Friday, February 11, 2011

Syabas Datuk Shafie Abdullah !!!!!!!!!


Syabas Datuk Shafie Abdullah. Syabas kerana berjaya menjalankan tugas dengan baiknya sebagai Setiausaha Politik kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah beliau memang terkenal dengan keupayaan menyelesaikan atau memulakan sesuatu rundingan.

Dahulu beliau dituduh mencampuri urusan Parlimen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Sedangkan tuduhan itu tidak berasas kerana beliau sekadar melaksanakan tugas demi 'bos'nya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebuah blog milik seorang wakil rakyat DAP ada menyentuh perihal Shafie tetapi bukan artikel yang memburukkan beliau tetapi komen-komen dari pembaca!

Beliau adalah seorang Setiausaha Politik berpandangan yang prihatin dengan situasi politik Sarawak.

Pada tahun lepas Shafie sering melawat Sarawak untuk meninjau keperluan rakyat. Antara tempat yang pernah dikunjungi beliau ialah kawasan Parlimen Tanjung Manis dan Parlimen Lawas.

Beliau seorang yang prihatin dengan permasalahan rakyat Sarawak. Sebagai seorang yang berjiwa rakyat, beliau sangup turun padang menemui rakyat Sarawak walaupun hanya memegang jawatan Setiausaha Politik.

Dari hasil kunjungan atau lawatan ke Sarawak selama ini, Shafie berjaya meyakinkan Najib untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri bagi tujuan untuk mengesahkan sendiri fakta-fakta yang dikumpul oleh beliau (Shafie) ketika membuat lawatan-lawatan tidak rasmi ke kawasan-kawasan di Sarawak.

Keprihatinan Shafie terhadap Sarawak amatlah dihargai kerana beliau menunjukkan kesediaan untuk membantu Barisan Nasional Sarawak untuk mengekalkan kerajaan Barisan Nasional di negeri tercinta ini.

Semenanjung dan Sabah sudah menikmati kemakmuran ekonomi di bawah pemerintahan BN, dimana Umno adalah tulang belakang kerajaan negeri, mengapa pula warga Sarawak dinafikan hak untuk menerima pembangunan yang sama?

Kenyataan 'ramai seperti Hosni Mubarak', Anwar rujuk kepada diri sendiri

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai individu seperti Hosni Mubarak wujud di Malaysia sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ini kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipercayai mempunyai kekayaan yang hampir setara dengan Presiden Mesir tersebut.

Katanya, jika Hosni yang kini berkemungkinan bakal digulingkan oleh rakyatnya mempunyai kekayaan AS$70 bilion (RM213.192 bilion), Anwar pun tidak kurang mewahnya.

"Saya ingin bertanya berapa nilai harta yang dimiliki Anwar sekarang sehingga beliau boleh ke luar negara dua hingga tiga kali sebulan selain, mampu membayar yuran guaman kepada Karpal Singh.

"Kalau proksinya sewaktu bergelar Menteri Kewangan dulu, terutama mereka yang digelar 'empat budak hitam' mempunyai kekayaan sehingga tujuh keturunan, cuba bayangkan harta Anwar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas dakwaan Anwar sewaktu berucap di Amerika Syarikat minggu ini bahawa ramai individu seperti Hosni di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mencabar ketua pembangkang tersebut mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki serta kos guaman terhadap Karpal jika merasakan perkara itu tidak benar.

"Rakyat Malaysia nak tahu berapa kekayaan dia kerana selepas tidak berada dalam kerajaan sekian lama pun Anwar mampu menjalani kehidupan yang mewah," katanya.

Tuesday, February 8, 2011

Hebat sangatkah Nazib, hingga cabar Fadillah debat!

Siapa Ahmad Nazib Johari? Usahkan satu Sarawak mengenal dia, majoriti warga bandar raya Kuching pun pasti tidak tahu dengan kewujudan Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat Negeri itu.

Dia bukannya wakil rakyat, bukan juga menteri atau timbalan menteri, tetapi tiba-tiba budak mentah dalam politik itu mengajak Datuk Fadillah Yusof berdebat 'lah pulak'.

