Saturday, October 30, 2010

Fadillah berpandangan jauh hadapi pilihanraya



Dalam tempoh antara sekarang dan tengah tahun depan, mata para penganalisis politik tidak terlepas dari menilai tindakan dan percakapan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Mereka, malahan juga orang-ramai, menunggu petunjuk paling pasti bila pilihan raya diadakan.

Ada yang mengatakan masanya sudah hampir, ada juga beranggapan awal tahun depan.

Apa yang pasti, hanya Pehin Sri maklum mengenai tarikh sesuai untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 2006.

Selepas itu, pilihan raya umum diadakan pada 2008.
 

Dalam menunggu canang pilihan raya dibunyikan, Berbanding ahli politik atau pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof lebih trampil dalam soal menyiapkan jentera Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda PBB merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, mahu pergerakan pemuda BN bukan sekadar menggantung sepanduk, kain rentang dan bendera parti ketika kempen pilihan raya negeri kelak.

Fadillah mahu orang muda BN menjadi tunjang utama dalam gerakan meraih sokongan rakyat.

Lantas beliau menganjurkan seminar yang juga dijadikan tempat di kalangan pemuda BN menyiapkan minda berhadapan pilihan raya.

Pemuda BN negeri merupakan peserta seminar yang diadakan dua hari bermula 29 hingga 30 Oktober ini.
Dari kapasiti peserta, beliau turut mengajak rakan-rakan dari kalangan Pemuda Umno.

Beliau, jika dilihat dari aspek lebih teliti, cuba mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di kalangan ahli pemuda komponen BN dengan adanya pemuda Umno.

Usaha Fadillah itu wajar dilihat dari perspektif luas, bukan sekadar untuk pilihan raya negeri, tetapi menyiapkan barisan pelapis yang berpengalaman.

Nah, ini ciri-ciri Ketua Pemuda yang dinantikan oleh rakyat dan parti - berpandangan jauh.

Ada segelintir wakil rakyat di Sarawak cuma menunaikan tanggungjawab di kawasan masing-masing dengan menghadiri majlis-majlis atau merasmikan sesuatu program.

Fadillah tidak begitu. Beliau hanya turun padang apabila ia amat perlu, atau dalam erti kata lain, bukan melaksanakan kerja membuta tuli.

Beliau bijaksana dalam membantu memastikan BN terus memegang tampuk pemerintahan negeri.

Fadillah sinonim dengan istilah 'tidak lalai' dan 'bukan cakap kosong'.

Pemimpin seperti beliau, sukar dicari terutama di Sarawak kerana tidak semua yang bersinar adalah mutiara.

Walaupun pendekatan yang beliau ambil tidak menepati saranan Presiden PBB kira-kira dua bulan lepas yang berkehendakkan Pemuda bertindakkan seperti seekor harimau ganas yang mengaum dengan nyaring, kami amat yakin Fadillah, seorang pemimpin muda, telah mengambil keputusan yang tepat dan jitu.


Pendedahan beliau di Semenanjung membolehkan beliau melihat kancah politik Sarawak dari jauh dan memberi kelebihan kepada beliau untuk melihat kesemua faktor-faktor penting dalam politik Sarawak.

Kami juga berharap kehadiran rakan-rakan UMNO dari Semenanjung akan berupaya membantu Fadillah membuka ruang kepada kami, rakyat Sarawak yang menyokong perjuangan UMNO, untuk bersama-sama berjuang mempertahankan negeri Sarawak untuk parti Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.

Hidup Fadillah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

13 comments:

  1. pandangan jauh tu sejauh mane dato? sehingga nak bawe umno masuk sarawak ke?

    ReplyDelete
  2. Bukan Fadillah sahaja yang seharusnya memikirkan nasib Peribumi Sarawak menerusi pendekatan pengumnokan negeri ini. Malah sewajarnya semua pemimpin peribumi sarawak perlu dan wajib memikirkannya secara serius.

    Sudahlah...jangan kita bertapuk dilubuk kemiskinan yang sudah sekian lama ini menghina peribumi kita...jangan kita memperdebatkan sesuatu isu yang hakikatnya adalah benar..peribumi Sarawak perlu di bela menerusi UMNO.

    Masa kini bukan masa untuk mengampu dan terampu,masakini semua pemimpin BN negeri perlu bertanggungjawab sebelum terlambat. Jangan kerana malu dan menghormati seseorang pemimpin..ayuh bangkit dan sedarlah...

