Saturday, September 3, 2011

SIAPA SEBENARNYA TAKUT UMNO MASUK SARAWAK?

Lagu Ibu Pertiwiku, "Sarawak Maju dalam Malaysia", kami percaya "Sarawak akan lebih maju diperintah UMNO"

Oleh Syed Hussein Al Attas
Sarawak bukanlah negeri yang asing bagi saya. Saya memang ada ramai kenalan di merata tempat di bumi Kenyalang. Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang yang senama dengan saya, Hussein bin Zainuddin yang banyak menghabiskan masanya di Semenanjung semasa bersekolah dulu.

Dia seorang aktivis politik yang berjiwa agresif. Ada dua tiga orang yang pernah berkawan dan senama dengan saya mempunyai watak yang hampir serupa. Dia berbakat menulis dan kertas kerjanya yang bertajuk Pengembangan Parti UMNO ke Sarawak
saya isikan ke dalam buku ini.

Selesai membaca saya fikirkan pula apa yang hendak disampaikan atau yang perlu saya kongsikan bersama dengan pembaca saya. Mengikut analisis dan pandangan saya, memang bukan mudah UMNO mahu berkembang ke Sarawak. Di Sabah dulu pun macam itu juga dulu. Mari kita belajar dari sejarah bagaimana UMNO masuk ke Sabah kerana jika
lulus jarum luluslah kelindan.
Apakah kerana ada pihak yang takut terkorban (hilang kuasa) bila politik bertukar tangan atau seperti iblis yang tak mahu terima bila Tuhan mahu mencipta Adam a.s hingga mahu membuatkan makhluk yang bernama manusia ini suka bermusuhan? Tuhan Maha mengetahui, Tuhan tak peduli dengan pendapat iblis yang tak mahu tunduk pada manusia.

Pada 25 November 1986 Almarhum Tun Mustapha manten Presiden USNO dalam mesyuarat tergempar telah mengingatkan sama ada ahlinya berpindah menyertai UMNO dengan membubarkan USNO atau lupakan UMNO kekalkan USNO kerana keputusan muktamad akan disampaikan kepada Tun Mahathir ketika itu Presiden UMNO sebelum 29 November.

Dalam temuramahnya dengan Sunday Star, 16 November, Tun kata dia beritahu Mahathir beliau akan menyuruh ahli USNO membuat pilihan mereka yang menentukan atau menolak. "Saya takkan paksa atau mempengaruhi mereka."

Persoalannya apakah Taib Mahmud sanggup dan berani lakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Almarhum Tun Mustapha? Siapa sebenarnya yang takut akan kedatangan UMNO ke Sarawak? Rakyat bumiputera atau segelintir pemimpin yang ada kepentingan?

Dalam Star, hari Jumaat, 21 November 1986, Datuk Musa Hitam ketika itu Timbalan Presiden UMNO juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemberita, "UMNO telah membuat keputusan akan mengembangkan sayapnya ke Sabah. UMNO akan membuka bahagian dan cawangan ke negeri di bawah bayu. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO. UMNO perlu berkembang ke seluruh negara bukan saja ke Sabah."

Sudah hampir 20 tahun UMNO bertapak ke Sabah, bila pula Datuk Najib selaku Timbalan Presiden mahu membuat pengumuman UMNO masuk ke Sarawak? Apakah dia perlu menunggu lampu hijau dari Pak Lah atau kata sepakat dari Majlis Tertinggi UMNO? Hanya Majlis Tertinggi UMNO saja yang boleh memberi kata putus.

Tun Musa Hitam adalah pemimpin UMNO yang pertama yang mendedahkan secara terbuka kemasukan UMNO ke Sabah yang kini sudah pun menjadi sejarah.

Apabila menyebut orang-orang Melayu bersatu pada zaman itu, iaitu dalam tahun 1946, kita tidak boleh melupakan jasa-jasa wartawan-wartawan Melayu yang berkhidmat dalam surat khabar Melayu seperti Utusan Melayu di Singapura, Majlis di Kuala Lumpur dan Warta Negara di Pulau Pinang. Mereka menulis dengan serius meniupkan semangat setiap individu Melayu dan menyeru supaya bersatu-padu, menentang projek Malayan Union dan menuntut kemerdekaan negara dari penjajah British. Perkara yang sama juga berlaku di Sarawak.

Apa itu Melayu sebenarnya? Cuba kita berikan defensi makna Melayu mengikut prospektif bangsa. Apakah Melayu itu cuma sekadar satu kaum saja atau Melayu dari pandangan satu rumpun bangsa di Kepulauan Melayu?