Ilmu belum penuh didada, Ketua Pemuda PBB pula mahu direndahkannya martabat untuk berdebat dengan dia.

"Nazib, bagus lu balik rumah kasi cermin itu muka. Ada hensem kalu, boleh cabar Fadillah berdebat."

Kepala PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Semenanjung ajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat, si Nazib pun ada hati nak tiru strategi cabar debat.

"Encik Nazib, ini bukan zaman sekolah lagi dah tau. Tidak ada pertandingan bahas antara kelas lagi dah kalau dah tua bangka."

Debat yang dicadangkan oleh Nazib kononnya ingin menyelesaikan beberapa isu berhubung pemuda atau belia di negeri ini.

Fadillah pula setakat ini tidak memberi respon terhadap cabaran tersebut. Kalau saya di tempat Fadillah pun tidak akan menyahut seruan tersebut.

Apa guna berdebat dengan budak mentah, apatah lagi dengan PKR. Apa yang dapat diselesaikan menerusi perbahasan demikian?

Fadillah merupakan pemimpin belia yang unggul di Sarawak dan mungkin juga di peringkat kebangsaan.

Apabila memasuki dua penggal menjadi Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan negeri dan persekutuan agar menjadi timbalan menteri dalam kabinet persekutuan.

Tidakkah itu merupakan satu kebanggaan yang jarang dapat dikecapi oleh semua ahli politik baru dan muda seumpama Fadillah?

Saya sanggup meletak taruhan bahawa Nazib tidak mampu menjawab apabila diajukan Fadillah soalan berkisar tentang apa sumbangan PKR terhadap pembangunan belia.

Kalau setakat mencarut dan mengkritik apa yang cuba dibawa Fadillah menerusi kepimpinannya dari aspek belia di negeri ini, saya rasa tidak perlu Nazib terpekik-terlolong meminta Fadillah menyahut cabaran bahas.

Keunggulan Fadillah dalam sayap Pemuda PBB belum dapat digugat setakat ini. Majoriti ahli-ahli Pemuda PBB menyokong kepimpinannya. Pada tahun lepas, dalam Perhimpunan Agung PBB, Fadillah mengekalkan jawatan Ketua Pemuda tanpa bertanding.

Apakah itu tidak cukup untuk membuktikan dia seorang yang berkarisma dan mempunyai perancangan rapi terhadap pembangunan belia?


Sunday, February 6, 2011

MENGAPA MASUK PKR ATAU SNAP? SEDANGKAN ADA UMNO!


Kecewa dengan perjuangan PBB, SUPP, SPDP atau PRS? Atau belum menyertai mana-mana parti komponen BN?

Umno merupakan parti yang tepat sebagai landasan baru politik. Bukan sahaja untuk Melayu dan Melanau, tetapi juga untuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Rakyat Bumiputera boleh menjadi ahli Umno sejak perlembagaannya dipinda bagi membolehkan parti terbesar dalam BN itu memasuki Sabah pada 1991.

Umno merupakan landasan terbaik politik untuk menyatukan Bumiputera di Sarawak di bawah bumbung parti politik yang kukuh seperti Umno.

Adalah satu kesilapan besar dalam karier politik apabila memilih untuk keluar dari mana-mana parti komponen BN di Sarawak dan seterusnya menyertai PKR, DAP dan SNAP.

Apa yang parti-parti pembangkang mampu lakukan? Mereka sebagai parti bukan pemerintah dalam Parlimen Malaysia, hanya mampu mengkritik dan mengulas dasar kerajaan.

Thursday, February 3, 2011

UMNO adalah faktor penstabil politik Sarawak

Hidup UMNO !!!

Pemimpin-pemimpin BN Sarawak sering mengaku tidak ada satu pun komponen BN yang mampu memerintah Bumi Kenyalang sendirian.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak mempunyai kekuatan tunggal dalam mentadbir kerajaan negeri.

PBB agak 'keBumiputeraan', SUPP diketahui 'keCinaan', SPDP dan PRS sudah pasti 'keIbanan'. Apa yang menarik, tiga parti kecuali PBB enggan mengaku parti mereka berlandaskan perkauman. PBB sekadar menghimpunkan Bumiputera, sesuai dengan nama mereka.

