Satu daripada cara UMNO untuk masuk ke Sarawak, menerusi usaha Affendi Jeman, menemui jalan buntu apabila Parti Agenda Rakyat Bumiputera Sarawak (ARBS) secara rasmi ditarik balik permohonan pendaftarannya semalam.
Sumber memberitahu, Affendi Jeman yang menjadi pengerusi penaja Parti ARBS, telah mengemukakan surat memohon agar proses pendaftaran tidak diteruskan.
Parti tersebut ditubuhkan dengan niat untuk membolehkan mereka yang berminat dengan UMNO di Bumi Kenyalang dapat menyertai pilihan raya negeri akan datang.
Nampak gaya, matlamat itu terkubur. Tetapi sebenarnya tidak terkubur sepenuhnya.
Affendi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penaja Umno Sarawak (JPUNS) telah memikirkan cara bagaimana hendak meletakkan calon-calon pro-UMNO.
Dia masih berteka-teki dengan saluran yang bakal digunakan. Tetapi tidak mustahil mereka akan bertanding sebagai calon Bebas.
Tetapi, persoalannya, adakah rakyat yakin dengan penggunaan lambang Bebas oleh mereka yang mengatakan memihak kepada UMNO? Rakyat, terutama golongan tua di luar bandar, sudah disemai dalam minda untuk memangkah hanya Barisan Nasional (BN).
Pendek kata, dalam minda warga emas hanya terbayang ‘dacin’ jika tiba musim pilihan raya.
Justeru, Affendi dan rakan-rakan yang setia dengan perjuangan untuk membawa masuk UMNO ke Sarawak perlu bekerja mulai sekarang dalam memberi penerangan kepada orang ramai alasan di sebalik penggunaan lambang Bebas.
Jika ramai calon Bebas pro-UMNO menang banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak, sudah pasti Affendi berjaya membuktikan UMNO diterima rakyat Sarawak.
Seterusnya, UMNO mempunyai alasan menebarkan sayapnya ke Sarawak dalam merealisasikan perjuangan memajukan Melayu dan Bumiputera.
Hidup UMNO untuk Bumiputera Sarawak!
Sudah tiba masanya kumpulan gerakan mengumnokan Sarawak mencabar calon BN negeri kali ini.Walaupun di lihat memperlihatkan penentangan kepada kepimpinan Pehin Taib namun itu adalah langkah sebaik-baiknya bagi menyedarkan YB BN negeri yang membuktikan minda rakyat sudah berubah daripada terus digula-gulakan selama ini.
ReplyDeleteKumpulan JPUNS yang dipimpin oleh Affebndi Jeman memang relevan dalam arus politik Sarawak.Rakyat akan membuktikankan kuasa mereka nanti...
persoalannya, adakah umno diperlukan di Sarawak? sedangkan kehadiran umno di semenanjung dan sabah tidaklah seberapa sangat sambutan di kalangan penduduk di dua wilayah tersebut
ReplyDeletesame ade umno diperlukan oleh rakyat atau tidak, tak menjadi masalah. persoalan yang perlu dipikiaq ialah same ade umno diperlukan oleh pemimpin. betul tak dato?
ReplyDeleteJANGAN KERANA NYAMUK SEEKOR KELAMBU KITA BAKARKAN!
ReplyDeleteSamada UMNO diperlukan atau tidak oleh rakyat Sarawak bukanlah agenda utama BN pada waktu ini. Apa yang lebih penting adalah untuk parti-parti komponen BN termasuklah UMNO merapatkan barisan dan memperkukuhkan kedudukan politik di kawasan masing-masing.
Atas dasar dan semangat SETIAKAWAN dalam BN, pengurusan tertinggi UMNO sepatutnya memberhentikan gerakan JPUNS dan memberi kata dua kepada pihak JPUNS dan kumpulan UMNO pusat yang menjadi dalang kepada penubuhan gerakan ini. Usaha sesetengah pihak untuk membawa UMNO ke negeri Sarawak dilihat akan dapat merapuhkan hubungan baik di antara UMNO dan parti-parti komponen BN Sarawak yang telah terjalin sekian lama. Ada sesetengah ahli-ahli parti komponen BN berpendapat sekiranya UMNO sanggup berbuat sedemikian rupa kepada PBB yang merupakan parti komponen BN yang paling stabil merujuk kepada rekod kemenangan pada pilihanraya-pilihanraya yang lalu apatah lagi kepada parti-parti komponen yang lain. DAP, PKR dan PAS sudah pasti akan mengambil kesempatan ke atas kejadian ini.
Pilihanraya negeri dijangka akan diadakan pada awal tahun depan dan BN tidak mampu untuk melakukan kesilapan sedemikian pada saat getir ini. Pengumuman JPUNS untuk meletakkan calon bebas pada pilihanraya akan datang cuma akan mengundang malapetaka bukan sahaja kepada BN Sarawak tetapi kepada BN secara keseluruhannya.
Agenda utama BN pada waktu ini ialah agenda mendahulukan kepentingan hak kebebasan rakyat Sarawak untuk memilih mana-mana parti yang mereka inginkan dan kami memilih UMNO! Sorry PBB when CM retire, just close yous shop ang join UMNO!
