Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Adakah kita ingin menjadi pengemis ditempat sendiri dan Cina menjadi raja?

Melayu Pulau Pinang bakal hidup melarat
Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my
2010/11/12 Pemilikan tanah hanya tinggal 20.41 peratus

GEORGETOWN: Pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang kini hanya tinggal 20.41 peratus, meskipun kaum itu mewakili 44.89 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada UMNO, Muhammad Farid Saad, berkata lebih membimbangkan, Daerah Timur Laut iaitu kawasan paling pesat membangun di Pulau Pinang, tanah milikan Melayu hanya 1.16 peratus.

Katanya, kajian UMNO Pulau Pinang juga mendapati ada 60 perkampungan Melayu yang mempunyai 7,000 penghuni dibina di atas tanah orang lain.

“Berikutan itu, penduduk bakal kehilangan tempat tinggal pada bila-bila masa,” katanya pada forum bertajuk Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang di sini, kelmarin.

Farid adalah salah seorang daripada empat ahli panel forum berkenaan, selain Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff; Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Dr Mujahid Yusuff Rawa dan Presiden TERAS Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid.