Tuesday, November 23, 2010

Luahan rakyat mahukan Umno di Sarawak

Petikan dari forum www.topix.com pada 4 Oktober 2010
"Mungkin sudah tiba masanya Sarawak perlukan Umno, sebab apa yang saya perhatikan sekarang nasib orang Iban dan kaum Bumiputera yang lain terus tidak dipedulikan dan tiada pembelaan.
Bak kata orang, harapkan pagar pagar pula makan padi. Orang Iban di rumah panjang terus hidup melarat dan miskin papa kedana.
Apa yang berlaku sekarang kekayaan negeri Sarawak hanya dimonopoli oleh kaum Cina dan Melanau, tapi yang paling nyata ialah kaum Cina yang terus mendominasikan segala bentuk perniagaan daripada yang halal hingga ke yang tidak halal.
Jadi saya amat berharap agar Umno mengibarkan sayapnya ke negeri Kenyalang supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera. Welcome to Sarawak Umno. Hidup Umno".

12 comments:

  1. agree... time to start planning for a better future..n no more dream to have a dream..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. UMNO ialah sebuah parti yang sentiasa berusaha untuk berubah sesuai dengan peredaran zaman serta keperluan keadaan semasa. Inilah erti sebenar perubahan dan transformasi demi perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. UMNO juga sentiasa mengharungi cabaran didalam mempertahankan martabat serta hak bumiputera yang saban hari kian digugat oleh sesetengah pihak termasuk orang melayu sendiri. Jika UMNO tidak diperkukuhkan serta dipertahankan oleh orang Melayu dan bumiputera maka satu hari kelak kita akan merempat dan menjadi kuli di negeri sendiri. Bukan keaslian UMNO yang kita cari dan megahkan tapi kita ingin UMNO yang relevan dari semasa ke semasa untuk kepentingan rakyat khususnya masyarakat bumiputera yang berbilang kaum dan agama. Hidup UMNO!, Hidup Rumpun Melayu!

    ReplyDelete
  4. lucu juak bila masa sarawak ada UMNO..molah lawak kah pok??? aku rasa better parti di sarawak ya di dominasi oleh "grassroots" parti asli sejati sarawak, no need parti luar sebab mun di ekotkan sejarah pembentukan UMNO sabah lain, sidak sabah sik sama ngan kita pok!!

    ReplyDelete
  5. Untuk membentuk UMNO di Sarawak tidak perlu melihat kepada sejarah tetapi harus BELAJAR dari sejarah. UMNO adalah parti tulang belakang bukan hanya BN tetapi Negara! UMNO juga adalah parti yang diyakini oleh rakyat untuk dapat terus menjaga serta membela hak bumiputera! Sebagai rakyat Malaysia UMNO harus dan berhak bertapak dimana-mana negeri lebih-lebih lagi apabila rakyat Sarawak (bukan parti) sudah menerimanya. Orang Sarawak tak perlu diajar sama ada untuk menerima atau menolak UMNO kerana mereka boleh menilai sendiri! Orang Sarawak juga tak perlu dikongkong untuk terus menerima parti asli sejati Sarawak kerana mereka ada mata dan telinga untuk menilai! Contohnya, jika parti PBB (jaguh kampung) bertapak dimana-mana negeri di Malaysia ini, minta maaf! Siapa nak join??? Tapi kalau UMNO? Jadi??? tak cukupkah fakta ini untuk dijadikan bandingan?? Jangan berfikir seperti orang diatas yang berkepentingan tetapi berfikir sebagai orang di "grassroot". Grassroots adalah rakyat asli sejati sebenar! Bukan parti yang harus menentukan keinginan rakyat tetapi rakyat yang harus menentukanya! Sebab itu, UMNO sudah bertapak di hati ribuan rakyat bumiputera Sarawak! Hanya orang buta dan pekak sahaja yang tak ingin tahu! Perlembagaan UMNO menerima semua rakyat bumiputera Malaysia termasuk orang Sarawak justeru itu ribuan orang Sarawak sudah menjadi ahli UMNO. Orang UMNO tak perlu menunggu PM katakan UMNO akan masuk Sarawak sebab orang UMNO sudahpuh ada di Sarawak dan mereka terdiri daripada orang asli sejati Sarawak sendiri!! Jangan tunggu dan lihat dan berpikei lama gila!! Mau atau sik UMNO endang udah ada di Sarawak!!Hanya nunggu saat....

    ReplyDelete
  6. Tuan Yusufjalli,jangan bermuhasabah dalam hal politik ajak. Muhasabahlah dalam semua aspek. Jangan memperkecilkan seseorang atau sekumpulan orang, jika kita tidak tahu di mana kekuatan kita.Nampak gaya mungkin tuan yang sik belajar sirah dan asa perjuangan UMNO. Biarlah sidak menentukan hala tuju politik sidak, jangan kutuk atau dihina kerana ajaran Islam kita pun sik mengajar umatnya macam ya. Sik kira apa parti politiknya, manusia juak yang memimpinnya yang sik lepas dari kesilapan dan selalu terpedaya dengan mainan dunia. Rakyat Sarawak memerlukan perubahan dari atas ke bawah. Hanya perubahan dapat merubah sarawak untuk masa hadapan. Jangan di ajar orang sarawak dengan politik yang kotor, yang sentiasa mok naik dengan menekan dan mempamer kelemahan pihak lain. Sapa yang rakyat sarawak rasa dapat membawa pembangunan alaf baru, ya lah disokong sidak.Rakyat Sarawak udah bijak, tepuk dada tanya lah iman.

    ReplyDelete
  7. Usaha JPUNS untuk mengumnokan Sarawak menerusi rakyat nampaknya begitu melonjak ke tahap yang lebih baik. Penerangan dan perjuangan peminat serta pencinta UMNO dapat diterima dan difahami.Itulah yang dapat kita rasakan bersama.