Dahulu pernah terdengar kononnya SPDP dan PRS akan bergabung - menjadikannya sebuah parti komponen yang kuat dan mempunyai komposisi ahli berketurunan Iban teramai - mungkin mengugat kedudukan SUPP dalam hiraki BN Sarawak.

Kini bagaimanapun usaha tersebut semakin luput dan kian pudar perbincangan di akhbar.

Buat masa ini politik Sarawak tidak dinafikan stabil di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 

Tetapi ini mungkin berubah sekiranya ramai lagi pemimpin BN mengambil keputusan untuk mengikuti tindakan bekas Ketua Penerangan PRS Tedewin Ngumbang yang menyalahkan ketua menteri kerana membuli komponen parti BN Sarawak.

Kemungkinan besar perkara ini akan menyebabkan PBB, SUPP, SPDP dan PRS akan bertelagah sesama mereka sendiri dan seterusnya memerlukan satu parti lain (Umno) untuk menstabilkan kekacauan politik Sarawak.

Umno sering dianggap parti luar oleh rakyat Sarawak. Kedudukan tersebut sebenarnya mewujudkan perasaan hormat di kalangan orang tempatan.


Monday, January 31, 2011

DASAR BIJAK NAJIB PENENTU KEMENANGAN TENANG


Selain pengundi memang setia dan yakin dengan pemerintahan BN, kejayaan Umno di DUN Tenang merupakan bukti keberkesanan dasar-dasar kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan dasar seperti Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Polisi-polisi tersebut adalah berteraskan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Nampak gaya, Umno tetap gah berbanding Pas yang semakin malap terutama di Johor.

Pas sekadar, dari dahulu hingga sekarang, asyik memperjuangkan slogan "undi Pas anda masuk syurga".

Sejauh mana kebenaran pemimpin-pemimpin Pas ada menjanjikan demikian, itu tidak diketahui, tetapi mana bisa pokok bergoyang tanpa ada angin.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Ahad lepas, Mohd Azahar Ibrahim, 39, yang memperoleh 6,699 undi menewaskan calon Pas Normala Sudirman, 38, yang hanya memperoleh 2,992 undi.

Malahan kemerosotan undi diperoleh calon Pas menunjukkan kemerosotan sokongan terhadap Pas secara keseluruhan.

Para pengundi Cina juga mengembalikan keyakinan terhadap BN apabila kebanyakan mereka memangkah calon BN.

Peralihan undi itu menafikan dakwaan Pakatan Rakyat mengatakan mereka mula merintis tempat di hati rakyat Johor.

Dalam pilihan raya kecil itu, BN menang di tiga daripada empat pusat pengundian yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum 2008. Ia membabitkan Labis Timur, Labis dan Tenang.

Ia merupakan isyarat jelas kepada pemimpin-pemimpin Pas, juga PKR dan DAP, tidak mendapat tempat di hati rakyat Johor.

Johor merupakan antara negeri yang disifatkan sebagai kubu kuat BN selain Sabah dan Sarawak.

Justeru, harapan para para pemimpinnya dan penyokong BN ketika ini ialah agar momentum kemenangan itu dikekalkan pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini.

Thursday, January 27, 2011

Bapa Silat Melayu Sarawak di era moden


Seni Silat Melayu adalah satu warisan bangsa Melayu yang tak lapuk dek zaman. 

Bahkan sejak dari dulu lagi, seni warisan ini telah dijaga dengan rapi oleh pengamal-pengamal yang turut berusaha untuk mempopularkannya dikalangan bukan Melayu.

Justeru itu, amatlah tidak sopan sekali apabila adanya tuduhan-tuduhan bahawa seni silat Melayu di negeri ini telah disalahgunakan oleh pengamalnya.

Seseorang sepatutnya tidak cepat untuk membuat tuduhan bahawa apabila anak nakal, sudah tentu mendapat restu bapa.

Andaian seumpama ini amat tidak adil sekali.


