila Taib disiasat oleh SPRM.

Mengapa sekarang lidah Daud menjadi kelu?

Siapa yang lebih kecil sekarang? Taib atau Fadilah?

Wednesday, June 8, 2011

Melobi jawatan Ketua Menteri Sarawak melalui bloger Semenanjung patut dipuji


Usaha-usaha yang dilakukan oleh beberapa bloger dari Semenanjung untuk mempromosi Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg patut dipuji oleh semua rakyat Sarawak.

Ini menunjukkan bahawa isu kepimpinan Sarawak bukan sahaja mendapat perhatian dari anak-anak tempatan tetapi juga dari anak-anak Semenanjung yang dulunya mungkin kurang arif hal ehwal politik Sarawak.

Kami ingin mengucapkan terimakasih kepada pemimpin Pemuda BN Sarawak, yang berkongsi maklumat dengan bloger semenanjung kerana tindakan ini menunjukkan bahawa anak-anak tempatan ini turut berkongsi hasrat dengan kami untuk melihat peralihan kuasa jawatan Ketua Menteri Sarawak untuk diisi oleh individu yang mendapat restu dari pemuda pemudi.

Profesor James Chin dari Monash University telah mendedahkan dalam akhbar theStar 8hb June bahawa ada kempen oleh bloger dalam alam siber sejak beberapa minggu lepas untuk melobi Datuk Amar Abang Johari menggantikan taib mahmud sebagai ketua menteri sarawak.  Kempen ini dirancang, beri maklumat dan kewangan oleh pemimpin pemuda BN sarawak.


Usaha-usaha yang diterajui oleh pemimpin Pemuda BN ini amatlah penting untuk memastikan nasib rakyat Sarawak akan sentiasa dibela oleh pemimpin yang berjiwa rakyat khususnya untuk orang melayu sarawak.  Kempen oleh pemimpin pemuda BN Sarawak ini perlu sebab bukan rakyat sarawak sahaja yang berhak memilih ketua menteri sarawak, orang semenajung pun patut diberi kuasa dan hak untuk memilih ketua menteri sarawak.  Dunia sekarang semakin 'global'.  Tidak dapat pemandangan cetek di sarawak sahaja.

Pemimpin Pemuda BN Sarawak ini ternyata berwawasan dengan menggunakan media baru untuk memulakan kempen untuk perebutan kuasa jawatan ketua menteri sarawak.

Kecenderungan untuk tidak menggunakan media perdana menunjukkan kebiasaan dalam sains, teknologi dan inovasi. Tahniah diucapkan.