Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia Presiden Parti UMNO Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Kami amat terkejut dan rasa terlalu sedih apabila membawa kenyataan Datuk Seri dalam BERNAMA pada tarikh 19 Januari 2011 yang menggambarkan Datuk Seri menyokong kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Sarawak.
Ketika Datuk Seri diminta untuk mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak yang mengatakan komuniti Cina perlu mempunyai jumlah wakil rakyat yang banyak yang menjadikan suara komuniti Cina kedengaran dengan nyaring dalam Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri dilaporkan berkata: “Maka, apabila kita membentuk kerajaan negeri, insya-Allah, selepas pilihanraya, ianya adalah penting untuk kerajaan BN untuk mendapatkan penglibatan wakil rakyat dari komuniti Cina. Oleh sebab itu Pehin Seri (Abdul Taib) membuat kenyataan tersebut, untuk mengelak hanya sebilangan kecil wakil Cina apabila kita (BN) membentuk kerajaan.”
Kami tertanya-tanya sama ada Datuk Seri ada membaca laporan-laporan bertulis mengenai situasi politik Sarawak yang telah diberikan kepada Datuk Seri oleh Setiausaha Politik Datuk Seri, Datuk Shafiee Abdullah.
Sekiranya Datuk Seri ada membaca dan faham dengan sejelas-jelasnya intipati laporan-laporan bertulis tersebut, adalah mustahil untuk Datuk Seri membuat kenyataan menggambarkan sokongan terhadap Ketua Menteri Sarawak.
Adakah perlu kami mengingatkan Datuk Seri bahawa Datuk Shafie Abdullah telah melaporkan secara bertulis bahawa Ketua Menteri Sarawak tidak lagi popular di Sarawak?
Dengan jelas telah dinyatakan oleh Datuk Shafie Abdullah bahawa Ketua Menteri Sarawak bukan sahaja tidak popular di dalam bandar tetapi juga di luar bandar.
Sekiranya Datuk Seri ada bertanya kenalan rapat Datuk Seri dari Sarawak, sudah pasti Datuk Seri mendapat kepastian kebenaran keatas laporan-laporan bertulis tersebut.
Pada masa yang sama Datuk Seri juga dapat memastikan kebenaran laporan dari Datuk Shafie Abdullah yang menegaskan isu tanah di luar bandar menyebabkan Ketua Menteri Sarawak tidak popular dikalangan rakyat.
Disebabkan Ketua Menteri Sarawak tidak lagi popular, beliau merupakan satu liabiliti kepada Barisan Nasional Sarawak.
Maka tidak wajar untuk Datuk Seri membayangkan sokongan kepada beliau dengan menggesa masyarakat Cina agar berdiri di belakang Barisan Nasional Sarawak yang diketuai oleh Ketua Menteri Sarawak.
Umum mengetahui bahawa masyarakat Cina tidak menaruh sebarang keyakinan ke atas kepimpinan beliau.
Kekalahan SUPP kepada DAP dan juga PKR dalam pilihanraya negeri dan umum lepas amat jelas menggambarkan kejelekkan masyarakat Cina terhadap Ketua Menteri Sarawak.
Kegagalan Barisan Nasional mempertahankan kerusi Sibu dalam pilihanraya kecil yang lepas juga disebabkan faktor kebencian yang membuak-buak terhadap Ketua Menteri Sarawak dikalangan masyarakat Cina.
Datuk Shafie Abdullah juga telah mencatatkan hal ini dengan jelas dalam laporan bertulis yang telah diberikan kepada Datuk Seri.
Setiausaha Politik Datuk Seri juga telah memaklumkan secara bertulis kepada Datuk Seri bahawa rata-rata masyarakat Melayu mahukan Ketua Menteri Sarawak, yang berketurunan Melanau, berundur dengan segera.
Masyarakat Melayu sudah muak dengan Ketua Menteri Sarawak yang hanya tahu menjaga kepentingan kaum Melanau sahaja dan meminggirkan kaum Melayu.
Datuk Shafie Abdullah juga telah menjelaskan kepada Dato' Sri dalam laporan-laporan beliau bahawa Ketua Menteri Sarawak tidak menyokong syarikat-syarikat milik Melayu seperti Shorefield, Javel Engineering dan OBYU Holdings untuk mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan.
Sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau sepatutnya berusaha untuk membantu syarikat-syarikat milik Melayu dan bukannya bertindak sebaliknya.
Bahkan telah banyak tuduhan-tuduhan nepotism yang telah dilemparkan kepada Ketua Menteri Sarawak terdapat dalam internet yang benar belaka terutamanya dalam Sarawak Report.
Beliau turut membuat laporan secara bertulis tentang masalah alam sekitar yang berlaku di Sarawak disebabkan kelemahan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak sekarang.
Bagi pihak para penyokong setia UMNO di negeri Sarawak, kami merayu Datuk Seri meluangkan masa untuk meneliti laporan-laporan bertulis yang disediakan oleh Datuk Shafie Abdullah yang menggambarkan situasi politik yang sebenar di Sarawak.
Sekiranya Datuk Seri ada membaca laporan-laporan bertulis ini, sudah tentu Datuk Seri tidak akan membuat kesilapan dengan memberikan sokongan kepada Ketua Menteri Sarawak yang merupakan liabiliti kepada Kerajaan Barisan Nasional yang mana UMNO berperanan sebagai parti tulang belakang.
Hidup UMNO !
Sekian. Terima kasih.
Aku LakegSemang amat menyokong tulisan ini. BN pusat tidak sepatutnya memberi sokongan pada Taib Mahmud yang telah terbukti amat dibenci oleh kebanyakkan rakyat Sarawak. Jika Najib terus memberi kenyataan-kenyataan serupa pada masa-masa akan datang, aku percaya rakyat Sarawak akan menyedari apa yang Najib buat dan Najib tidak boleh menyalahkan rakyat Sarawak jika terdapat kejadian dan perkara-perkara yang akan merugikan kerajaan pusat
ReplyDeleteDari kacamata saya, orang orang cina bukan sahaja tidak menyokong Pehin Seri...sebenarnya tidak lagi menyokong BN secara keseluruhannya. Orang orang cina walau datang dari berlainan parti politik...hati mereka bersatu. CONTOH....Wakil rakyat BN cina lebih banyak membangunkan kawasan cina yang walaupun di ketahui mengundi DAP....
ReplyDeleteRAKYAT MALAYSIA NI SEBENARNYA MASIH BERSIFAT RACIST! SEMANGAT PERKAUMAN KITA SEMUA MASIH TEBAL, MELAYU DENGAN SEMANGAT KEMELAYUANNYA, CINA DENGAN SEMANGAT PERKAUMAN MEREKA, INDIA PUN SAMA, IBAN PUN TIDAK TERKECUALI. PENDEK KATA SEMUA KAUM AKAN FIKIRKAN NASIB KAUM MEREKA SENDIRI DAHULU. BANGSA MANA YANG TIDAK MAHU MEMBELA NASIB BANGSA DIA SENDIRI. JANGAN HARAPKAN UMNO NAK SATUKAN RAKYAT SARAWAK. UMNO SENDIRI TAK HABIS-HABIS DENGAN AGENDA MELAYU DIA. APA YANG KITA PERLUKAN DI SARAWAK ADALAH PERUBAHAN DALAM KEPIMPINAN. GANTI PEMIMPIN LAMA DENGAN PEMIMPIN BARU YANG LEBIH EFEKTIF. DALAM DEMOKRASI, RAKYAT MEMPUNYAI KUASA PENUH JIKA KETELUSAN DEMOKRASI ITU SENDIRI TERJAMIN. SARAWAK SUDAH MEMPUNYAI PARTI-PARTI POLITIK YANG BERKALIBER. TIDAK PERLU PARTI DARI SEMENANJUNG MALAYA SEPERTI UMNO DAN PKR MASUK CAMPUR DALAM POLITIK SARAWAK. MEREKA BAKAL MENGERUHKAN LAGI KEADAAN NANTI. KITA TENGOK APA YANG BERLAKU DI NEGERI-NEGERI SEMENANJUNG MALAYA SEKARANG. JANGAN TENGOK DALAM TV SAHAJA, TENGOK JUGA MEDIA ALTERNATIF SEPERTI INTERNET DAN SEBAGAINYA. PERPADUAN KAUM DI SARAWAK MELALUI PARTI-PARTI POLITIK SEDIA ADA PERLU DIBAIKI.
