Sunday, May 15, 2011

Fadilah yang berani




YB Datuk Fadilah Yusof telah mengambil keputusan yang berani dengan tidak menegur Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin apabila beliau menyerang taib.  Komen Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin bahawa keputusan Pilihanraya Negri Sarawak 2011 adalah, "the biggest loss ever in Sarawak" merupakan suatu kenyataan yang patut diterima semua pihak.

Desakan pemimpin-pemimpin akar umbi pemuda PBB agar Yb Datuk Fadilah Yusof mempertahankan Presiden Parti taib adalah tidak berasas.  YB Datuk Fadilah Yusof tidak mahu mempertahankan taib kerana YB Datuk Fadilah Yusof berani kerana benar.

Pemimpin sebeginilah yang diperlukan kita.  Berani kerana benar.  Syabas pemimpin berwibawa Yang Berhormat Datuk Fadilah Yusof!

Monday, May 9, 2011

Taib mesti pergi cepat !!!


Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin memperkatakan perkara yang benar apabila beliau menulis Tweet ke-14906 bahawa pilihanraya negeri yang lepas adalah kekalahan yang paling teruk dalam sejarah Sarawak.

Memang sudah jelas bahawa Ketua Menteri Sarawak adalah punca kepada prestasi terburuk pilihanraya BN Sarawak dalam pilihanraya yang lepas.

Untuk menyelamatkan kerusi-kerusi parliamen di Sarawak, BN tidak mempunyai pilihan lain selain dari mendesak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk berundur dengan segera.

BN, yang mana UMNO adalah parti tulang belakang, lebih penting dari mana-mana individu di Sarawak, termasuk Taib.



Untuk menyegerakan pengunduran Taib, semua rakyat Sarawak mesti berdiri teguh dibelakang suara-suara yang mendesak supaya Taib mesti berundur!

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!