    Antara faktor rakyat Melayu/Melanau dan peribumi Sarawak menerima perjuangan mengumnokan politik Sarawak ialah kesedaran nasional yang berpaksikan sistem pemerintahan negara raja berpelembagaan.

    Walau ada usaha lain yang digerakkan oleh golongan tertentu saya rasa JPUNS sudah semakin matang dan telah bersedia.Mudah-mudahan golongan yang masih sukar menerima perubahan ini akan menerima juga yang " Transformasi politik sedang bergerak pantas mengubah lanskap politik Sarawak".


    Antara yang akan berlaku nanti ialah pengunduran ahli politik vetran dan munculnya generasi pemimpin muda yang boleh menyumbang kepantasan pembangunan manusia global. Meskipun di Sarawak kebangkitan pemimpin kelas ketiga tidak begitu ketara dalam gelora namun kita yakin kemunculan beberapa parti dan kumpulan radikal dalam memperjuangkan nasib dan hala tuju politik Sarawak mampu mengubah keadaan pentadbiran negeri ini.


    Gelombang ini sudah dirasai dijangka BN negeri akan kehilangan lebih 30 kerusi.Keadaan ini akan lebih buruk berbanding 1987/88.Jumlah lebih 30 peratus pengundi atas pagar dan gerakan JPUNS yang bercadang meletakkan calon-calon bebasnya di lebih 30 kawasan akan memberikan gambaran hasrat baru rakyat Sarawak.


    Selain itu,kesedian SNAP untuk meletakkan 28 calon di kawasan majoriti Dayak selain peranan sokongan politikl luar juga akan turut menyumbang kearah itu.Dan dalam masa yang sama kehadiran kumpulan Parti Ekoniomi Rakyat Sarawak yang turut bercadang meletakkan 36 calon memungkinkan akan wujud kumpulan calon Bebas Bersatu menentang calon-calon BN negeri.

    Kemampuan untuk menang memang cerah,cuma agenda tersembunyi akan mengagalkan kumpulan ini. Bagaimanapun calon JPUNS dijangka akan mampu membuat kejutan kerana perjuangan mereka mudah di terima dan difahami.Sekian jumpa lagi.

    ReplyDelete
  8. JPUNS....hati2 apabila menyatakan nama sesebuah kaum dlm artikel anda....kalau benar cina dan melanau sahaja yang menonjol dlm menguasai ekonomi sarawak ini,maka akan ada persoalan2 yg tertentu yang akan timbul..Contohnya :..(1).jadi apa yang terjadi dengan bangsa MELAYU itu sendiri??..(2).adakah mereka merempat meminta simpati??...(3).tiada langsungkah org kaya dari kalangan org MELAYU di sarawak ini??..(4).terdesak sangatkah MELAYU sarawak ini meminta kehadiran MELAYU dari Semenanjung??,.(5).tidakkah ini menunjukkan bertapa lemahnya MELAYU sarawak ini???...mungkin juga Abg JO,Adenan dan mereka2 yg seangkatan bukan MELAYU sarawak...Jabu mungkin melanau...fikir2kanlah demi utk RAKYAT SARAWAK

    ReplyDelete
  9. UMNO oh UMNO..wahai pembawa-pembawa UMNO sekalian, apa kamu takut kehilangan kuasa ke? takut kehilangan majoriti dalam parlimen malaysia ke? di semenanjung UMNO kelihatan sudah kurang pengaruhnya sejak kehilangan majoriti dalam PRU yang lepas, kenapa nak kata UMNO saja tulang belakang BN? apa parti lain tak ada peranan besar ke? apa UMNO ni terlalu dominan ke? kenapa nak kutuk parti komponen lain dari sarawak seperti PBB sebagai jaguh kampung? sedarlah wahai BN, disebabkan jaguh-jaguh kampung itulah kamu masih bernafas dalam Parlimen Malaysia. dah lupa ke kemenangan tipis dalam PRU lepas sampai 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang. nasib baiklah BN sarawak banyak menang. kalau tak, mmg Anuar Ibrahimlah yang jadi PM skrg ni, tak pun Lim Kit Siang!!

    ReplyDelete
  10. Kita dengar dan faham apa yang sentiasa disebut bila perhimpunan agung UMNO. Ada disebut iban, bidayuh,melanau,dan orang ulu, tak ada pun. Perlembagaan UMNO perlu diubah jika betul nak membela nasib kaun selain melayu. jangan caakap sahaja.
    Sekarang sarawak bebas. Kalau Tok Uban kata lepaskan tali perahu kita lepas. Ingat rakyat sarawak, jangan nak mengikat atau mengurung diri sendiri. kecapilah kebebasan.
    Mana-mana rakyat sarawak yang ingin masuk UMNO sila gulung tikar pindah ke semenanjung malaysia.

    SELAMATKAN SARAWAK

    ReplyDelete
  11. Semua orang bumi asal Sarawak akan bangkit menentang umno jika umno masuk sarawak kerana ini bukan tempat anda. INGAT... KAMI AKAN BANGKIT DAN TENTANG HABIS HABISAN. AGI IDUP, AGI NGELABAN...

    ReplyDelete
  12. setuju, UMNO hanya mperjuangkan bangsa melayu dan ia sangat tidak adil untuk bangsa bumiputera yang lain..dah terang lagi menyala UMNO hanya pentingkan bangsa melayu dan kalau boleh ingin meMELAYUkan bumiputera yang lain..
    saya pun orang melayu tapi saya tidak setuju kedatangan UMNO ke sarawak..UMNO hanya untuk semenanjung yang suka berpolitik..yang suka ambil hak orang lain...

    ReplyDelete