ReplyDeleteSIK SALAH UMNO MASUK TAPI HARUS DIKETUAI ORANG YANG BETUL LAYAK SEBAB KITA ADALAH SATU MALYSIA DAN JANGAN MEMBEZAKAN ORANG SEMENANJUNG
ReplyDelete1 MALAYSIA NI SAMA SAJA SEPERTI USAHA-USAHA KERAJAAAN SEBELUM INI SEMENJAK MERDEKA LAGI. BELAJAR SEJARAH BETUL-BETUL. BERMACAM-MACAM DASAR TELAH DIBUAT, SEMUANYA UNTUK MENYATUPADUKAN RAKYAT DI BAWAH SATU BANGSA IAITU BANGSA MALAYSIA. TAPI TERDAPAT JUGA AGENDA PILITIK TERSIRAT DALAM BENDA-BENDA SEPERTI INI. SEBAB ITU KEBANYAKAN DASAR-DASAR YANG TELAH DILAKSANAKAN KURANG BERJAYA UNTUK MENYATUPADUKAN RAKYAT. UMNO PERLU PERBAIKI REPUTASI MEREKA DI SEMENANJUNG TERLEBIH DAHULU. RAKYAT DI SANA SUDAH MELAKUKAN TRANSFORMASI. DI SARAWAK, RAKYAT PUN PERLU MELAKUKAN TRANSFORMASI POLITIK. UMNO BUKAN LAST RESORT KITA DISINI.
ReplyDeleteentry ini berbau perkauman. siapa yang memilih ketua menteri sarawak kalau bukan rakyat sarawak sendiri. kalau blogger ni pertikaikan ketua menteri sarawak kerana dia seorang melanau ini memang tidak adil bagi beliau, bayangkan kalau orang mempertikaikan perdana menteri malaysia dan menyentuh tentang dia berasal dari kaum melayu macam mana pulak? sebelum memasukkan entry kalau boleh pikir dulu wahai blogger yang bodoh! hindari isu-isu sensitif seperti ini. kami akan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap saudara blogger.
ReplyDeleteHey,hey...jangan berkelahi. Kita ni sama saja rakyat Malaysia. Kalau nak jadi ketua menteri atau pun perdana menteri, kita tidak sepatutnya pertikai sesiapa, tetapi yang dipertikaikan ialah cara haram Taib Mahmud bergayut-gayut pegang jawatan km. Macam tu juga, taib tdk sepatutnya mengekang kemasukkan mana-mana parti politik dari semenanjung ke sarawak. Itulah kesilapan besar taib mahmud. Kalau bersemangat rakyat malaysia, jangan main-main sekat.
ReplyDeletekalau di semenanjung aku rasa repot polis pasti dbuat kerana entry seperti ni berbau perkauman. nak jadi raja petra kamarudin ke? hahahaha!
ReplyDeletekenapa nak bersedih jika perdana menteri sendiri menyokong pentadbiran taib di sarawak? apa kena mengena keturunan taib yang berdarah melanau itu dengan perkembangan politik sarawak. kalau blog ni nak cakap pasal kronisme amalan taib, apa kata kita tengok dulu kronisme lain yang diamalkan dalam BN. bahkan perdana menteri sekarang atau pun yang sebelum ini pun dikaitkan dengan kronisme. jangan mensensasikan perkara seperti ini. nanti makan diri sendiri. UMNO Sarawak ni jangn cuba nak jadi duri dalam daging di Sarawak. jangan cuba mengapi-apikan semangat perkauman sempit. Di Sarawak, istilah Ketuanan Melayu tak sesuai digunakan. Tengok sendiri kaum-kaum di sarawak ni berapa banyak. iban, kenyah, bidayuh, melanau, melayu, cina, penan dan banyak lagi. konsep rumpun melayu ni hanya berkesan di sabah sahaja. sebab itu UMNO senang masuk ke sana. kita boleh tolak pemerintahan taib dalam PRU akan datang ni, apa yang diperlukan hanya pertukaran pemimpin, tapi bukannya parti. itu sahaja. Kita sokong pemimpin lain untuk gantikan taib dan bersihkan amalan kronisme dalam parti yang sedia ada. kalau admin blog ni memang murni tujuan dia, silalah approve comment saya ni!