    ReplyDelete
  3. iye ke dato, pengumnoan sarawak atas dasar perjuangan orang melayu? dengar dato bercite-cite tinggi. setinggi mane cite-cite tu dato?

    ReplyDelete
  4. Pengumno'an Sarawak bukan hanya atas dasar perjuangan orang Melayu sahaja tetapi keseluruhan masyarakat bumiputera yang sudah dapat menilai prestasi parti UMNO sebagai pembela hak rakyat pribumi!

    Walaupun banyak pihak cuba menghasut orang Sarawak dengan mengatakan bahawa perjuangan UMNO adalah untuk orang Melayu dan Islam sahaja namun hakikatnya parti UMNOlah yang banyak berusaha serta mengambil berbagai bagai langkah serta pendekatan dalam menyatupadukan kaum-kaum bumiputera yang berbilang bangsa serta ugama sehingga seringkali dicaci maki oleh parti Islam sendiri seperti PAS yang menganggap UMNO sebagai murtad, Kafir, tahi jamban dan sebagainya. Manakala Parti komponen PR lain contohnya DAP hanyalah mementingkan kaum mereka sendiri manakala PKR pula diguna oleh semua pihak untuk memecah belah serta melemahkan perpaduan orang melayu dan bumiputera.

    PBB selama ini tak lebih daripada sebuah parti yang telah mengongkong semua pihak lebih-lebih lagi kaum bumiputera untuk terus hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sedangkan pemimpin yang di agung-agungkan tak henti-henti mengais khazanah negeri untuk menjadikannya seorang raja yang ingin terus bertahkta. Semua ini telah terjadi disebabkan oleh orang-orang PBB sendiri yang telah sebulat suara merelakannya. Tak ubah seperti cerita turun temurun harapkan pagar ( walaupun boleh memagar ) namun rupanya pagar itu sendirilah yang makan padi.

    Rakyat harus hentikan sistem pemerintahan ini kerana keadaan sudah berubah dan rakyat memerlukan pembelaan secara demokrasi bukan demokrasi terkongkong (kuku besi).

    Orang melayu juga seharusnya bangkit dan jangan membiarkan orang lain menganggap pengumno'an Sarawak sebagai satu 'cite-cite tinggi' atau angan-angan. Memang selama ini orang melayu selalu menunggu Q kerana tak mahu di depan dan ambil risiko apabila melakukan perubahan walaupun sentiasa mahu menjadi juragan apabila makanan dihidangkan di depan mata.

    Orang melayu harus mengutama serta memperjuangkan perpaduan dengan kaum bumiputera supaya ini akan menjadi teras kepada keutuhan masa depan bersama. UMNO lah yang mampu memegang peranan ini sementara PBB jika dibandingkan dengan UMNO tak ubah seperti sebuah sampan dengan bahtera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahtera tu pun hampir karam di semenanjung Malaysia. Ingt tak 2008? ribut badai kebangkitan rakyat di sana hampir2 menenggelamkan bahtera yang bernama UMNO. nasib baiklah sampan di sarawak yang menyelamatkan para penumpang bahtera tersebut. kalau tidak kehilangan kuasa di Parlimen Malaysia lah gamaknya mereka semua. jangan lupa jasa PBB dan parti2 komponen BN lain di Sarawak wahai saudara. kerana sampan kecil itulah kerajaan BN masih berkuasa sampai sekarang.

      Delete
  5. JANGANLAH CUBA NAK JADI PENGLIPUR LARA DI SINI WAHAI SAUDARA. SIAPA UMNO? AWAK TU MEMANG SUKA BERMAIN API PERKAUMAN. SENTIMEN PERKAUMAN JANGAN MAIN-MAIN AWAK. BAHAYA. TAMBAH LAGI NEGERI MACAM SARAWAK. SARAWAK KAUM BANYAK. BUKAN MELAYU SAHAJA. RUMPUN MELAYU PUN BUKAN. KAMI DI SINI LEBIH SELESA DENGAN PERKATAAN BUMIPUTERA SARAWAK.

    UMNO KENA CERMIN DIRI SENDIRI DULU. JANGAN CUBA NAK JADI HERO DI SARAWAK. DI SEMENANJUNG MALAYSIA UMNO HILANG MAJORITI. INI BUKAN FITNAH. PRU LALU KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN UMNO YANG KONONNYA HEBAT ITU HILANG MAJORITI DI PARLIMEN, HAMPIR2 NAK JADI PEMBANGKANG. MELAYU MUDAH LUPA.HASILNYA KERAJAAN SEKARANG NI KERAJAAN YANG LEMAH KERANA MENANG DENGAN MAJORITI MUDAH.

