Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

UMNO adalah faktor penstabil politik Sarawak

Hidup UMNO !!!

Pemimpin-pemimpin BN Sarawak sering mengaku tidak ada satu pun komponen BN yang mampu memerintah Bumi Kenyalang sendirian.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak mempunyai kekuatan tunggal dalam mentadbir kerajaan negeri.

PBB agak 'keBumiputeraan', SUPP diketahui 'keCinaan', SPDP dan PRS sudah pasti 'keIbanan'. Apa yang menarik, tiga parti kecuali PBB enggan mengaku parti mereka berlandaskan perkauman. PBB sekadar menghimpunkan Bumiputera, sesuai dengan nama mereka.

Dahulu pernah terdengar kononnya SPDP dan PRS akan bergabung - menjadikannya sebuah parti komponen yang kuat dan mempunyai komposisi ahli berketurunan Iban teramai - mungkin mengugat kedudukan SUPP dalam hiraki BN Sarawak.

Kini bagaimanapun usaha tersebut semakin luput dan kian pudar perbincangan di akhbar.

Buat masa ini politik Sarawak tidak dinafikan stabil di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 

Tetapi ini mungkin berubah sekiranya ramai lagi pemimpin BN mengambil keputusan untuk mengikuti tindakan bekas Ketua Penerangan PRS Tedewin Ngumbang yang menyalahkan ketua menteri kerana membuli komponen parti BN Sarawak.

Kemungkinan besar perkara ini akan menyebabkan PBB, SUPP, SPDP dan PRS akan bertelagah sesama mereka sendiri dan seterusnya memerlukan satu parti lain (Umno) untuk menstabilkan kekacauan politik Sarawak.

Umno sering dianggap parti luar oleh rakyat Sarawak. Kedudukan tersebut sebenarnya mewujudkan perasaan hormat di kalangan orang tempatan.


Thursday, January 20, 2011

Penubuhan Sukarelawan Pemuda BN Negeri patut di puji




Penubuhan Jawatankuasa Sukarelawan Pemuda BN Negeri yang dipengerusikan oleh Mohd Kamaluddin Haji Mohd Effendie adalah satu usaha yang baik dan patut disokong oleh semua pihak.

Bahkan UMNO Sarawak menyokong penubuhan jawatankuasa ini yang turut memain peranan sebagai pasukan bertindak cepat (Early Response Team) bagi membantu dalam perkara berkaitan bencana alam, msibah dan sebagainya.

Sarawak memerlukan kepimpinan muda seperti Datuk Fadilah Yusuf dan Kamaluddin untuk melengkapi generasi muda dengan semangat sukarelawan dan keprihatinan yang tinggi agar menjadi generasi yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Walaupun pada ketika ini adanya cemuhan-cemuhan yang dilemparkan kepada Fadilah dan Kamaluddin kerana jawatankuasa ini kelihatan gagal bertindak membantu mangsa-mangsa banjir dalam kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini, UMNO Sarawak merasakan terlalu awal untuk rakyat Sarawak memberi penghakiman.

Jawatankuasa ini hanya baru ditubuhkan dan ianya memerlukan masa untuk dapat benar-benar berfungsi secara optima.

Berilah masa kepada jawatankuasa ini dan juga pemimpin muda Sarawak Fadilah dan Kamaluddin.

Apa jua kritikan ataupun cemuhan yang dilemparkan terhadap jawatankuasa ini, Fadilah dan Kamaluddin patut dipuji atas usaha penubuhan ini.
 

Wednesday, October 13, 2010

Seminar Media Baru: Pandangan Jauh Fadillah

Kecewa apabila terbaca Utusan Borneo keluaran 12 Oktober 2010 yang seolah-olah mengaitkan nama YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Haji Fadillah Yusof dengan tindakan mengkritik YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Apa matlamat tersembunyi di sebalik artikel ini? Siapa dalang yang cuba menjatuhkan Fadillah?



Fadillah seorang pemimpin yang penuh taat setia dengan ketuanya - Abdul Taib.

Saturday, October 9, 2010

Kerajaan Pakatan di Sarawak sekadar mimpi.


Tidak salah meletakkan keyakinan tinggi meskipun tahu keputusan pilihan raya Sarawak kesepuluh adalah satu perkara mustahil menyaksikan Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya membentuk kerajaan negeri menggantikan Barisan Nasional (BN).

Keyakinan dikaitkan apabila pihak terbabit cuba memujuk agar mereka tidak tewas secara saraf sebelum tiba di medan pertempuran. Tidak salah.