Pemuda PBB perlu lebih agresif hadapi PRU 13
Utusan Borneo
Harus berani depani pelbagai cabaran lebih-lebih lagi guna ruang siber untuk dekati pengundi
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumi-putera Bersatu (PBB) perlu bertindak lebih agresif membantu jentera parti dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PR13U).
Ahli Majlis Tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Pemuda PBB harus berani mendepani pelbagai cabaran lebih-lebih lagi menggunakan ruang siber untuk mendekati para pengundi.
“Kita perlu akui penggunaan ruang siber masih lemah dan kita tidak harus menoleh ke belakang untuk berdepan dengan musuh kita.
“Justeru, kita perlu melaku-kan usaha yang lebih drastik dengan menggunakan ‘perang siber’ kerana golongan muda ternyata cenderung menggunakan Internet dan ini membolehkan kita dapat mendekati mereka,” katanya berucap pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda PBB Negeri di sini malam Ahad lalu.
Abdul Karim menarik perhatian bahawa dalam ‘perang siber’, ahli-ahli pergerakan Pemuda tidak perlu takut dan mereka harus bersedia untuk menghadapi cabaran pihak pembangkang.
Beliau yang juga Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia berkata, pembangkang seperti PKR dan DAP mungkin agak agresif dalam pendekatan mereka justeru kita (PBB) harus lebih agresif.
“Saya percaya Pilihan Raya Umum mungkin dalam tempoh terdekat, justeru kita mesti tahu peranan kita dalam menghadapi pilihan raya itu nanti.
“Kita diakui amat sukar kerana kita tidak hanya mahu menang, tetapi untuk memenangi secara besar-besaran terutama kerusi di kawasan PBB,” katanya.
Hadir sama ialah Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada Abdul Karim yang disifatkan sebagai orang yang masih ‘rapat’ dengan Pemuda PBB kerana peranan yang lalu sebagai ketua pemuda dan bekas timbalan ketua.
Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memberitahu bahawa kerajaan mempunyai banyak program termasuk Parlimen Belia untuk belia bagi membentuk mereka sebagai pemimpin masa depan negara.
“Kita harap pelaksanaan Parlimen Belia nanti dapat membantu golongan pemuda untuk bersama-sama membantu kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan,” katanya.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda PBB Daniel Jubang Kanyan, Ketua Pemuda PBB Zon Kuching Wan Hamzah Wan Paie dan pengerusi penganjur Irwan Zulkarnain Hasbi.
Ya betul kata YB Karim. Barisan Exco Pemuda PBB GAGAL untuk menyokong YB Datuk Fadilah Yusuf menguatkan Pemuda PBB.
ReplyDeleteYB Abdul Karim Rahman Hamzah adalah antara barisan pemimpin yang diperlukan melayu sarawak. Bapanya adalah orang yang paling amanah, taat setia dan tidak pernah mengamalkan politik cucuk-mencucuk. Kami pasti YB Abdul Karim Rahman Hamzah adalah antara pemimpin yang berani untuk menutup PBB dan membawa penyelamat melayu kuching iaitu UMNO.
ReplyDeleteThe casino: How to get $10 free + bonus - DRMCD
ReplyDeleteAnd while 남원 출장마사지 that's not your first-class reward, you also 여주 출장샵 get free casino spins or 대전광역 출장안마 no deposit 광양 출장마사지 bonuses on deposit slots, video poker, and blackjack. 남양주 출장마사지 The bonuses