Kecewa apabila terbaca Utusan Borneo keluaran 12 Oktober 2010 yang seolah-olah mengaitkan nama YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Haji Fadillah Yusof dengan tindakan mengkritik YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Apa matlamat tersembunyi di sebalik artikel ini? Siapa dalang yang cuba menjatuhkan Fadillah?
Fadillah seorang pemimpin yang penuh taat setia dengan ketuanya - Abdul Taib.
Mana mungkin insan penuh taat seperti Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya dan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) terbabit dalam tindakan mengkritik Ketua Menteri.
Menerusi artikel 'kecil' dimuat dalam Utusan Borneo bertarikh tersebut mungkin ada niat jahat mengaitkan beliau dengan usaha mengkritik kepimpinan Abdul Taib.
Kebetulan Seminar Media Baru itu menampilkan Dr Jeniri Amir sebagai penceramah - Jeniri memang sejak dahulu amat lantang mengkritik Abdul Taib.
Bagaimanapun, seminar yang dianjurkan oleh Pejabat P194 Parlimen Petra Jaya itu merupakan satu titik-tolak dalam melengkapkan usaha Barisan Nasional (BN) menyebarkan kebenaran perjuangan parti pemerintah itu di alam siber.
Selain menyebarkan maklumat menerusi akhbar-akhbar, Fadillah maklum tentang perkembangan teknologi dan maklumat.
Lantas beliau tidak berlengah mengarahkan 'orangnya' menganjurkan seminar demikian.
Seminar Media Baru - merupakan landasan untuk para penulis blog pro BN menimba ilmu agar penulisan mereka lebih tajam dalam menyampaikan maklumat tepat kepada para pembaca.
Atau lebih tepat, peranan para penulis blog itu adalah untuk menepis tohmahan pembangkang yang sejak kebelakangan ini gemar menggunakan saluran siber menyebarkan dakwaan.
Fadillah memang demikian orangnya, beliau amat sensitif dalam perubahan sekeliling.
Bukan sekadar sensitif tetapi juga boleh digambarkan sebagai orang yang cepat bertindak.
Disebabkan dua ciri itu, beliau mendapat kepercayaan pucuk pimpinan PBB agar terus menerajui pergerakan Pemuda PBB pada pemilihan parti yang lepas.
Malahan anak kelahiran Sibu itu diyakini Abdul Taib apabila diberi bertanding di Parlimen Petra Jaya pada pilihan raya umum 2004. Beliau menang dengan majoriti besar di kawasan majoriti Melayu/Melanau itu.
Berbalik kepada Seminar Media Baru, Fadillah mempamerkan kematangan berpolitik yang mendahului para pemimpin PBB lain dalam menganjurkan seminar seumpamanya.
Sungguhpun tidak terbabit atau bertanding pada pilihan raya negeri akan datang, beliau faham peranannya amat penting dalam menggerakkan strategi agar BN menang pilihan raya itu kelak.
Justeru, seminar hasil ilhamnya satu tindakan yang terpuji malah berpandangan jauh - memang beliau amat layak dengan istilah tersebut.

No comments:
Post a Comment