Friday, October 22, 2010

Sesi soal jawap berkenaan "Is a Dayak a Malay too?"

Satu sesi soal jawap diantara Dr. John Brian Anthony dan UMNO Sarawak berkisar dengan perihal "Is a Dayak a Malay too?".

Dr. John Brian Anthony : Words uttered from UMNO leaders mouth is at best confusing because instead of acting on principles and rules, they just say what they like in the name of politics. UMNO leaders are politicking among themselves and try to get the most mileage from the assembly. UMNO leaders do not really care about who is listening because in short Malaysia is for Malays only.
UMNO Sarawak : Amat menarik sekali. Saudara amat bangga dengan gelaran 'Dr." kerana ianya menunjukkan seolah-olah saudara mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Tetapi yang peleknya ialah saudara gagal untuk memahami apa yang dibicarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO.
Adakah ini membawa makna bahawa saudara sebenarnya tidak layak untuk berbicara 'politik' memandangkan saudara gagal untuk memahami apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO?
Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh ahli cendikiawan yang mempunyai gelaran "Dr." dan mereka berupaya untuk memahami apa yang diperkatakan.
Diharapkan saudara tidak lagi memalukan diri sendiri (dan juga kaum Dayak) dengan mengemukakan hujah-hujah yang menunjukkan kecetekkan pemikiran saudara.


Is Malaysia for Malays only?

Dr. John Brian Anthony :  Yes, this is the loudest message we hear now. Where is 1 Malaysia? 1 Malaysia is “wayang” for UMNO to get non- Malay votes and to get non-Malay support only.
UMNO Sarawak: Jelas sekali saudara mempunyai tahap intelektual yang rendah. Kata-kata yang memperjuangkan bangsa adalah satu fenomena biasa untuk mana-mana parti yang mengadakan perhimpunan agung. Adakah saudara tidak tahu hal ini??? Amat memeranjatkan. Sekali lagi saya minta agar saudara tidak memalukan diri sendiri (dan juga kaum Dayak) dengan mengemukakan hujah-hujah yang menunjukkan kecetekkan pemikiran saudara.

Dr. John Brian Anthony : Malay rights cannot be question? This what UMNO is saying, it is almost like god’s word. Is that true? Does the natives of Borneo (Dayak) have the same rights as Malay? Is bumiputera a relevant word in the political vocabulary?
UMNO Sarawak: Apabila diperkatakan bahawa hak Melayu tidak boleh dipersoalkan, secara tidak langsung ianya membawa makna hak kaum Bumiputera, yakni Dayak, juga tidak boleh dipersoalkan. Memandangkan saudara seringkali mendabik dada sebagai seorang intelektual, saya cadangkan saudara meneliti perlembagaan Malaysia. Ataupun sememangnya saudara tidak layak dianggap sebagai intelektual kerana yang saudara tahu hanyalah menghentam UMNO ataupun BN secara membabi buta seolah-olah ianya adalah satu dendam peribadi. Pembabitan politik adalah untuk kepentingan rakyat dan bukannya atas dendam peribadi.

Dr. John Brian Anthony :  If the Malay rights cannot be question, why is the Government of Sarawak robbing and raping the land that belongs to the native of Sarawak. I do not see capitalist business living in the jungle of Sarawak before. it is the Dayak who live in the interior and they roam the jungle and live from the jungle. Who has the right over the jungle then? Yet, this capitalist businessmen are issued with timber license and chop down the trees of the forest in the name of profit. The Dayak suffers environmental degradation issues, river pollution, scarcity of animals and fishes, destruction of herbs etc. Is this not questioning the rights of Malay / natives of sabah and sarawak.
UMNO Sarawak: Terlebih dahulu kami meminta maaf kerana kami merasa geli hati diatas apa yang diperkatakan oleh saudara. Bukannya kami menyangkal permasalahan yang dinyatakan oleh saudara tetapi yang menggelikan hati ialah apakan hubungan pertanyaan saudara "sekiranya hak melayu tidak boleh disoal" dan permasalahan tanah adat di Sarawak. Kami merasa kasihan dengan mana-mana pihak yang taksub dengan saudara memandangkan secara hakikatnya saudara tidak layak untuk dianggap sebagai seorang intelektual. Mungkin layak untuk bidang kajian saudara tetapi sudah jelas saudara patut malu menggunakan gelaran "Dr." apabila saudara bercakap mengenai isu politik. Kami merasakan pelajaran Tingkatan Satu mampu untuk menunjukkan kecetekkan pemikiran saundara berdasarkan pertanyaan saudara ini.

My question now is: Is a Dayak a Malay in UMNO definition?

Dr. John Brian Anthony :  If it is, then why is UMNO not doing anything to stop the government of Sarawak from plundering our natural resources. If it is no, Dayak is not malay then I think the Dayak has the right to defend their rights with their life. That mean it is either to kill or be kill in the defense of Dayak rights.
UMNO Sarawak: Kerajaan pusat pimpinan UMNO tidak mempunyai hak keatas tanah yang dibawah kuasa kerajaan negeri. Saudara tidak tahu ini? Janganlah perbodohkan diri sendiri.
 
