Sunday, October 17, 2010

Tahniah Fadillah!






Sudah pasti anugerah Datuk itu dijadikan beliau sebagai penambah semangat untuk terus berbakti kepada rakyat dan membangunkan negeri.

Bahkah anugerah dari kerajaan negeri ini wajib dijadikan iktibar kepada YB Fadillah Yusuf untuk menyumbang kepada pembangunan negeri.




Bermula dengan kemenangan ini, beliau yang kini berusia 48 tahun, mula mengorak langkah dalam bidang politik sehingga dipilih oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjadi Timbalan Menteri dalam kabinet persekutuan.

Malahan, Pemuda PBB sudah pasti berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada ketua mereka yang selama ini banyak berjuang membangunkan ekonomi rakyat melalui pergerakan tersebut.

Fadillah adalah sewajarnya masa depan politik sarawak. Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa beliau, sebagai ahli politik, jauh lebih baik dari YB Mohd Naroden Majais, YB Abdul Karim Rahman Hamzah, YB Julaihi Nahrawi, YB Fatimah Abdullah, YB Dr. Abdul Rahman Junaidi yang menjadi wakil rakyat sebelum beliau.

Syabas Fadillah! Teruskan kenaikan dan kejayaanmu.

Rakyat sarawak yang berjiwa UMNO menyokongmu.

Hidup Fadillah!

2 comments: