Kenyataan Azmin Ali bahawa PKR akan memberi autonomi penuh kepada Sarawak hanyalah satu janji kosong sahaja.
Pakatan Rakyat sekarang memegang empat buah negeri di Semenanjung Malaysia tapi apakah sumbangan yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Rakyat?
Sebenarnya TIDAK ADA!!! Berbanding dengan UMNO, parti yang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera ini amat giat membantu rakyat Sarawak tanpa mengenal penat lelah.
Walaupun bantuan yang diberikan itu disalah-ertikan sekelompok rakyat Sarawak.
Sepatutnya rakyat Sarawak tidak wajar untuk memandang serong bantuan dan sokongan yang dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan yang didokong oleh UMNO yang merupakan tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional.
Segala bantuan dan sokongan dihulurkan adalah atas dasar keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional yang ingin melihat Sarawak, dan juga Sabah, sama-sama menikmati pembangunan seperti negeri-negeri lain di Malaysia.
UMNO telah berusaha untuk membangunkan negeri Kelantan tapi malangnya kepimpinan kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS sentiasa berusaha menggagalkan usaha murni UMNO.
Pada pilihanraya kecil yang lepas, rakyat Kelantan telah mula menunjukkan sokongan mereka terhadap UMNO kerana mereka menghargai niat baik UMNO.
Manakala kerajaan Sarawak amat menyenangi perhubungan diantara UMNO dan PBB.
Malah kebanyakkan pemimpin PBB menghargai perhubungan ini kerana ianya memberi faedah yang banyak kepada negeri Sarawak.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, Kerajaan Barisan Nasional akan memberi tumpuan yang serius terhadap Sarawak melalui projek-projek pembangunan yang bakal membantu menyuburkan perkembangan ekonomi negeri dan juga negara.
Projek-projek yang berteraskan pembangunan seperti jalan raya dan bekalan air dan juga bekalan elektrik akan dilaksanakan dengan rancak di Sarawak.
Sebagai sebuah negeri yang saiznya hampir menyamai Semenanjung Malaysia, adalah satu kesukaran untuk membangunkan Sarawak seperti mana negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Pada masa yang sama, kependudukkan yang berselerak di merata tempat di Sarawak menyukarkan Kerajaan Barisan Nasional Pusat untuk memberi bantuan.
Tetapi, tanpa mengira betapa sukarnya untuk membantu Sarawak, UMNO akan sentiasa memastikan Kerajaan Barisan Nasional Pusat akan sentiasa memberi perhatian yang sewajarnya kepada Sarawak.
Selain dari memberi bantuan untuk membangunkan Sarawak, UMNO juga berjasa kepada rakyat Sarawak dengan membantu kontraktor-kontraktor Melayu agar dapat bersaing dengan kaum Cina dengan jayanya.
Oleh itu adalah satu tanggapan yang salah untuk menuduh UMNO cuba mengambil kesempatan dari bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan membolot projek-projek yang ada di Sarawak.
Bahkan, UMNO dengan rasa hormat keatas perhubungan yang mesra diantara Kerajaan Barisan Nasional Pusat dan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak, turut membantu kontraktor-kontraktor Melayu Sarawak untuk mendapatkan projek-projek di Sarawak.
Seorang kontraktor tempatan terkenal yang turut mendapat sokongan yang kuat dari UMNO ialah Datuk Bustari Yusuf yang mungkin dapat dianggap sebagai kontraktor Melayu dan Bumiputera yang paling berjaya di Sarawak.
Kejayaan beliau ialah bukti kepada keikhlasan UMNO membantu rakyat Sarawak melalui PBB.
Beliau dilaporkan telah menerima projek-projek di Sarawak berjumlah RM1 bilion dari Kerajaan Barisan Nasional Pusat - iaitu projek bekalan air berjumlah RM150 juta, projek Lembaga Hasil Dalam Negeri berjumlah RM200 juta, projek sekolah berjumlah RM250 juta, projek Kementerian Pertahanan Malaysia berjumlah RM300 juta dan projek jalan raya berjumlah RM100 juta.
Perlu diingatkan pemberian ini adalah atas dasar projek-projek tersebut ialah untuk PBB iaitu parti tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional Negeri.
Diharapkan rakyat Sarawak dapat menerima UMNO memandangkan UMNO telah banyak berjasa kepada negeri Sarawak.
Kehadiran UMNO secara rasmi di Sarawak sudah tentu akan menyemarakkan lagi perhubungan UMNO dengan rakyat Sarawak serta mengukuhkan perhubungan yang telah sedia ada.
UMNO hakikatnya sudah menguasai Sarawak.Walapupun apa alasan perjuangan mengumnokan Sarawak sudah sekian lama berlaku,renung-renungkan.