ReplyDeleteEii kitak urang yg nyokong cm ya nang belukuk melano, Sebab urg melano megang sarawak toklah negeri sarawak tok dibolot kekayaan oleh tok uban dan keluarganya. Taib ya melano totok. Coba kitak urang sedar gik, sampei bila kita tok nak di bawah kaum yahudi borneo. Urg kaya mati kekenyangan urg miskin mati kelaparan.Urg melano yg kebanyakannya bebal diengkah jd ketua jabatan, urg melayu, iban dan bidayuh jd kuli. Mun rakyat biasa minum arak, ditangkap, pureh taib mahmud bukan jak lepas, bedengah gik ngeso nenen kempeknya ngan urang. Oooo urnag sarawak sedar gik kitak urg. negeri sarawak tok lah paling byk nyumbang kekayaan ngan Malaysia, tp maseh banyak urang miskin. sebab apa, Taib ngisik tembolok nya nga kroni nya ajak. YB YB bukan nya nak nulong rakyat, jd wakil rakyat untuk kaya ajak.
ReplyDeleteKitak boleh jugak tengok blog tok http://butuhbnsarawak.blogspot.com
ReplyDeleteiboh salahkan urang melano, kita melayu tok nang belukuk juak. nangga jak bangsa kita di bandar2, semua rusak, camni mok megang swk tok..sdar agik urang melayu, bangkit!
ReplyDeleteorang melayu mmg bodoh di sarawak, jangan nsk salahkan bangsa lain atas apa yang berlaku kepada bangsa melayu. kalau semua orang bebal takkan la sarawak ni nak maju. berusahalah, jangan tunding menunding jari. banyak lagi bangsa lain yang tertindas di sarawak ni. dan masing-masing berusaha, hasilnya tengoklah anak-anak iban sekarang ni, ramai yang melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luar negara. ini semua atas usaha dan kesedaran masing-masing. jangan harapkan kerajaan nak menyuap kita semua. semua bangsa nak jadi hebat wahai saudara yang tak bernama, orang melayu? tengok saja dibandar-bandar, anak-anak orang melayu rosak dan masing-masing berlumba buat benda tak berfaedah. nak jadi gangster macam kampung panglima seman..apa faedahnya? sedarlah. zaman sekarang orang cari kemajuan, bukannya berlumba-lumba nak jadi gangster pegang sesuatu kawasan! gangster melayu? pooodaahhh! CARIK DUIT TOLONG MAK BAPAK LAGI BAGUS!
ReplyDeletekomentar2 racist nok xda paedah,ndak alah2 dengan sentimen anti melano sidak tuk,kawan i byk juak melano nisik ada kedak di padah ktkorang,tang padah jak ktkorg melayu x puas hati x dapat jadi cm,hahaha bagus keluar pbb jak ktkorg masuk umno jak,sak kenak hambat orang bumi di sitok,dasar x sedar dirik
ReplyDeletekita sik dpt nak deny yg org melayu lebih suka cm swak dari kaum melayu, org iban pun mcm ya juak,org melano tentu juak takes pride in cm being seorg melano, dan seterus nya dgn kaum kaum lain. Tok bukan nya being racialist tapi being realistic.Walaubagaimana pun dlm berpolitik kita ada parti2 dan peraturan2 yang tertentu yang mesti kita akur dan ikut, saperti appt of cm.Tak kira dari kaum mana pun cm , kita rakyat swak harus terima kerana ia nya melalui process yang sedia ada... unless kitak rombak dewan atau rombak perlembagaan supaya menyatakan hanya kaum tertentu saja boleh jadi cm.. ini kan nahas jadi nya dan cara yang sedia ada memberi kitak peluang mengubah semua tok tiap 4-5 tahun sekali.
