Wednesday, July 27, 2011

PPP sudah masuk sekarang parti terbesar patut dijemput






Kami tidak bersetuju dengan kenyataan akhbar Naib Presiden Kanan PBB Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.  Dalam kenyataan terbarunya dalam suratkhabar Borneo Post bertarikh rabu 27hb Julai 2011, beliau menyatakan, "...not spread their wings here.  They (PPP) should emulate UMNO instead, after all UMNO is the backbone of BN in the country,".

UMNO belum lagi mengatakan ya atau tidak masuk Sarawak.  Datuk Amar Awang Tengah tidak boleh berlatah mengatakan UMNO tidak akan masuk kerana beliau bukan jurucakap UMNO.

Sebagai parti yang berhemah UMNO tidak akan melanggar masuk Sarawak secara buta tuli.  UMNO hanya akan masuk jika 'dijemput' masuk oleh pemimpin BN Sarawak sendiri.

Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah jangan terperanjat jika ahli atau pemimpin PBB sendiri yang 'menjemput' UMNO masuk Sarawak (dan tutup parti PBB).  Malah pemimpin ini adalah dalam kedudukan yang hampir sama tinggi dengan Yang Berhormat Datuk Amar iaitu tahap Naib Presiden.  Kami hanya sekadar menasihati Yang Berhormat Datuk Amar agar  'tidak terkejut' bila rancangan ini dilaksanakan oleh pemimpin tahap Naib Presiden PBB sendiri.

6 comments:

  1. Para Pemimpin PBB ni, selagi-lagi mereka mampu bertahan untuk 'ngap sayot'kekayaan Sarawak (biasanya untuk kepentingan diaorang dan tak semestinya untuk kepentingan rakyat Sarawak)dan selagi-lagi mereka mampu menahan UMNO (dengan apa jua cara)untuk tidak campur tangan, selagi itulah mereka akan kata "Keep Off Sarawak". Samalah ertinya dengan 'Orang Semenanjung jangan mai Sarawak!'Itulah politik diaorang. Penuh dengan 'adap dan sopan santun' memang dah tersemai dari dulu-dulu lagi. Mereka hanya akan 'mempersilakan' UMNO masuk (satu masa nanti)sekiranya parasit-parasit yang mereka 'scratch their back, they scratch their back also'sekarang ni dah tak dapat dibendung lagi. Pada saat itulah mereka akan hantar SOS kepada UMNO.Harap pada masa tu dah tak terlambat untuk RAKYAT Sarawak.(Rakyat didahulukan)

    ReplyDelete
  2. Umno masuk sarawak kami generasi muda pegundi Sarawak akan menghukum BN...jangan sesekali biar itu berlaku.Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. Silkan ke Sarawak wahai UMNO. Kami penyokong kuat BN dan jangan hairan jika kami sendiri tumbangkan BN di Sarawak ini nanti!

    ReplyDelete
  4. Dunia bertanya mengapa UMNO tidak ke sarawak? Dan ini akan mempersoalkan adakah negei Sarawak sabahagian dari Malaysia? Dan Jika Ya, UMNO sebagai Parti Besar negara ini samistinya punya cawangan di sarawak. Tempa punya cawangan di Sarawsaak bermakna Parti UMNO bukanlah sabuah Parti Nationa?

    ReplyDelete
  5. Tanya orang iban, cina, bidayuh, melanau, orang ulu dan kaum lain selain dari melayu. Adakah mereka menyukai UMNO? Rakyat sarawak tidak mahu macam rakyat sabah. BN sarawak menang kerana parti PBB, SUPP, SPDP, dan PRS. UMNO masuk rakyat sarawak akan berpecah. Suatu masa nanti Rakyat Sarawak akan lebih matang dan tidak akan menyerahkan maruah kami pada UMNO.

    ReplyDelete
  6. Dalam perlembagaan UMNO terang tidak menyebut bumiputera. Jangan termakan kata manis UMNO.Biar pemimpin sarawak rakyat sarawak kontrol hasil negeri sarawak. kalau boleh merdekakan atau keluarkan sarawak dari malaysia. Lihat beruai dan singapura, bertapa kayanya mereka. kalau kita keluar dari malaysia tentu kita akan kaya. Dulu kita pernah sembah sultan berunai. mengapa tidak sekarang????
    Kalau Borneo di kuasai oraang sendiri, alangkah eloknya.

    ReplyDelete