ReplyDeleteAgenda yang terpenting dan PALING penting dari segala macam agenda ialah bukan agenda PBB atau mana-mana parti komponen BN Negeri TETAPI adalah agenda mengutamakan serta mendahulukan hala tuju masa depan RAKYAT Sarawak.
ReplyDeletePBB yang menarajui parti politik Sarawak selama ini telah di beri peluang oleh Rakyat khususnya kaum bumiputera namun kita semua tahu apa ceritanya dengan nasib rata-rata kaum bumiputera yang sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Kebangkitan generasi baru menyalahkan BN negeri secara tidak langsung menyalahkan UMNO yang dijadikan permainan sandwich dan lantas mereka mengambil jalan mudah dengan menyertai pembangkang sebagai satu-satunya alternatif walaupun menyedari bahawa PR hanyalah setahun jagung dan secara logiknya adalah umpamakan budak kecil yang berangan-angan nak jadi champion tanpa memikirkan perlunya menjalani berbagai bagai latihan serta jerih payah, susah senang sebelum nak bergelar juara!
Kita menghargai usaha sesetengah pihak yang cuba sedaya upaya untuk membuktikan sebarang macam "ketidak adilan" yang terjadi di negeri ini. Kalau nak harapkan PBB maaflah, semua kita tahu contohnya YB Saribas dah pun kena disiplin. Jelas! suara rakyat bukan menjadi keutamaan.
Justeru itu saya sebagai rakyat biasa yang dan lama dalam parti PBB dan tak kurang pulak memegang jawatan yang penting merasakan tiada parti lain yang mampu meneruskan perjuangan politik khususnya kaum bumiputera selain daripada BN namun hanya UMNO lah yang mampu menjalankan tanggungjawab ini. UMNO sudah berusaha dan senentiasa berusaha melakukan transformasi bagi melaksanakan acuan terbaik untuk mentadbir sebuah negara yang berbilang bangsa serta ugama walaupun ada pihak yang suka mencari perbezaan, menghasut serta cuba memecah belahkan bumiputera dengan berbagai-bagai isu yang sensitif. Umno sering kali di manipulasi, kadang-kadang dianggap sebagai kawan jika diperlukan dan kadang-kadang dianggap sebagai ancaman juga jika keadaan memerlukan.
Berilah peluang untuk rakyat membuktikan semasa pilihanraya ini nanti samada rakyat suka atau tidak dengan kemasukkan UMNO biarpun terpaksa berdiri atas tiket BEBAS!
KALAU DAH TAHU ADA NYAMUK DI KELAMBU KENAPA BIARKAN DIRI KITA TERUS MENERUS DIHISAP?
ReplyDeleteJawapan yang paling logik dan bertanggungjawab ialah kita perlu keluarkan nyamuk dan tukar kelambu dengan yang lebih kukuh. Bukan bakar kelambu sebab kelambu lama ya boleh di simpan dalam muzium. Nak bandingkan PBB dangan UMNO adalah umpama sampan dengan bahtera. Jika ombak perubahan melanda alamat bakal bocor dan karamlah kita orang PBB dan bila big boss dah tak ada alamat bekulilah kita selama-lamanya dengan sida tawkey-tawkey.
Bangun dan berubah jangan dok siok dengan sejarah silam PBB. Hanya UMNO lah yang dapat menjaga dan membela masa depan kita bumiputera. Bagi orang melayu yang selalu madah "mun UMNO masuk kamek akan berada di depan!'. Benarlah kita orang melayu mau jadi jaguh mun makanan dah di hidang di depan mata! Sebab ya lah agaknya kita orang melayu Sarawak sentiasa menunggu Q nak jadi CM sbab asyik membiarkan orang lain polah dulu..Kita si perlu nak nunggu orang semenanjung datang barulah nak ke depan sebab kita sendiri boleh polah umno di Sarawak. Untuk langkah pertama mun sida PBB si nyuruh, kita sokong aja orang yang bertanding atas tiket Bebas yang maukan UMNO. Abis cerita!
KALAU PKR, PAS, DAN DAP BOLEH DIBENARKAN UJUD DI SARAWAK MENGAPA UMNO PULA TIDAK BOLEH MASUK SARAWAK. BIARKAN LAH RAKYAT SARAWAK TENTUKAN SAMAADA MAHU MENYOKONG ATAU TIDAK CALON BEBAS YANG PROKAN UMNO. JIKA SEKIRANYA UMNO SARAWAK LETAK CALON BEBASNYA INSYALLAH SAYA AKAN PASTI MENGUNDI UMNO. SEMOGA MELAYU DAN BUMIPUTRA SARAWAK MENJADI SATU KELUARGA YANG PERKASA DI BAWAH UMNO SARAWAK.
ReplyDeleteumno's existance in sarawak would mark the beginning of racial-based party and thats not what we want, nor what we need in sarawak. please dont hide under the banner/tagline of "pejuang hak melayu dan bumiputera sarawak". what are the efforts or contributions of umno towards sarawakian natives? its all and will always be about "malays" and again, such racial based politics has no place in sarawak.
ReplyDelete