Tuesday, September 6, 2011

Jangan melobi - Yang Berhormat Datuk Fadilah Yusuf



Jangan melobi, kata Fadillah
by Jessica Jawing. Posted Utusan Borneo on September 4, 2011, Sunday

SELAMAT HARI RAYA: Fadillah bersalaman dengan pakar kardiologi, Dr Sim Kui Hian (kiri) yang turut hadir pada majlis rumah terbuka di kediamannya, semalam.
Pemuda PBB dinasihat berkhidmat dengan ikhlas kepada rakyat

KUCHING: Barisan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diingatkan tidak ‘melobi’ untuk Pilihan Raya Umum (PRU) sebaliknya perlu ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat.
Ketua Pergerakan Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof berkata ini kerana keikhlasan itu merupakan kriteria yang menentukan sama ada individu itu akan mewakili rakyat ataupun tidak.
“Memang pada peringkat parlimen nanti, akan ada generasi muda diberi peluang dan ruang mewakili Barisan Nasional.
“Namun yang penting jangan melobi atau merebut tetapi perlu ikhlas memberi khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau di kediamannya di Petra Jaya di sini, semalam.
Beliau dalam pada itu yakin pada PRU Ke-13 akan datang, PBB terutamanya akan sentiasa memberi peluang serta ruang kepada generasi muda untuk mewakili rakyat.
Ia dibuktikan katanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas di mana parti telah mengemukakan ramai barisan Pemuda untuk diketengahkan.
Berhubung sama ada akan beliau akan mempertahankan konstituensinya, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata ia terserah kepada pucuk pimpinan parti dan BN.
“Jika saya diberi peluang saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan kalau tidak diberi peluang saya juga akan terus berkhidmat kepada rakyat,” tegasnya.
Beliau turut yakin BN akan terus mengekalkan kemenangan pada PRU akan datang.
“Apa sahaja yang dikatakan pembangkang, pada penghujungnya rakyat akan menentukan serta memutuskan siapa wakil rakyat mereka yang jujur berkhidmat.
“Malahan ia telah dibuktikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas,” tegas beliau.
Mengulas mengenai minat pakatan pembangkang khasnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Petra Jaya, jelasnya ia bukan perkara utama kerana BN akan menumpukan kepada apa yang ingin dilakukan kepada rakyat.
“Kita membuktikan diri untuk mengutamakan kepentingan rakyat terlebih dahulu dan kita telah berkhidmat khasnya di Petra Jaya yang kini banyak berubah,” kata Fadillah.
Beliau akui mungkin masih ada beberapa kawasan di konstituensi itu masih perlu dibangunkan terutamanya yang melibatkan kesesakkan lalu lintas, yang sememangnya telahpun dalam perancangan oleh kerajaan BN.

“I am always interested in Sarawak politics but no one has yet called me,”

Posted on August 31, 2011, Wednesday
KUCHING: Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib has been tipped to replace his younger brother Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib for the Kota Samarahan parliamentary seat in the coming general election.

Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib
Mahmud, the eldest son of Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, added that he has always been interested an the state’s politics.
“I am always interested in Sarawak politics but no one has yet called me,” Mahmud Abu Bekir told the media at his father’s joint Hari Raya open house held at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) here yesterday.
However, he disclosed that his father had not mentioned anything about him replacing his brother in the coming election yet.
“I think he has someone in mind but I don’t know who,” said Mahmud Abu Bekir who is a corporate figure.
Mahmud Abu Bekir disclosed that he has been a member of PBB Kuching since 19 years old.
Sulaiman also resigned from his post as a deputy tourism minister after the demise of his mother Puan Sri Laila Taib on April 29, 2009.
Last week, PBB senior vice-president Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan revealed that Sulaiman would not be defending his seat in the coming parliamentary election.
He added that PBB, the biggest Barisan Nasional (BN) component in the state, would be fielding some new faces in the party’s line-up to face the 13th general election.
Awang Tengah added that the party was constantly evaluating the chances of all potential candidates, including assessing the incumbents to determine who should be retained or dropped.
“There will certainly be some changes to our candidate line-up in the next general election where there will be few new faces. Assessment is being done incessantly but things will be finalised when the right time comes,” said Awang Tengah after flagging off the Police Community Programme convoy at the State Contingent Police Headquarters here recently.
According to Awang Tengah, Sulaiman, who was fielded in Kota Samarahan in the 2008 election to replace his father and won the seat, had indicated that he would not be seeking re-election.
In the 2008 general election Sarawak BN won 30 out of the 31 seats at stake, losing only Bandar Kuching to Democratic Action Party (DAP) state secretary Chong Chieng Jen
But last year the DAP gained control of another seat when it won the Sibu by-election through its state chairman Wong Ho Leng.
Of the 31 parliamentary seats in the state, PBB holds 14, SUPP (seven), Parti Rakyat Sarawak (PRS), (six) and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) (four). The current parliament term expires about 18 months from now but speculations were rife that it could be as early as November this year.

2 comments:

  1. Syabas! YB Fadillah kerana berani bercakap tentang lobi-melobi. Kita orang Sarawak bukannya bodoh tentang siapa-siapa calon yang cuba hendak melobi. Sekarang dah zaman internet kita sebagai rakyat yang perihatin tahu latar belakang sesiapa saja yang hendak melobi. Jika ada calon yang hendak melobi dengan kuasa wang maka orang itu adalah hamba wang dan nescaya dia bekerja hanya untuk wang!dan jauh sekali rakyat! Sejarah sering membuktikan! Disamping itu, YB janganlah pedulikan budak-budak PBB yang suka mengampu. Terutamanya pemuda-pemuda PBB yang akan muncul mencari peluang untuk mengampu kononnya menyokong penuh si pelobi. Walaupun yang diampu itu langsung tidak tahu menahu siapa mereka. Kadang-kadang jika di teliti latar belakang tukang-tukang pengampu ini kita akan terperanjat dan hairan kenapa mereka boleh memegang jawatan dalam parti sedangkan ada di antara mereka ini tak ubah seperti 'apai bayat'! Syabas YB! Bercakaplah jika perlu.

    ReplyDelete
  2. Walaupun dunia dah semakin canggih dengan kehebatan ICT, namun perbuatan tradisional janganlah dilupakan. Perilaku lobi-melobi yang dibicarakan YB Datuk Fadillah ada benar dan asasnya memandangkan manusia hanya tertawan disebabkan tingkahlaku dan perbuatan. Lobi-melobi bukanlah perbuatan yang salah di sisi undang-undang, namun dilihat dari segi akhlak adalah sesuatu yang tidak sopan. Justeru terpulanglah kepada diri sendiri sama ada ia dibolehkan atau tidak. Hakikatnya, semua orang lobi-melobi termasuklah empunya blog ini.

    ReplyDelete