Datuk Musa Hitam ketika itu Timbalan Presiden UMNO juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, "UMNO telah membuat keputusan akan mengembangkan sayapnya ke Sabah. UMNO akan membuka bahagian dan cawangan ke negeri di bawah bayu. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO. UMNO perlu berkembang ke seluruh negara bukan saja ke Sabah".
* Majalah Massa, 29 Mac 1997
Datuk Mohd Asfia Awang Nassar, ketika menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak berkata, "UMNO sukar dapat masuk ke Sarawak kerana soal keMelayuan, Islam dan Bumiputera."
"Di Sabah, UMNO masuk kerana untuk tenteramkan kekecuhan di Sabah. Di Sarawak tidak ada kekecuhan tetapi yang ada adalahkestabilan. Jadi tak ada alasan untuk UMNO datang ke sini. Tak ada alasan kuat untuk UMNO ke Sarawak," tambahnya lagi Massa 29hb. Mac 1997
* The Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak
The Sarawak Tribune bertajuk 'Illegal to distribute UMNO membership forms' dan Utusan Sarawak bertajuk 'Haram Edar Borang Keahlian UMNO' yang masing-masingnya memetik kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak harus direnung sedalam-dalamnya.