Wednesday, November 10, 2010

Zaid kian tersungkur, PKR kian mundur

SELEPAS kalah di Batu Sapi dan terkini tindakan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden dan meletak semua jawatan dalam parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa akur imej demokrasi dan keadilan yang kononnya dijunjung selama ini kian tercalar.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim @ Anwar al-Juburi, seperti biasa, mengaitkan semua masalah dengan UMNO yang bertujuan menghancurkan karier politiknya termasuk menjatuhkan imej PKR.

Anwar yang begitu bangga mencanangkan bahawa PKR menjunjung penuh amalan demokrasi dan keadilan dalam parti, seolah-olah hilang ilham untuk memajukan parti.

Dia sedar semakin lama, kian pudar sokongan terhadap parti yang ditubuhkan bagi membela dirinya ketika terbabit dengan aktiviti seks penjuburan (sodomi)  pada 1998.

Cukup demokrasi-kah PKR apabila Anwar membela pencabar Zaid untuk ke jawatan Timbalan Presiden, Azmin Ali, demi menjaga kepentingan politiknya dan bukan membela rakyat.

Malahan, Anwar mengaitkan pengunduran Zaid sebagai satu kebetulan yang tidak munasabah.


Tidak munasabah hanya kerana artikel dalam Utusan Malaysia mahu dia keluar PKR - sama seperti diluahkan Zaid.

Zaid mengaitkan kenyataan Anwar itu dengan berkata "16 Sept (hasrat PKR ambil alih kerajaan) telah gagal, kita salahkan BN, kita tewas di Perak, kita juga salahkan BN, anggota Parlimen kita lompat parti, kita salahkan BN, sudah tiba masanya kita mesti katakan kita lemah".

Seorang penganalisis politik berkata, perpaduan kalangan pemimpin PKR sedikit sebanyak akan menjejaskan peluang untuk mereka mengekalkan prestasi pada pilihan raya umum kelak.

"Jangan perkara seperti ini dipandang remeh oleh PKR. Kita telah saksikan calonnya tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi pada 4 November lalu," katanya.

Dalam situasi begini, Zaid wajar mengambil iktibar bahawa tidak ada parti yang benar-benar 'baik'. Mesti ada cacat dan cela.

Dia keluar UMNO pada tahun lepas apabila mendapati PKR lebih sempurna berbanding UMNO.

Itu sekadar luaran kerana Zaid pada masa itu sekadar melihat ke dalam PKR dari tingkap sahaja.

Apabila duduk di ruang tamu PKR, baharu dia sedar perjuangan parti itu sekadar ingin mengangkat karier politik Anwar dan keluarganya selepas disingkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir.

Seorang pemimpin PKR di peringkat bahagian di Sarawak berkata, keputusan dan sokongan rakyat di negeri tersebut pada pilihan raya negeri kelak dijangka tidak akan terjejas.

Adakah kenyataan itu sekadar ingin menyejukkan hati mereka yang selama ini beranggapan bahawa PKR adalah parti lain dari BN. Lain kerana lebih liberal dan pemimpinnya sanggup makan semeja dengan rakyat biasa.

"PKR bukan perjuangan berteraskan peribadi pemimpin. Parti ini membina kekuatan hasil perpaduan orang-ramai," katanya yang enggan disiarkan nama.

PKR kini sudah mula memasang angan-angan untuk membentuk kerajaan negeri yang baru bersama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Pilihan raya belum tiba, mereka sudah mencongak jawatan Ketua Menteri akan diberi kepada siapa.

Seorang ahli biasa PKR beria-ia memberitahu bahawa parti tersebut akan menang besar pada pilihan raya negeri Sarawak kelak.

"Pemimpin PKR bukan seperti pemimpin BN. Mereka senang untuk bercampur dengan orang ramai," katanya.

No comments:

Post a Comment