    ORANG MELAYU SENDIRI DI SEMENANJUNG MALAYSIA MAKIN TERHAKIS KEYAKINAN MEREKA TERHADAP UMNO. ORANG-ORANG MUDA LEBIH CENDERUNG UNTUK MENYOKONG PEMBANGKANG (PAS PKR). BUKTI INI JELAS SEBAGAIMANA YANG TERJADI DI NEGERI SELANGOR BARU-BARU INI. SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU ANJURAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SENDIRI LEBIH MENDAPAT SAMBUTAN TERUTAMANYA DARI GOLONGAN ANAK-ANAK MUDA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ACARA YANG DIANJURKAN OLEH UMNO SELANGOR DI I CITY SHAH ALAM.

    ITU CONTOH MUDAH YANG DAPAT KITA LIHAT, BANYAK LAGI CONTOH2 LAIN YANG MELAMBANGKAN BETAPA ORANG MELAYU SENDIRI SEMAKIN MENOLAK UMNO. KENAPA UMNO TERHEGEH2 CUBA MASUK SARAWAK? PAK-PAK UMNO NAK BERKUASA DI SINI PULAK SETELAH TIDAK MENDAPAT SOKONGAN DI SEMENANJUNG? KAMI BUMIPUTERA SARAWAK TIDAK AKAN MEMBENARKAN KALIAN BERTAPAK DI NEGERI KAMI INI. CUKUPLAH APA YANG TERJADI KEPADA NEGERI SABAH.

    JANGAN SAMPAI KAMI DI SARAWAK BERPALING TADAH MENYOKONG PEMBANGKANG NANTI! STAY OUT OF SARAWAK. KAMI MASIH MENYOKONG BARISAN NASIONAL. JANGAN LUPA JASA PARTI KOMPONEN DI SARAWAK YANG MENYELAMATKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL PIMPINAN UMNO.

    UMNO BUKAN LAST RESORT KAMI DI SINI. JANGAN PORAK PERANDAKAN NEGERI KAMI DAN JANGAN JADI BANGKAI YANG CUBA MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN KAUM BUMIPUTERA SARAWAK SELAMA INI!

    ReplyDelete
  6. SALAM...Sejarah UMNO jelas dan padat serta berkesinambungan memperjuangan manusia yang bernama Melayu dan Bumiputera. Malah kita perlu akui UMNO ditubuhkan sebelum Sabah dan Sarawak memebentuk Malaysia.Sebahagian besar generasi bijak hari ini menjadi celik dan hebat kerana bernaung dibawah sebuah payong negara bernama Malaysia.

    Mengapa kita menolak UMNO jika sebahagian rakyat Sarawak mahukannya.Apa bezanya jika rakyat Sarawak mahukan UMNO,sedangkan sekarang semakin ramai rakyat Sarawak menerima parti sayap kiri di negeri ini.


    Peranan PBB dan parti komponen BN lain memang diakui kukuh dan masih diterima rakyat, namun dalam masa yang sama kebangkitan parti aliran kiri dinegeri ini semakin hebat, apakah puncanya...? tentu para pelayar laman ini boleh berfikir....relevenya parti gergasi seperti UMNO sudah mendapat sokongan dan sambutan diperingkat akar umbi meskipun masih belum diiktiraf secara terbuka diperingkat pusat dan negeri, pasti ada rasionalnya....

    Tidak perlu kita berhujah,menampilkan kelemahan dan kekurangannya, biarlah hak demokrasi berjalan dan subur dalam arus acuan Malaysia.Jika ratusan ribu rakyat Sarawak sudah menerima parti sayap kiri seperti DAP,PKR dan juga PAS serta parti-parti kecil lain termasuk PPP, mengapa tidak pula ratusan ribu rakyat peribumi memilih dan mula berjinak-jinak dengan UMNO.

    Bagi pendukong PBB,harus menerima cabaran ini secara bijaksana.Pasti semua pihak akan menghormati apa yang sama-sama kita perjuangkan.Apa yang perlu tingkatkan perjuangkan anda dalam membela nasib "bangsa" jangan jadi penyalak yang tidak ada jiwa Malaysia.

    Sejak kebelakangan ini, saya tidak begitu senang kerana para pelayar laman politik mengemukakan komen seperti seorang penghasut malah lebih buruk lagi bersikap pengecut.Kemunculan kumpulan JPUNS seharusnya dijadikan cabaran agar kita terutama pendukong PBB berfikir secara lebih hebat dan berkarisma.

