Wednesday, December 22, 2010

Fadilah skillfully evades while Karim fumbles...

PBB denies 'RM10 mil cybertrooper fund' claim
by Leven Woon Zheng Yang

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) has brushed off a claim that a RM10 million cyber-war fund has been set up by Sarawak BN to recruit bloggers to attack the opposition.

Asajaya assemblyman Karim Hamzah and Petra Jaya MP Fadilah Yusof, whose names were in a web posting, both denied the existence of any such fund.

“There is no such thing. These are complete lies,” were their similar responses when contacted today.

Fadilah even challenged the whistleblowers to name every blogger who has been recruited.

Several Sarawak websites had recently published unattributed reports stating that Karim and Fadilah are offering RM5,000 monthly to “Sarawakians with journalistic instinct” to work for the state government.

According to the posting, those shortlisted are to be trained by New Straits Times, The Malay Mail and Utusan Malaysia at Pusat Latihan Umno in Janda Baik, Pahang.

“Every blogger is entitled to a RM30,000 grant to set up their blog...,” it further claims.

Karim scoffed at the notion that such information would even be leaked via the Internet. 

“Even though we have a strategy, we will keep it confidential. You don't reveal your trump card to your opponents,” he said.

Asked how the posting could have come about, he replied cryptically: “What can we do? Now everyone can use the cyber world to dump in information.”

'No interview with radio station'

Karim also rubbished a columnist's claim in Malaysiakini that he had told shortwave station Radio Free Sarawak it is only “fair” that Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud should accumulate wealth in public office. 

“I have never spoken to Radio Free Sarawak before. (The radio station) is hopeless,” he claimed.

Among other comments, he had reportedly said: “He (Taib, left) has been in power for the last 40 years… he has been open to a lot of opportunities, whereby his children also can participate in business, and then, using the kind of networking that they can have, and then build up their riches.”

Radio Free Sarawak could not be reached for comment.

Tuesday, December 14, 2010

PKR hanya tahu berjanji --- UMNO beri sokongan kepada Sarawak tanpa mendabik dada


Kenyataan Azmin Ali bahawa PKR akan memberi autonomi penuh kepada Sarawak hanyalah satu janji kosong sahaja.

Pakatan Rakyat sekarang memegang empat buah negeri di Semenanjung Malaysia tapi apakah sumbangan yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Rakyat?

Sebenarnya TIDAK ADA!!! Berbanding dengan UMNO, parti yang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera ini amat giat membantu rakyat Sarawak tanpa mengenal penat lelah.

Walaupun bantuan yang diberikan itu disalah-ertikan sekelompok rakyat Sarawak.

Sepatutnya rakyat Sarawak tidak wajar untuk memandang serong bantuan dan sokongan yang dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan yang didokong oleh UMNO yang merupakan tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional.

Segala bantuan dan sokongan dihulurkan adalah atas dasar keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional yang ingin melihat Sarawak, dan juga Sabah, sama-sama menikmati pembangunan seperti negeri-negeri lain di Malaysia.

UMNO telah berusaha untuk membangunkan  negeri Kelantan tapi malangnya kepimpinan kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS sentiasa berusaha menggagalkan usaha murni UMNO.

Pada pilihanraya kecil yang lepas, rakyat Kelantan telah mula menunjukkan sokongan mereka terhadap UMNO kerana mereka menghargai niat baik UMNO.

Manakala kerajaan Sarawak amat menyenangi perhubungan diantara UMNO dan PBB.

Malah kebanyakkan pemimpin PBB menghargai perhubungan ini kerana ianya memberi faedah yang banyak kepada negeri Sarawak.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, Kerajaan Barisan Nasional akan memberi tumpuan yang serius terhadap Sarawak melalui projek-projek pembangunan yang bakal membantu menyuburkan perkembangan ekonomi negeri dan juga negara.

Projek-projek yang berteraskan pembangunan seperti jalan raya dan bekalan air dan juga bekalan elektrik akan dilaksanakan dengan rancak di Sarawak.

