SELEPAS kalah di Batu Sapi dan terkini tindakan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden dan meletak semua jawatan dalam parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa akur imej demokrasi dan keadilan yang kononnya dijunjung selama ini kian tercalar.Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim @ Anwar al-Juburi, seperti biasa, mengaitkan semua masalah dengan UMNO yang bertujuan menghancurkan karier politiknya termasuk menjatuhkan imej PKR.
Anwar yang begitu bangga mencanangkan bahawa PKR menjunjung penuh amalan demokrasi dan keadilan dalam parti, seolah-olah hilang ilham untuk memajukan parti.
Dia sedar semakin lama, kian pudar sokongan terhadap parti yang ditubuhkan bagi membela dirinya ketika terbabit dengan aktiviti seks penjuburan (sodomi) pada 1998.
Cukup demokrasi-kah PKR apabila Anwar membela pencabar Zaid untuk ke jawatan Timbalan Presiden, Azmin Ali, demi menjaga kepentingan politiknya dan bukan membela rakyat.
Malahan, Anwar mengaitkan pengunduran Zaid sebagai satu kebetulan yang tidak munasabah.