Thursday, October 21, 2010

Perhimpunan Agung Umno 2010 - Program Juara Rakyat tolak tuduhan Umno lesu

 Sebanyak 1,000 program Juara Rakyat anjuran Umno dilaksanakan di seluruh negara sejak Januari lepas, sekali gus menolak dakwaan segelintir pihak kononnya bahagian Umno kini lesu.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program yang mendapat sambutan baik daripada rakyat itu dilaksanakan oleh seluruh 191 Umno bahagian dengan purata 100 program sebulan.

"Ini jawapan kepada tuduhan Umno lesu. Umno tak lesu, cuma publisitinya kurang. Bahagian-bahagian Umno (sentiasa) bergerak," katanya.

Juara Rakyat yang dilancarkan Januari lepas akan sentiasa ditambah baik, dan menurutnya ia terbukti apabila kini program Ceramah Juara Rakyat pula dilancarkan sempena majlis taklimat presiden parti semalam.

"Maknanya jika sebelah siang program Juara Rakyat, pada sebelah malam pula diadakan Ceramah Juara Rakyat," katanya.
 

No comments:

Post a Comment