Melayu jika dinilai sebagai satu bangsa, di Sarawak saja ada 27 kaum, Iban, Seadayak, Bidayuh, Land Dayak, Penan dan Penon, Murut, Kenyah, Kayan, Lunn Bawang, Kelabit, semua suku kaum ini adalah satu bangsa yang hidup di Kepulauan Melayu yang menjadikan bahasa Melayu selaku bahasa pengantar dan tak banyak bezanya dengan Cina.

Apakah mereka yang menolak UMNO kerana ia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu? Mengikut Razali bin Sabang dalam suratnya yang bertarikh 11 September, kepada Tun Khalil ketika itu menjadi Setiausaha Agung UMNO:

"Saya pernah menyelar Datuk (Abdul) Taib Mahmud dalam Sarawak Tribune semasa lawatan Tun Mahathir ke Sarawak dalam sekitar pertengahan tahun lapan puluhan, guote "Anybody who opposed the coming of UMNO to Sarawak to unite the Malay must be a person who is suffering from serious mental delusion" unquote.


Melayu mengikut defensi Perlembagaan Persekutuan berbeza-beza antara Johor, Kedah dan Kelantan. Melayu bukan sekadar satu kaum, tapi asas utama Melayu itu Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, ikut budaya Melayu, berasal dari kepulauan Melayu. Di negeri Johor, saya tidak diterima sebagai Melayu biarpun lahir di Johor. Bapa saya lahir di Surabaya dari kepulauan Melayu tapi kerana kami berketurunan Arab maka dianggap bukan Melayu dan tak boleh beli tanah rezab Melayu.

Namun boleh jadi menteri seperti Datuk Syed Hamid Albar. Itulah peliknya Johor. Mereka menolak syed dan sharifah sebagai Melayu sedangkan di Sabah dan Sarawak segala bangsa yang berkahwin dengan perempuan bumiputera diterima sebagai bumiputera, bukankah ini �double standard
�? Di Perlis, syed boleh jadi raja, boleh jadi Yang Di pertuan Agung. Apakah di Johor pun ada dasar apartheid?

Datuk Paduka Haji Osman Arof ketika di minta memberi komen mengenai apa yang dikatakan oleh Tun Mustapha bahawa tak ada masalah menerima UMNO kerana ada kaum Melayu Siam di Kedah yang menjadi ahli UMNO. Osman berkata, "orang keturunan Siam yang tinggal di Malaysia sebelum merdeka diterima sebagai Melayu mengikut pelembagaan Kedah, mereka berhak menerima keistimewaan yang diperoleh oleh Melayu dan bumiputera."

"
Mereka selaku rakyat Malaysia berhak membeli rezab Melayu dan tanah, biarpun mereka bukan Islam. Ada kampung di Kedah di mana terdapat 10 peratus kaum Thai, mereka diberi peluang menyertai UMNO dan akhirnya menjadi pengikut setia UMNO."
Cakap pasal Kedah, semasa pilihan raya di Anak Bukit dan Pendang ketika itu Megat Junid jadi Ketua Penerangan UMNO dan saya selaku AJK Penerangan UMNO diberi tugas untuk berceramah di kuil Buddha untuk mempengaruhi undi. Saya lakukan tugas ini bersama anak angkat saya, Cham Nong Aliap, Melayu berketurunan Siam.

Sungguh pelik kata-kata bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, yang juga ADUN Serdeng, Datuk Asfia Awang Nassar, "UMNO sukar dapat masuk ke Sarawak kerana soal keMelayuan, Islam dan Bumiputera." Siapa Asfia Awang Nassar?

"Siapa yang nak UMNO ke Sarawak? Yang benar-benar nak, adalah dari Semenanjung. Permintaan pemimpin serpihan terutama Permas."
Malah katanya lagi, "persoalannya bila dan siapa yang benar-benar akan bawa UMNO ke Sarawak?"

Bagi Asfia jika Tun Rahman yang akan bawa UMNO ke Sarawak, UMNO akan gagal sebab Tun Rahman sudah ditolak oleh rakyat Sarawak. "Kalau mahu UMNO kalah, suruhlah dia."

"PKMS yang tidak terima Melanau sebagai Melayu sedangkan Melanau juga adalah rakyat pribumi Sarawak.
Ketua Menteri berdarah keturunan raja Brunei. Takrif PKMS tak benar tentang Melayu. Berdasar itu PKMS tolak semua bumiputera. Apakah dengan cara ini UMNO boleh berkuasa?"

