Sikap suka melihat dan mengambil kesempatan dengan turut sama melontarkan kritikan ketika anggota parti dikritik lawan perlu dikikis dalam Umno, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Katanya, sikap tidak bertanggungjawab itu perlu dikikis dan dielak dari dijadikan amalan oleh anggota parti kerana perbuatan tersebut tidak selaras dengan model politik baru yang ingin diperkenalkan parti.
"Kita perlu ada tanggungjawab bersama, bukan suka tengok orang lain kena hentam. Kalau pembangkang, sekiranya ada orang dalam parti mereka kena serang, mereka akan pertahankan tetapi dalam parti kita seolah-olah kurang sedikit," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggariskan 10 ciri negatif yang perlu dikikis bagi memastikan Pemuda terus dihormati semasa menggulung perbahasan perwakilan Pemuda pada perhimpunan agung pergerakan.Katanya, sikap tidak bertanggungjawab itu perlu dikikis dan dielak dari dijadikan amalan oleh anggota parti kerana perbuatan tersebut tidak selaras dengan model politik baru yang ingin diperkenalkan parti.
"Kita perlu ada tanggungjawab bersama, bukan suka tengok orang lain kena hentam. Kalau pembangkang, sekiranya ada orang dalam parti mereka kena serang, mereka akan pertahankan tetapi dalam parti kita seolah-olah kurang sedikit," katanya.
Antara ciri-ciri lain ialah Pemuda perlu mengikis sikap elitis dan egois dengan menganggap rakyat adalah keutamaan, budaya syok sendiri, budaya kad perakam waktu - daftar masuk dan keluar, yang bertujuan menonjolkan diri, budaya sate dan budaya baling batu sembunyi tangan yang bermaksud sentiasa memandang sinis apa yang dilakukan orang lain.
Beliau berkata, walaupun perkara itu sudah menjadi kebiasaan tetapi ia perlu sentiasa diingatkan kerana semua ciri-ciri tersebut akan hanya terhakis melalui penonjolan teladan yang baik di kalangan pemimpin.
"Sekiranya ketua-ketua Pemuda bahagian termasuk saya dapat mengamalkan perkara tersebut dengan politik ikhlas dan jujur, saya rasa perkara ini dapat dielakkan, cuma saya perlu ingatkan banyak kali kerana perkara ini telah jadi kelaziman pada mana-mana parti politik," katanya.
No comments:
Post a Comment