Begitu juga dengan andaian bahawa memandangkan murid perguruan Seni Silat Helang Putih memukul seorang pemimpin PBB, maka guru perguruan tersebut Haji Haneef dikatakan bersubahat.

Pihak yang membuat tuduhan seumpama itu patut dibawa ke muka pengadilan untuk dihukum kerana mempunyai mulut yang lancang yang tidak berlandaskan kepada fakta.

Satu tuduhan semata-mata terhadap seorang pengamal seni silat Melayu yang telah mempopularkan seni silat di seluruh Sarawak.

Bahkan bolehlah dikatakan Haji Haneef layak untuk digelar sebagai bapa silat Melayu Sarawak di era moden.

Maka kita jangan terlalu cepat membuat andaian yang bertujuan untuk merosakkan seni silat Melayu di Sarawak.

Tidak masuk akal untuk menuduh Haji Haneef mengarahkan murid-muridnya untuk memukul pemimpin PBB tersebut.

Mungkin pemimpin PBB tersebut sedang khayal ketika ditumbok. Satu kemungkinan.

Thursday, January 20, 2011

Penubuhan Sukarelawan Pemuda BN Negeri patut di puji




Penubuhan Jawatankuasa Sukarelawan Pemuda BN Negeri yang dipengerusikan oleh Mohd Kamaluddin Haji Mohd Effendie adalah satu usaha yang baik dan patut disokong oleh semua pihak.

Bahkan UMNO Sarawak menyokong penubuhan jawatankuasa ini yang turut memain peranan sebagai pasukan bertindak cepat (Early Response Team) bagi membantu dalam perkara berkaitan bencana alam, msibah dan sebagainya.

Sarawak memerlukan kepimpinan muda seperti Datuk Fadilah Yusuf dan Kamaluddin untuk melengkapi generasi muda dengan semangat sukarelawan dan keprihatinan yang tinggi agar menjadi generasi yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Walaupun pada ketika ini adanya cemuhan-cemuhan yang dilemparkan kepada Fadilah dan Kamaluddin kerana jawatankuasa ini kelihatan gagal bertindak membantu mangsa-mangsa banjir dalam kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini, UMNO Sarawak merasakan terlalu awal untuk rakyat Sarawak memberi penghakiman.

Jawatankuasa ini hanya baru ditubuhkan dan ianya memerlukan masa untuk dapat benar-benar berfungsi secara optima.

Berilah masa kepada jawatankuasa ini dan juga pemimpin muda Sarawak Fadilah dan Kamaluddin.

Apa jua kritikan ataupun cemuhan yang dilemparkan terhadap jawatankuasa ini, Fadilah dan Kamaluddin patut dipuji atas usaha penubuhan ini.
 

Wednesday, January 19, 2011

UMNO adalah parti Islam! PAS mesti mohon maaf!!!

 PAS sering kali cuba untuk menonjolkan bahawa parti tersebut adalah parti Islam manakala UMNO adalah parti kufur.

Ternyata dakwaan PAS bahawa UMNO adalah parti kufur disangkal Duta Iran di Malaysia Prof. Dr. Mohammed Mehdi Zahedi.

Sudah sewajarnya seorang duta yang mempunyai pendidikan yang tinggi seperti Mohammed mengerti dengan jelas tuduhan yang berniat jahat yang dilemparkan oleh PAS.
\
Diharapkan pemimpin PAS bertaubat kerana membuat tuduhan UMNO yang didokong oleh orang Melayu/Islam sebaai parti kufur.

HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU! HIDUP ISLAM!




Ambassador Of Iran Recognises Umno As An Islamic Party

KUALA LUMPUR, Jan 18 (Bernama) -- Umno is a political party that not only champions the aspirations of the Malays but also consistently upholds the religion of Islam, said Iranian ambassador to Malaysia, Prof. Dr. Mohammed Mehdi Zahedi.

"Umno is an Islamic party which has leadership continuity and a clear structure capable of creating harmony not only among Muslim members but the community at large," he was quoted as saying by the Umno Online news portal when paying a courtesy call to Umno Secretary-General Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor at the Umno Headquarters, Tuesday.