ReplyDeleteSimple ajak. Lamak udah org dayak di buli di sarawak walaupun daknya majoriti. Masa akan berubah dan jangan biar daknya swing gabung dgn org cina. Berlaku lah adil terhadap dayak. Bagi daknya jadi cm. kita org melayu atau melano jgn tamak gilak, TYT cukuplah. walaupun daknya bukan org islam sik salah daknya jadi cm afterall PM kita org melayu islam. Barulah kita nampak adil 1malaysia.
ReplyDeleteKami 100% bersetuju dengan pendapat anda. Jangan asyik membuli orang Sarawak. Walaupun saya ahli umno kita harus berlaku adil terhadap mereka. Mereka berhak menjadi Ketua Menteri selaku suku kaum yang majoriti di Sarawak walaupun bukan beragama islam. Dimanakah ketelusan kita melaung laungkan 1Malaysia? Jika orang Sarawak marah dengan Ketua Menteri bukan beerti kita di Semenanjung tak tahu apa yang terjadi di Sarawak. Tetapi jika orang Sarawak marah dengan umno kerana penglibatannya dengan kerajaan negeri Sarawak selaku rakan di dalam BN dan justeru itu orang Sarawak membenci dan menolak orang semenanjung ini adalah tidak adil kerana percayalah bukan semua orang umno di semenanjung bersetuju dengan apa yang terjadi di Sarawak walaupun Presiden umno mengeluarkan kenyataan rasmi selaku rakan dalam BN.
ReplyDeleteSelagi lagi org Sarawak menolak umno selagi itulah kita sebenarnya tidak telus dan jujur tentang sikap sebenar kita terhadap org semenanjung. Di mulut kita mengatakan bahawa mereka adalah sahabat tetapi di hati kita menganggap mereka sebagai musuh. Inikah hasil didikan politik pemimpin pemimpin Sarawak terhadap orang Semenanjung? Jika PM dan TPM datang ke Sarawak berpusu pusu rakyat Sarawak diangkat dibayar tambang oleh PBB untuk menunjukkan betapa sokongan rakyat kepada pemimpin. Semuanya adalah sendiwara untuk publisiti pemimpin Sarawak sahaja padahal mereka sebenarnya tidak mengalu-alukan org Semenanjung. Malah ada yang lebih rela dibaham oleh cm daripada bayangan umno. Hai orang Sarawak bayangkan kalau anda pergi ke Semenanjung anda tidak di alu-alukan, apakah perasaan kamu? Kalau cm kamu sudah seperti Mubarak dan Gadafi kenapa salahkan umno? Adakah kamu lihat pemimpin umno seperti itu? Orang Sarawak apa salahnya umno bertapak di Sarawak jika itu keinginan rakyat Sarawak sendiri. Kenapa terima parti parti lain tetapi menghalang rakyat sendiri yang nak kan umno. Umno bukan hanya untuk orang melayu dan islam tetapi ianya adalah untuk semua rakyat bumiputera. Rakyat bumiputera bukan islam kalau hendak jadi cm apa salahnya. Umno harus buktikan bahawa ianya bukan hanya sekadar hendak kan sokongan bumiputera bukan islam sahaja tetapi ianya juga boleh memberikan peluang kepada rakyat bukan islam untuk jadi cm apatah lagi di Sarawak majoritinya adalah dari suku dayak tapi sebagai orang melayu dan islam bagi saya sudah semestinya mereka harus bersikap terbuka, menghormati serta menerima umno dan haruslah manganggap umno sebagai rakan dengan sejujur jujurnya. Kalau kita menerima orang tentulah orang menerima kita tetapi kalau kita asyik menolak bagaimana pula kita mau di terima orang?
ReplyDeletesiapa Mubarak Malaysia? siapa Gadafi Malaysia? pemimpin umnnolah jawapannya! jangan cuba nak pecah belahkan keharmonian dan kesejahteraan kaum di sarawak! jangan cuba timbulkan huru hara seperti yang berlaku di sabah dahulu..last2 bawak umno masuk nak redakan keadaan. ingat kami orng sarawak bodoh ka? di semenanjung pun umno terumbang ambing, hilang majoriti dan sebagianya. pulihkan dulu kredibiliti umno di sana! umno bukan last resort kami di sarawak!
