Showing posts with label Ripin Lamat. Show all posts
Showing posts with label Ripin Lamat. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Undilah Ripin Lamat dan Dr Anuar Rapaee!

UMNO Sarawak merasa bangga diatas pemilihan kedua-dua mereka untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional di pilihanraya negeri Sarawak.

Diharapkan kedua-dua mereka akan mendapat mempertahankan kerusi Lambir dan Nangka untuk Barisan Nasional yang mana UMNO adalah parti tulang belakang.

Ucapan terima kasih diberikan kepada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Fadilah Yusuf dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafie Abdullah kerana sanggup turun ke padang untuk membantu kedua-dua calon ini.

Diharapkan rakyat Sarawak memberikan kedua-dua mereka undi majoriti yang lebih besar dari bekas calon-calon dalam pilihanraya negeri yang lepas.

Saturday, April 2, 2011

Calon-calon BN yang boleh menyebabkan pembangkang hilang wang deposit

Kita menjangka pilihanraya Sarawak ini akan menyaksikan tentangan sengit yang akan dihadapi oleh calon-calon BN di beberapa kawasan.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk BN meletakkan calon-calon yang berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi BN.

Kita amat berharap nama-nama dibawah ini akan diletakkan sebagai calon BN dalam pilihanraya:

1. Wan Hamzah Wan Paie di Demak Laut
2. Mohd Azrai Kassim di Samariang
3. Ripin Lamat di Lambir
4. Datuk Safri Abdullah di Sadong Jaya
5. Dr. Anuar Rapaee di Nangka




Kita amat yakin kelima-lima pemimpin ini bukan sahaja berupaya untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dipertandingkan tetapi juga berupaya untuk membuatkan pihak pembangkang kehilangan wang deposit.


Friday, February 18, 2011

Ripin yang berwawasan

Dia bukan sekadar umpama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, tetapi kerana wawasan dan pandangan jauhnya, Ripin Lamat sebenarnya umpama wakil rakyat.


Aktif dalam membantu rakyat di kawasannya dan menjadi mata-telinga Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kawasannya, sudah pasti dia mulia budi pekerti.

Dilantik menjadi Setiausaha Politik pada 7 Mei 2009, dia yang berusia 41 tahun sebenarnya mempunyai asas yang kukuh untuk menceburi karier politik.

Pehin Sri Taib pastinya telah memilih setiausaha politik yang tepat kerana mempunyai wawasan sejajar dengan agenda Politik Pembangunan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Ripin berupaya dicalonkan sebagai wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri kelak apabila 'senior-seniornya' di kawasan tersebut berundur.

Dia, ahli jawatankuasa Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), bijak dalam mengetengahkan peranan atau Barisan Nasional (BN).

Ripin yang dilahirkan dalam keluarga keturunan Kedayan berasal dari Kampung Tiris, Bekenu, Miri.


Pemegang Diploma Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia (dahulu Universiti Pertanian Malaysia) pada 1994, Ripin bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan Pemuda PBB.

Ini adalah untuk memastikan perancangan dan agenda parti, terutama Pemuda PBB, sampai ke peringkat akar umbi. Dalam konteks ini, amat bertuah Pemuda PBB memiliki ahli jawatankuasa yang sedemikian rupa.

Ucapan penghargaan terhadap Pehin Sri Taib ketika mula-mula dilantik sebagai Setiausaha Politik satu ketika dahulu nampaknya diabadikan Ripin dalam bentuk tindakan.

Iltizam untuk memberi perkhidmatan terbaik sama ada kepada BN dan juga rakyat Sarawak nampaknya tidak sia-sia.

Dia ketika dilantik dipetik sebagai berkata:

"Pelantikan ini tidak akan menjejaskan tugas saya sebagai wakil rakyat dan akan terus berbakti kepada masyarakat di kawasan saya."

"Dulu sebagai rakyat, saya mengharapkan pemimpin yang dilantik membantu rakyat dan kini apabila menjadi pemimpin kita memahami keperluan rakyat dan kita akan bersama mereka pada masa susah dan senang," katanya.