Melayu Pulau Pinang bakal hidup melarat
Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my
2010/11/12 Pemilikan tanah hanya tinggal 20.41 peratus
GEORGETOWN: Pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang kini hanya tinggal 20.41 peratus, meskipun kaum itu mewakili 44.89 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada UMNO, Muhammad Farid Saad, berkata lebih membimbangkan, Daerah Timur Laut iaitu kawasan paling pesat membangun di Pulau Pinang, tanah milikan Melayu hanya 1.16 peratus.
Katanya, kajian UMNO Pulau Pinang juga mendapati ada 60 perkampungan Melayu yang mempunyai 7,000 penghuni dibina di atas tanah orang lain.
“Berikutan itu, penduduk bakal kehilangan tempat tinggal pada bila-bila masa,” katanya pada forum bertajuk Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang di sini, kelmarin.
Farid adalah salah seorang daripada empat ahli panel forum berkenaan, selain Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff; Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Dr Mujahid Yusuff Rawa dan Presiden TERAS Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Pada sesi soal jawab forum itu, seorang peserta mencadangkan supaya satu fatwa dikeluarkan bagi memastikan tanah milikan Melayu di Pulau Pinang tidak terlepas ke tangan bukan Islam.
Mengulas cadangan itu, Farid melihat perkara berkenaan secara positif dan sesuatu yang wajar jika keadaan benar-benar memerlukan.
“Jika berlaku pertukaran milikan tanah yang boleh menyebabkan tiada lagi orang Melayu di sesuatu kawasan sehingga membawa kepada solat Jumaat tidak boleh didirikan kerana tidak cukup jemaah, ia wajar dilakukan,” katanya.
Mujahid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut bersetuju jika ada fatwa sedemikian, tetapi ia bukan satu jaminan orang Melayu tidak menjual tanah kepada bukan Islam.
“(Kalau ada) fatwa pun boleh berlaku (pertukaran milikan tanah kepada bukan Islam) juga,” katanya sambil menjelaskan faktor tawaran harga lumayan memainkan peranan penting dalam urusan jual beli tanah.
Azmi pula berpandangan, masalah itu memerlukan komitmen yang lebih kerana jika diwujudkan fatwa sekali pun, urusan penjualan tanah kepada bukan Islam akan terus berlaku.
Apa salah bagio Cina untuk menjadi raja, kerana semua itu adalah akibat nya orang KITA sendiri mahu demikian. Dan suka bersongkongkol dengan Cina, dan apa Cina mahu beri minta apaha beri betis dan seterusnya semua itu adalah akibat dan salah langkah orang orang yang jadi Pemimpin terus mahu beri dan buka pintu luas kpd Cina. Jika ia berlaku pun ia adalah kerna pemimpin KITA mahukannya. dan rakyat akan menjadi mangsa.
ReplyDelete