ReplyDeletekalah teruk di semenanjung dan dekat pilihanraya umum akan datang ini, tumpuan diberikan kepada sarawak dan sabah kerana 2 negeri inilah kubu paling kuat untuk BN skrg ini. Sekarang rakyat dah boleh baca la...
ReplyDeletewahai saudara yang pandai berkata-kata. saudara nak komen panjang lebar pun tak guna. orang semenanjung terutamanya pemimpin-pemimpin mereka mungkin beranggapan orang-orang pulau borneo ini berfikiran masih mundur dan masih bercawat. sedarlah wahai saudara, keadaan sudah berubah. kami di sini menyokong kuat Barisan Nasional dan kami tak pernah lupa jasa kerajaan. siapa kata kami tak mengalu-alukan orang malaya ke sarawak? bagaimana pula layanan kami di sini terhadap kalian semua? jangan cuba menabur fitnah wahai saudara. jangan guna politik busuk. sambutan rakyat terhadap perdana menteri dan pemimpin besar lain dalam kerajaan adalah satu penghormatan rakyat sarawak terhadap pemimpin negara! kami tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit. rakyat sarawak tidak lupa budi kerajaan terhadap mereka. semenjak akhir-akhir ini dengan kemasukan parti-parti politik dari semenanjung seperti PKR dan sebagainya, keadaan sedikit sebanyak menjadi keruh di sini. umno pula cuba nak masuk ke sini melalui pelbagai cara. siapa yang mendidik kami begini? tiada sesiapa pun! kami sedar keadaan negeri kami, di sini bukan seperti di semenanjung yang majoritinya orang melayu! di sini pelbagai kaum dan bangsa! yang sama antara kita hanyalah kita berstatus bumiputera. kami pun melihat keadaaan politik di semenanjung, mana pergi kredibiliti umno? hilang majoriti pada PRU lepas sudah cukup untuk memberi gambaran kelemahan umno itu sendiri. di sarawak PBB masih utuh dan tengok saja rekod kemenangan BN sarawak! kestabilan politik sarawak kian tergugat akibat isu yang cuba dibangkitkan oleh pembawa umno ini! tolong jangan kucar kacirkan keadaaan! jangan cuba wujudkan suasana tegang antara kaum di sarawak! jangan jadi seperti penjajah british! adakah kalian gila kuasa atau sebagainya? tak puas berkuasa di semenanjung dan bila kedudukan makin tergugat cuba nak berkuasa di sarawak pula? sarawak mahu parti politik utama seperti umno itu sendiri wujud di sarawak, tapi dengan keahlian semua bumiputera. tanpa menggunakan nama sesebuah kaum pada nama parti tersebut!!
ReplyDeletekalau tak dibayar,tak adalah kita nak sambut pm dan tpm datang.itu lah sandiwara bn sarawak.mana hak melayu dan bumiputera yang dah licin di sapu.baik sokong pkr,harapkan jpuns,cakap kosong saja.80 percent penyokong pkr adalah orang jpuns.mana janji jpuns nak stand????????????????????????
ReplyDeletejpuns,anda tahu 90 percent penyokong pkr dan pas adalah ahli jpuns yang kecewa kerana jpuns selalu janji nak stand tapi tak adapun,harap kali ini BENAR.Kami tetap menyokong anda.Kalau tak stand,bye-bye lah jpuns untuk selamanya.
ReplyDeleteHarap kali ini jpuns tak bohong untuk stand di sadongjaya,asajaya, muara tuang dan beberapa kawasan lain di seluruh sarawak dan kalau dapatpilihlah ustaz sebagai calon.kalau tak jadi stand,terkuburlah anda untuk selamanya di sarawak.70 percent penyokong pkr dan pas adalah org jpuns yang kecewa termasuk beberapa orang calon mereka.