    Kalau kuat mengapa harus takut...buktikan....harus diinggat kemenangan tidak akan bersifat selama-lamanya sekiranya tidak ditambah baik.

    Salam bersua lagi...

    ReplyDelete
  7. berdebat dengan manusia seperti saudara di dalam blog yang ntah apa apa ni mmg memenatkan. komen-komen yang dilemparkan bukanlah satu hasutan tetapi satu penyataan keras daripada orang-orang sarawak. saya rasa yang menjadi penghasut disini adalah JPUNS. jangan la bertindak dangkal semata-mata hendakkan kuasa di sarawak. negeri sarawak aman damai tanpa apa-apa gelombang politik yang tidak sihat menghempas penduduknya.

    kemunculan PKR DAP PAS sebenarnya berpunca daripada kepincangan UMNO sendiri. lihat saja Sarawak, bagaimana parti komponen BN mampu menghakis dan menghalang parti pembangkang seperti DAP PKR dan sebagainya daripada meresapi pemikiran rakyatnya.

    apa lagi yang UMNO inginkan setelah parti-parti komponen di sarawak menyelamatkan kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO yang dikatakan terlalu hebat itu daripada tumbang pada pilihanraya umum yang lalu?

    kemenangan ini membuktikan sokongan rakyat sarawak terhadap BN. apa yang saudara nyatakan itu amatlah benar dimana kemenangan tidak mungkin kekal tapi perlu ditambah baik...APA YANG PERLU DITAMBAH BAIK SEKARANG IALAH KUALITI UMNO ITU SENDIRI. KEMBALIKAN DULU SOKONGAN MELAYU DI SEMENANJUNG MALAYSIA SEBELUM MEMANDAI NAK MENGAJAR ORANG2 DI SARAWAK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKAN NAK NGAJAR ORANG SARAWAK...DAN BUKAN ORANG SEMENANJUNG MANDEI MANDEI NAK NGAJAR...SIK BOH KITA NGELAKAR PASAL UMNO..SEBAB UMNO BELUM DISAHKAN BERKEMBANG KE SITOK...tapi kita ngelakar perkara yang boleh merik faedah kepada kita sebagai manusia Melayu dan Bumiputera kan bagus...jangan maki hamun...sik sedar malam kelak air liur meleleh ajak...

      Ok lah...kita di Sarawak tok memang udah hebat..tapi tak sehebat mana berbanding dengan politik di tempat lain...kita selalu ngelakar pasar parti..tapi sik nilai sejauh mana parti itu berkesan...mun kita mauk berpolitik perlu bersedia menerima parti politik lain bukan ngikut ajak...

      Mun mahu berforum dalam politik jangan suka ngangus ajak..cek juak mungkin buah politik ya ada ulat kah..dan mungkin adak paku besi..sang bedal pun mun giginya udah kenak paku besi..mengelupur juga ya..

      Kamek, kagum dengan saudara atau saudari anonmouse 16 April2012 jam01.44am.minat berforum politik tapi perlu belajar hormati orang lain dalam berhujah.Baru best...mun dah lelah nulis dalam tok boleh jumpa...dan bincang agik..kan bagus..kata pejuang Bumiputera..kata pewaris kepimpinan Sarawak..mesti belajar terbuka minda..jangan nyelur dibah batal....ngene mauk jadi pewaris...bye jumpa lagi.

      Delete
  8. Siapalah admin blog ni...ingin sekali aku bersua dengannya. terasa ingin sekali menyepak kepalanya kerana cuba berbuat onar di sarawak dengan memecah belahkan perpaduan bumiputera selama ini. celaka! ini yang dikatakan sebagai PENGKHIANAT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang jadi pengkianat.....atau pura-pura sendiri yang jadi pengkianat....dan siapa yang celeka...? yang sebenarnya yang celaka ialah saudara sendiri....tak payah nak sepak palak orang lain...sebaliknya tampar palak diri empun...mun dah leput baru datang gila...siapa yang mecah belahkan Bumiputera...Sarawak?...sikboh nyalah orang lain sebaliknya fikirkan secara resional dan matang..

      Delete
    2. Balaci pencacai angkat najis btol ko ni!

      Delete
  9. kepada rakyat sarawak..sila teliti kembali perjanjian malaysia ye. perjanjian antara Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. terima kasih.

    ReplyDelete