Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

PKR: Siapa menang, siapa kalah?

Oleh A Kadir Jasin

KALAU Zaid lawan Anwar, siapa akan menang? Anwar dan Zaid belum tentu menang. Yang akan menang tanpa menggerakkan sepuntung jari pun adalah parti-parti dan pihak-pihak yang bersaing atau bermusuh dengan PKR.

Hakikatnya bukan soal kalau lagi. Perlawanan Zaid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim sudah pun bermula.

Apa tidaknya, Zaid secara terbuka, termasuk melalui media massa arus perdana yang tidak diyakini oleh pembangkang, telah mencabar Anwar dan orang kanannya, Mohd Azmin Ali, supaya memberi laluan kepada kepemimpinan baru.

Dan Zaid tentu tidak berjenaka, sinis atau skeptis apabila dia berkata, dia layak memimpin PKR. Yang malang adalah Zaid telah menarik dari daripada pertandingan timbalan presiden dan meletakkan semua jawatan parti.

Jadi, peluangnya memimpin PKR atau mengambil bahagian dalam proses kepemimpinan telah berakhir melainkan dia cuba memimpin parti itu dari luar melalui kaedah perang gerila atau pemberontakan.


Tuesday, November 9, 2010

Zaid akur UMNO lebih baik dari PKR


*Zaid Ibrahim desak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali letak jawatan dalam PKR kerana mereka punca masalah dalam parti. - BERNAMA)

**Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR memberikan gambaran bahawa parti itu sebenarnya tidak mengamalkan sistem demokrasi yang mereka canangkan, kononnya bagi memperjuangkan keadilan dan ketelusan. Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan Zaid dan beberapa lagi pemimpin PKR yang mempertikaikan proses pemilihan parti itu, seharusnya menyedarkan rakyat tentang kepincangan yang berlaku dalam PKR. - BERNAMA
_______________________________________________________

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.


Tuesday, October 12, 2010

PKR terima tamparan hebat menjelang pemilihan parti



Ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghitung hari untuk mengadakan pemilihan jawatan tinggi parti pada bermula 31 Oktober ini, Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila lebih 200 orang ahlinya menyertai Umno dalam tempoh dua hari ini.

Seramai 215 orang ahli PKR Ranting Lepar Utara di Pahang menyertai Umno hari ini, sekaligus menyaksikan ranting itu dibubarkan.

Tuesday, September 28, 2010

Anwar pondan tak de teloq ke????

Kalau buat ucapan kat depan orang ramai, bukan main lagi. tapi bila disuruh bertanding, kecut teloq? Ataupun dia memang tak de teloq? 

Kalu betul popular dalam parti pondan, bertanding ler!!! Takkan takut kot:)... Nie mesti takut tak dapat undi 100% dari ahli parti pondan.

Ataupun tak nak sibuk dengan keje-keje parti ... dapatlah jengok-jengok pondan untuk dapatkan servis...

Nasib baik Umno buangkan dia dulu!!!