Dr. John Brian Anthony :  J C Fong cannot advise Taib and mock Dayak land ADAT because like Malay rights, Dayak rights is off limit to anybody. But if Dayak rights can be violated, so the Malay rights can also be violated.
UMNO Sarawak : Tidak menyalahi undang-undang untuk Taib meminta pandangan JC Fong dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan perundangan. Inipun salah pada pandangan saudara??? Memang sempit minda saudara??? Adakah saudara layak untuk bergelar intelektual??? Tepuk dada, tanya selera.

Dr. John Brian Anthony :  UMNO is making their own law and rule which is free from the democratic process and Parliament. UMNO rule is effective because they have place their people to implement their Malay Agenda. Then may I asked this question – why do we have democratic system of Government when many important things in Malaysia cannot be question or challenge. We cannot be half democratic and half dictatorship. UMNO must be the only party that lead BN  and other component cannot challenge UMNO agenda.
UMNO Sarawak : Tiada mana-mana individu ataupun pihak yang boleh membuat undang-undang sendiri kecuali hakim. Saudara tahu perkara ini? Dalam sebuah negara demokrasi, saudara boleh berkata apa jua yang saudara hendak. Termasuk 'menghina' daya pemikiran saudara sendiri. SIlakan. Kami akan terus menunjukkan kepada semua bahawa saudara hanyalah seorang yang suka bercakap tetapi tidak tahu apa yang diperkatakan.
Saudara beranggapan bahawa saudara seorang intelektual dan oleh itu apa yang diperkatakan oleh saudara bersifat intelek - dan patut diiyakan sahaja.
Kami tidak beranggap sedemikian. Bahkan kami telah berjaya menunjukkan bahawa saudara sebenarnya mempunyai pemikiran yang cetek dan gagal memberi hujah-hujah yang benar-benar bersifat intelektual.
My next question


Dr. John Brian Anthony :  Can Sarawak raise the issue of whether Sarawak can pull out of Malaysia. This question is targeted both to UMNO and PKR? We can start to have preliminary discussion on the matter and later may decide to form a consultative committee to iron out the process and relevant scope. Why must this question be raised? It is directly link to Dayak rights and the rights of Sarawakian. Is that too a sensitive issue?
UMNO Sarawak : Perjanjian membentuk Malaysia tertera dalam perlembagaan Malaysia. Sekiranya saudara adalah seorang yang suka membaca ataupun seorang yang berminda luas, sudah tentu saudara mengetahui bahawa adalah mustahil untuk Sarawak keluar dari Malaysia.
Menyentuh perihal Singapura, negara tersebut 'dikeluarkan' dari Malaysia.
Kami ingin bertanya apakan motif sebenar saudara menghasut agar Sarawak keluar dari Malaysia? Adakah disebabkan ada kaum Cina berselindung dibelakang saudara? Jika tiada, mengapa cuba menghasut?

Dr. John Brian Anthony :  PKR must be aware that Dayak wanted their “RIGHTS”, can PKR give that without condition like UMNO?
UMNO Sarawak : PKR adalah satu parti yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang dan matahari demi kuasa. Tetapi setelah mendapatkan kuasa, segala janji-janji akan dilupakan. Saudara berbangga dengan gelaran "Dr.", tetapi gagal meluaskan pemandangan minda saudara. Adalah saudara buta minda? Lihat apa yang berlaku di negeri-negeri dibawah kuasa Pakatan Rakyat.

Dr. John Brian Anthony :  Dayak want change, and not just changing government but creating  the fundamental of a new Dayak land in Sabah and Sarawak. This rights may be more specific then the 18/20 point agreement. The Change WE Must is not something cheap to get the Opposition to win the Government. Can the Opposition commit to the creation of Dayak rights and Dayak land at par with the Malay in Malaya?
UMNO Sarawak : Bukan kaum Dayak sahaja yang berkehendakkan perubahan. Kaum bumiputera yang lain juga berkehendakkan perubahan. Atas sebab itulah kami mengusahakan membawa UMNO datang ke Sarawak.

Delegates declare victory over Malay rights

Dr. John Brian Anthony :
Delegates received well Datuk Seri Najib Razak’s call for the end to race debates, but at the same time they kept up demands for privileges, on day one of the Umno assembly today. The Umno president’s policy speech was also seen as a sign of victory by the delegates that the constitutional position of the Malays cannot be questioned.
UMNO Sarawak : Desakkan-desakkan seumpama ini adalah satu perkara biasa dalam mana-mana parti yang mengadakan perhimpunan agung. Saudara tidak tahu? Luaskanlah minda saudara melalui pembacaan.
 

No comments:

Post a Comment