Monday, September 17, 2012

Yusri Hidrus tidak boleh di salahkan kerana ulasannya dalam TV1 - Yang Berhormat Datuk Fadillah Yusuf



Seorang Pelajar UKM daripada Jurusan Kewangan dan Perbankan, Mohd Yusri Bin Hidrus telah memberikan hujah yang hina berkenaan Negeri Sarawak ketika program Bicara Kampus di TV1 ahad lalu. Tajuk yang dikupas dalam Bicara Kampus tersebut adalah berkenaan Integriti Nasional.

Mohd Yusri yang juga salah seorang pendebat UKM, malah pernah dinobatkan sebagai pendebat terbaik Debat Perdana Integriti, pada mulanya mengulas mengapa beliau tidak bersetuju sekiranya Sarawak diberi royalti daripada sumber-sumber seperti minyak, gas asli dan kayu balak.

Berikut adalah antara hujah yang dikemukakan oleh pelajar UKM tersebut.

1. Mohd Yusri berpendapat bahawa royalti minyak sebanyak 5% perlu dikaji semula dan dilebihkan kepada pembangunan di Semenajung Malaysia kerana pusat pentadbiran kerajaan Malaysia banyak terletak di Semenanjung.

2. Beliau juga berpandangan bahawa jumlah royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Sarawak itu lebih baik daripada tidak diberikan langsung oleh Kerajaan Persekutuan.

3. Beliau juga menganggap Sarawak adalah sebuah negeri yang cukup maju dengan hujah bahawa wujud restoran makanan segera McDonald di ibu negeri Sarawak, Kuching.

4. Beliau mengatakan bahawa tidak wajar untuk menyalahkan warga semenanjung yang bekerja di Sarawak kerana kebanyakan warga Sarawak lebih gemar menjadi petani dan nelayan.

Penghujahan beliau sekaligus mencalarkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia yang berdiri sebagai antara universiti terbaik di Malaysia. Pada masa hadapan, pihak RTM TV1 perlulah melakukan penilaian yang sebaiknya dalam usaha memilih panel bagi rancangan-rancangan mereka supaya perkara sebegini tidak berulang lagi.

Isu sentimen tidak harus dipanjangkan

Borneo Post September 17, 2012, Monday

TERBAIK: Fadillah (tengah) menyampaikan replika tiket kepada salah seorang murid terbaik yang bakal berentap di Kuala Lumpur November depan. Turut kelihatan Mazalan (kanan) dan Jaidah.
KUCHING: Isu sentimen tidak harus dipanjangkan sebaliknya ia perlu dilihat dari segi proses untuk belajar dari kesilapan terutamanya, yang membabitkan golongan pelajar universiti.
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata, walaupun mereka pelajar menara gading, masyarakat tidak harus menganggap bahawa golongan itu mempunyai pengetahuan secara menyeluruh.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pelajar universiti tempatan dalam program Bicara Kampus anjuran RTM, yang dikatakan membuat kenyataan menyinggung hati rakyat Sarawak.
“Akibat insiden itu ramai di kalangan rakyat terutamanya anak-anak Sarawak rasa terkilan kerana mereka menganggap pelajar univeristi sepatutnya adalah kumpulan intelektual dan mengetahui banyak perkara.
“Apapun saya mengharapkan khususnya rakyat Sarawak, bahawa matlamat program ini adalah baik kerana ia memberi peluang kepada pelajar universiti didedahkan dengan realiti kehidupan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan YIM Kids Invent 2012 Peringkat Sarawak anjuran Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Pustaka Negeri di sini, kelmarin.
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya dalam pada itu berharap pelajar yang terbabit itu belajar dari kesilapan itu agar tidak melakukan perkara yang sama pada masa akan datang.
“Jangan terikut dan bertindak secara rasional dan jangan membangkitkan perkauman kerana ia bahaya untuk Malaysia pada jangka masa yang panjang.
“Kita mahu pelajar kita lebih bertanggungjawab, berhati-hati membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan masa depan yang tidak sihat untuk negara dan pastikan perpaduan keharmonian dan kestabilan negara terpelihara,” kata Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri itu.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YIM Dr Mazalan Kamis dan Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Jaidah Alek.



Pada hari sabtu 15hb September beberapa ratus pemuda PBB telah mengiringi Mohd Junaidi Sambang dan Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili ke balai polis Sibu Jaya untuk membuat laporan polis mengenai kata-kata hina oleh Yusri Hidrus dalam TV1 bicara kampus.

6 comments:

  1. Dato fadilah ( YB sarawak ) semua nya lembut belaka....SEMUA nya tidak apa..walau rakyat kena pijak...pun TIDAK apa. TIDAK PATRIOTIK betul

    ReplyDelete
  2. Patut diambil tindakan supaya orang lain tak mengulanginya lagi. Masuk air btol...

    ReplyDelete
  3. Mangkok punya yusri..dasar xkenang budi.haktui..

    ReplyDelete
  4. tgk la kemana pengakhirnya Yusri lepas abis belajar nanti,hope nanti dia belajar erti kehidupan sebenar klak...masa student mmg berapi,dah kerja jadi abu...

    ReplyDelete
  5. Sampah masyarakat punya yusri

    ReplyDelete
  6. Wahai yusri yg bijaksana..nak tanya sikit..ko buat sarjana muda? Masters? Phd?kat ukm tu..ko ni patut belajar lebih lagi. Pendebat terbaik tak bermaksud hujah ko pun terbaik. Belajar lagi terutamanya sejarah pembentukan negara ni terutamanya sejarah perjanjian pembentukan Malaysia antara Malaya singapura Sabah dan Sarawak. Jangan terlalu terbawa-bawa rasa hebat diri tu.

    ReplyDelete