ReplyDeleteRakyat Melayu dan peribumi Sarawak pasti majoritinya sudah memikirkan perkara ini, parti tonggak Melayu dan peribumi yang ada di negeri Sarawak semakin lemah dan hilang landasan perjuangan memperjuangkan nasib rakyat dinegeri ini.
Kemunculan parti pembangkang dan parti-parti sayap kiri serta gerakan badan-badan bukan kerajaan turut memberi petunjuk yang sudah masanya UMNO perlu meyatukan peribumi dan Melayu serta Melanau.
Pilihanraya DUN kali ini akan menyaksikan golongan yang mahukan UMNO terbukti.Jangan terlambat untuk berbuat sesuatu dan menerima hakikat ini yang komponen BN negeri perlu bertanya kepada JPUNS dan rakyat amnya.
Kepimpinan Pehin Seri perlu disinambungkan menerusi layar UMNO di Sarawak bagi menjamin hak Melayu dan peribumi.Dalam usaha ini komponen BN negeri jangan angkuh dalam menghadapi kebangkitan generasi baru dan generasi tua yang mahu lebih dari apa yang sudah ada sekarang bagi menjamin masan depan yang lebih cemerlang dan gemilang.sekian Amarneng
ahhh we say no to UMNO.. we dont want this land to be conquer by Another Malayan.. SO UMNO PLEASE BEHAVE YOURSELF>>
ReplyDeleteumno tidak sesuai masuk sarawak.
ReplyDeleteUMNO @ BN tidak relevan lagi dah,,,,,harta sarawak dah abis di bedal BN,,,,enough is enough
ReplyDeleteUMNO bukan hanya sesuai tapi perlu bertapak di semua negeri di negara ini untuk mengukuh serta menyatu-padukan kesemua rakyat pribumi tak kira bangsa serta agama. Formula ini akan membuktikan bahawa umno memang sudah berubah dan berjaya mentransformasikan dirinya supaya relevan untuk semua masyarakat bumiputera khususnya. Orang Sarawak harus bersifat jujur serta ikhlas dengan menerima hakikat bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia tanpa ada perbezaan diantara semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kita seharusnya mempergiatkan usaha untuk hidup bersatu padu, hormat menghormati serta bertoleransi demi mempertahankan kedudukan serta hak kita sebagai pribumi. Selagi umno tidak dibenarkan bertapak di bumi Sarawak maka selagi itulah orang Sarawak akan dikongkong dengan sikap anti semenanjung kerana sikap pemimpinnya sendiri yang tidak mahu campur tangan 'orang luar' supaya mereka akan dapat terus menjadi rajah serta memperlakukan harta kekayaan negeri Sarawak sesuka hati. Jika umno tidak diterima oleh orang Sarawak maka jangan salahkan umno diatas segala macam ketidak-adilan serta kerakusan yang berleluasa dan orang Sarawak akan terus tinggal di dalam cengkaman sikuku besi!! fikir-fikirkan.
ReplyDeleteTaib adalah proksi UMNO... Rakyat Sarawak jangan keliru.. lihatlah bagaimana Taib beriya-iya memindahkan hasil minyak dan gas dari Swk kpd kerajaan pusat yg di kuasai UMNO... Kayu balak dan pelbagai projek yg dikongsi oleh Taib dgn para pemimpin UMNO.. Lihatlah..bagaimana SPRM jadi syaitan buta, pekak dan bisu ...dlm kes salahguna-kuasanya di Sarawak. Dia dan UMNO sama2 menyamun Negara Sarawak ini dengan rakusnya..sementara peluang masih ada...Bangkitlah rakyat jati SARAWAK..!!!
ReplyDeleteaiyeee...bila satu kompeni konker semua projek..so kompeni lain dah sik bernafas....keadilan rah palak lutut.. hahaaa.. sekian terima kasih
ReplyDeleteBeliau dilaporkan telah menerima projek-projek di Sarawak berjumlah RM1 bilion dari Kerajaan Barisan Nasional Pusat - iaitu projek bekalan air berjumlah RM150 juta, projek Lembaga Hasil Dalam Negeri berjumlah RM200 juta, projek sekolah berjumlah RM250 juta, projek Kementerian Pertahanan Malaysia berjumlah RM300 juta dan projek jalan raya berjumlah RM100 juta.>>>>> sapa nak kaya dalam cerita tok..
ReplyDeleteBeliau dilaporkan telah menerima projek-projek di Sarawak berjumlah RM1 bilion dari Kerajaan Barisan Nasional Pusat - iaitu projek bekalan air berjumlah RM150 juta, projek Lembaga Hasil Dalam Negeri berjumlah RM200 juta, projek sekolah berjumlah RM250 juta, projek Kementerian Pertahanan Malaysia berjumlah RM300 juta dan projek jalan raya berjumlah RM100 juta.>>>>> sapa nak kaya dalam cerita tok..
ReplyDelete