ReplyDeleteumno tidak bulih masuk ke sarawak kerana parti ini terlampau kuat perkauman nya....mereka sama dengan perkasa...bila mereka dapat masuk kat sarawak, mereka akan membuli bangsa lain di sarawak...kita tengok apa jadi dengan sabah, dulu dijanjikan jawatan cm menggunakan sistem giliran...bila umno sudah kuat pengaruhnya, sistem itu dah tidak diguna pakai lagi..begitu lah jadi nya di sarawak nanti..saya tidak kisah bangsa apa yang jadi cm di sarawak, asalkan jangan taib lagi...tidak kira parti apa yang memerintah, janji jangan parti perkauman...parti di sarawak sudah cukup bagus kerana disertai berbilang bangsa dan agama...kerana itu lah keharmonian di sarawak dapat dijaga...jadi untuk umno anda tidak diundang untuk bertapak di sarawak...di sarawak sudah ada parti yang cukup bagus untuk menjaga rakyat sarawak...kita ada pbb, supp, spdp, prs dan snap....jadi umno tidak diperlukan di sini...
ReplyDeleteitu pendapat anda tapi bagi orang2 yang mahukan umno itu adalah hak mereka. Jadi berlaku adil lah! Open to all! Bertandinglah atas nama apa-apa parti pun. Welcome to Sarawak UMNO!
ReplyDeletetapi orang melayu sarawak nang bodo juak.. maka UMNO ya parti melayu.. kenak x boleh di embak ke sarawak.. pakey nolong orang melayu juak.. dengar kata taib ya.. kinektok.. apa dah jadi!! org melayu jd pak turut.. mun nk ngata UMNO ya parti perkauman.. kenak x nangga sidak DAP.. ya teruk agik perkaumannya.. Nk nanyak.. kat sarawak tok parti ney bela bangsa melayu..??? PARTI NEY??.. atau nunggu taib bela.. hahahahaaah..
ReplyDeleteumno dah tak dapat cari makan kat semenanjung lagi ker? nanti masuk srwk, habis la orang asing di jadikan orang malaysia(melayu-islam) semata mata nak 'meramaikan' org melayu kat msia, supaya umno terus 'mara'.....mana hak hak orang melayu yang asli dari msia? masalah di sabah tak setel, nak huru hara kan srwak?...kumno parti 'kaum' yang terbesar di msia...habis tu , dayak nak letak mana? mana ada parti dayak;kaum yang terbesar di sarawak yang terbesar macam Umno di malaya...jangan paksa 'kami' untuk menang kan DAP suatua hari nanti...ingat tu...!!
ReplyDeleteBiarlah Datuk Sri Najib sebagai Pengerusi BN membuat keputusan. Kalau dia kata Pehin Sri Abd. Taib Mahmud masih diperlukan untuk memimpin BN Sarawak atau Umno tak perlu masuk Sarawak. Hormatilah keputusannya. Beliau merupakan pemimpin no.1 Negara. Beliau lebih tahu yang baik atau buruk untuk kepimpinannya (BN). Beliau lebih tahu kenapa Pehin Sri buat masa ini perlu dikekalkan. Menyentuh pasal kemasukan Umno ke Sarawak pula,mungkin juga suatu hari nanti Pengerusi BN (Presiden Umno) membenarkan Umno membuka sayapnya di Sarawak, apabila tiada lagi perpaduan dan kesefahaman antara orang Bumiputra terutamanya di dalam PBB. Buat masa ini masih tidak perlu, tetapi sudah nampak adanya pihak-pihak yang cuba menggugat kesepaduan antara kaum di dalam PBB terutama antara 'dua kaum bersaudara' yang selama ini adalah akrab dan saling memerlukan antara satu sama lain. Itulah yang secara peribadinya saya kesalkan. Kalau tidak bersetuju dengan CM, janganlah sampai mengeluarkan kata-kata yang boleh menghina dan menjatuhkan maruah orang-orang 'kebanyakan' lain yang tidak terlibat. Sekadar pandangan peribadi..
ReplyDeleteApalah guna kita sama-sama Sarawakian dan sama-sama bumiputera & islam bercakaran dan tuduh menuduh antara satu sama lain. Rapatkan & Luruskan kembali saf. Jangan biarkan ruangan kosong. Nanti iblis & syaitan akan masuk mengganggu dan mengambil kesempatan.
ReplyDeletemasukla ke sarawak wahai umno..nanti kami akan jatuhkan BN di sarawak. itu janji kami generasi baru pengundi di sini!
ReplyDelete