Sebagai sebuah negeri yang saiznya hampir menyamai Semenanjung Malaysia, adalah satu kesukaran untuk membangunkan Sarawak seperti mana negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Pada masa yang sama, kependudukkan yang berselerak di merata tempat di Sarawak menyukarkan Kerajaan Barisan Nasional Pusat untuk memberi bantuan.

Tetapi, tanpa mengira betapa sukarnya untuk membantu Sarawak, UMNO akan sentiasa memastikan Kerajaan Barisan Nasional Pusat akan sentiasa memberi perhatian yang sewajarnya kepada Sarawak.

Selain dari memberi bantuan untuk membangunkan Sarawak, UMNO juga berjasa kepada rakyat Sarawak dengan membantu kontraktor-kontraktor Melayu agar dapat bersaing dengan kaum Cina dengan jayanya.

Oleh itu adalah satu tanggapan yang salah untuk menuduh UMNO cuba mengambil kesempatan dari bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan membolot projek-projek yang ada di Sarawak.

Bahkan, UMNO dengan rasa hormat keatas perhubungan yang mesra diantara Kerajaan Barisan Nasional Pusat dan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak, turut membantu kontraktor-kontraktor Melayu Sarawak untuk mendapatkan projek-projek di Sarawak.

Seorang kontraktor tempatan terkenal yang turut mendapat sokongan yang kuat dari UMNO ialah Datuk Bustari Yusuf yang mungkin dapat dianggap sebagai kontraktor Melayu dan Bumiputera yang paling berjaya di Sarawak.

Kejayaan beliau ialah bukti kepada keikhlasan UMNO membantu rakyat Sarawak melalui PBB.
Beliau dilaporkan telah menerima projek-projek di Sarawak berjumlah RM1 bilion dari Kerajaan Barisan Nasional Pusat - iaitu projek bekalan air berjumlah RM150 juta, projek Lembaga Hasil Dalam Negeri berjumlah RM200 juta, projek sekolah berjumlah RM250 juta, projek Kementerian Pertahanan Malaysia berjumlah RM300 juta dan projek jalan raya berjumlah RM100 juta.

Perlu diingatkan pemberian ini adalah atas dasar projek-projek tersebut ialah untuk PBB iaitu parti tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional Negeri.

Diharapkan rakyat Sarawak dapat menerima UMNO memandangkan UMNO telah banyak berjasa kepada negeri Sarawak.

Kehadiran UMNO secara rasmi di Sarawak sudah tentu akan menyemarakkan lagi perhubungan UMNO dengan rakyat Sarawak serta mengukuhkan  perhubungan yang telah sedia ada.
 

Wednesday, December 1, 2010

Siapa menentang UMNO masuk Sarawak?


* The Star, 21 November 1986
Datuk Musa Hitam ketika itu Timbalan Presiden UMNO juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, "UMNO telah membuat keputusan akan mengembangkan sayapnya ke Sabah. UMNO akan membuka bahagian dan cawangan ke negeri di bawah bayu. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO. UMNO perlu berkembang ke seluruh negara bukan saja ke Sabah".

* Majalah Massa, 29 Mac 1997
Datuk Mohd Asfia Awang Nassar, ketika menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak berkata, "UMNO sukar dapat masuk ke Sarawak kerana soal keMelayuan, Islam dan Bumiputera."
"Di Sabah, UMNO masuk kerana untuk tenteramkan kekecuhan di Sabah. Di Sarawak tidak ada kekecuhan tetapi yang ada adalahkestabilan. Jadi tak ada alasan untuk UMNO datang ke sini. Tak ada alasan kuat untuk UMNO ke Sarawak," tambahnya lagi Massa 29hb. Mac 1997

* The Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak
The Sarawak Tribune bertajuk 'Illegal to distribute UMNO membership forms' dan Utusan Sarawak bertajuk 'Haram Edar Borang Keahlian UMNO' yang masing-masingnya memetik kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak harus direnung sedalam-dalamnya.