"Di Sabah, UMNO masuk kerana untuk tenteramkan kekecuhan di Sabah. Di Sarawak tidak ada kekecuhan tetapi yang ada adalahkestabilan. Jadi tak ada alasan untuk UMNO datang ke sini. Tak ada alasan kuat untuk UMNO ke Sarawak,"
tambahnya lagi
Massa 29hb. Mac 1997
Sejak dari dahulu, memang terdapat usaha berterusan samada daripada sebelah pihak tertentu UMNO di Semenanjung Malaysia ataupun dari sebelah pihak tertentu UMNO di Semenanjung Malaysia ataupun daripada sebelah Sarawak, untuk membawa masuk UMNO ke Sarawak. Tetapi tidak diketahui sama ada usaha-usaha tersebut telah digembeling secara sistematik atau tidak. Maka, sebagai satu langkah dalam usaha secara sistematik, dokumen ini disediakan sebagai salah satu sumber rujukan atau perbandingan nota antara kedua-dua pihak.
Hussein Zainuddin
Kata Tun Mustapha, UMNO mesti masuk ke Sabah untuk menyatu-padukan bumiputera sama ada Islam atau bukan Islam. Almarhum Tunku Rahman pun membuat kenyataan yang sama.
In response to the Datu Bandar�s renewed initiative and the Tunku�s conviction that Indonesian opposition to Malaysia made Malay unity in Sarawak all the more important, Ghazali Jawi, UMNO�s SecretaryGeneral, was despatched to Kuching in early October. His mission was to have talks with PANAS and BARJASA leaders and heal the rift between the two parties. On his arrival he told the press that UMNO was not just for the Malays but for all indigenous people who wished to join.

He offered two possible alternatives: UMNO could establish branches in Sarawak which members of existing parties could join, or the parties could affiliate themselves with UMNO. PANAS�s goal had always been for a merger with UMNO but this was politically difficult: it would signal a clear preference for PANAS over BARJASA, something UMNO was naturally not prepared to countenance.

Some progress was made during Ghazali Jawi�s visit; indeed, PANAS and BARJASA officials were reported as saying that the gap between them was �almost closed�. The likely outcome seemed to be that PANAS and BARJASA would both become official branches of UMNO. Nevertheless, Ghazali Jawi�s undiplomatic emphasis on Malay unity was bound to upset PANAS�s non-Malay members, who felt threatened with being left out in the cold if the party�s Malay membership joined UMNO.

Rather than allow this to happen, Leong Ho Yuen and some of his Chinese colleagues succeeded in having an emergency meeting of the party�s Central Executive Committee called for 18 October to discuss the issue but in the absence of the Datu Bandar and Abang Hj. Othman there was no quorum and nothing could be resolved. Instead, there was an embarrassing slanging-match in the pages of the Sarawak Tribune, culminating in Leong�s resignation .

In the meantime, Dato� Abdul Razak had persuaded Tunku Abdul Rahman that the Datu Bandar should be brought in from the political wilderness. Visiting Kuching, he asked Abang Hj. Mustapha if he would agree to be appointed Senator and Minister without Portfolio in the new Federal government. Possibly for reasons of pride, the Datu Bandar was at first unwilling. However, his PANAS colleagues urged him to accept, believing that it would restore the party�s acceptability and pave the way for its re-incorporation within the Sarawak Alliance. In their view, it was a way of �hilangkan conteng di-muka� (making a fresh start).


Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti itu bersedia menimbangkan hasrat tersebut sekiranya persetujuan menerima UMNO diperolehi.

"Kita bersedia mempertimbangkan kemasukan UMNO asalkan majoriti bumiputera di negeri itu mahukan UMNO."

"UMNO tidak ada rancangan memasuki Sarawak walaupun sampai bila-bila. Walaupun sampai tahun 2000 atau bila-bila pun kita tidak akan membawa UMNO kesana melainkan atas kehendak majoriti rakyat bumiputera."

UMNO hanya melihat segelintir sahaja rakyat khususnya bumiputera di negeri itu menerima kemasukkan UMNO.

Bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yakub berkata, beliau akan memberikan sokongan padu sekiranya UMNO dapat dikembangkan ke Sarawak kerana masa termasuk kestabilan politik di negeri itu membolehkan UMNO bertapak.

Laporan akhbar The Sarawak Tribune bertajuk Illegal to distribute UMNO membership forms dan Utusan Sarawak bertajuk �Haram Edar Borang Keahlian UMNO
� yang masing-masingnya memetik kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak harus direnung sedalam-dalamnya.

Kenyataan Datuk Seri Najib, kononnya menurut laporan kedua-dua akhbar berkenaan, sebagai tidak sah menyebarkan borang keahlian UMNO adalah bertentangan dengan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Fasa 4, Perlembagaan UMNO.

Fasal 4, Perlembagaan UMNO juga menyebut "Perlembagaan UMNO membenar-kan seseorang warganegara Malaysia, Melayu atau Bumiputera, yang berusia 18 tahun ke atas memohon menjadi ahli."

Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Dr. Mahathir itu, UMNO tidak pernah menutup pintunya kepada rakyat Sarawak yang memiliki status warganegara Malaysia untuk memohon menjadi ahli UMNO.

Bagaimana mungkin UMNO dapat mengetahui sokongan rakyat Bumiputera Sarawak kalau bukan diadakan pengambilan dan pendaftaran keahlian? Sokongan tidak dapat dibuktikan hanya dengan secara bersuara sahaja. Atau berdasarkan kenyataan pucuk pimpinan atasan PBB sahaja.

Persoalannya sekarang, adakah kenyataan Datuk Seri Najib itu releven atau sengaja diputar belitkan oleh dua buah akhbar tempatan yang menjadi milik Datuk Wahab Dolah?

Dalam konteknya ini, umum tentunya dapat mentafsir siapa sebenar-benarnya takut akan kedatangan UMNO ke Sarawak. Adakah rakyat Bumiputera atau segelintir pemimpin yang berkepentingan.

Soal sama ada perlu atau tidak UMNO menggembangkan sayapnya ke Sarawak seharusnya tidak timbul sama sekali kerana di dalam Fasal 4. Perlembagaan UMNO tidak pernah melarang sesiapa sahaja yang mahu menjadi ahlinya. Malah dalam Fasal 4, Perlembagaan UMNO ada menyebut dengan jelas dan terang bahawa
"Ahli biasa adalah warganegara Malaysia atau Bumiputera yang berusia 18 ke atas layak menjadi ahlinya."
Malah bekas Setiausaha Agung UMNO, YB Dato� Sabbarudin Chik dengan jelas berkata bahawa, "soal kelulusan keanggotaan parti merupakan hak mutlak Majlis Tertinggi (MT)" Utusan Borneo, Jumaat 10 Januari 1997.

Jadi soal lulus atau tidak adalah hak MT UMNO sendiri. Yang pasti tiada larangan kepada sesiapa pun sahaja yang mahu menjadi ahli UMNO seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pemimpin hari ini.

Dari itu, tiada sebab mengapa orang Melayu atau Bumipuera Sarawak tidak dibenarkan daripada menjadi ahli UMNO. Fasal 4, Perlembagaan UMNO dengan jelas menyatakan bahawa tiada sebarang halangan bagi sesiapa sahaja rakyat Malaysia di negeri Sarawak terutama orang Melayu ataupun Bumiputera memasuki UMNO asalkan sahaja mereka sudah mencapai usia 18 tahun ke atas.

6 comments:

  1. UMNO CAN GO TO HELL! DON'T PUSH US TO TAKE DOWN SARAWAK BN! WE'RE BN SUPPORTERS FROM THE BEGINNING! DON'T FORCE US TO BETRAY BN! UMNO IN AND WE'LL BE OUT FROM BN!

    ReplyDelete
  2. UMNO+PERKASA=RACIST FUCKHEADS!!

    ReplyDelete
  3. umno can go anywhere but not sarawak..sabah lose it all when umno enter sabah....now all important govt position were taken by peninsular malay, with native sabahan were only given "less-than-important-posts". and this transgress with 20 points agreement btwn Sabah and Federation malaya. we sarawakian will not fell for the same hole like sabah..so u can push umno-racsist to your butthole

    ReplyDelete
  4. We rakyat Sarawak will never accept UMNO in Sarawak!! UMNO is racist party which is not suitable for us Sarawakian. Our culture is totally different from Malaya!! The main reason for UMNO to enter Sarawak is because your party want to take over our economy. We not fool!! PBB for life!! Sarawak for Sarawakian!!

    ReplyDelete
  5. Umno adalah "cancer",..Makhluk terkutuk di bawah langit..Rakyat Sarawak takkan tertipu spt yg telah berlaku kpd rakyat Sabah.. Namun kita yakin Sarawak dan Sabah akan bebas sepenuhnya drpd penjajahan dan pengkhianatan Umno.. Allah bersama kita...Biarlah Allah membalas perbuatan khianat mereka..Insyaallah...

    ReplyDelete
  6. Kami di Sarawak tak perlukan Pemimpin atau Parti Politik dari Malaya!!!

    ReplyDelete