Thursday, February 3, 2011

UMNO adalah faktor penstabil politik Sarawak

Hidup UMNO !!!

Pemimpin-pemimpin BN Sarawak sering mengaku tidak ada satu pun komponen BN yang mampu memerintah Bumi Kenyalang sendirian.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak mempunyai kekuatan tunggal dalam mentadbir kerajaan negeri.

PBB agak 'keBumiputeraan', SUPP diketahui 'keCinaan', SPDP dan PRS sudah pasti 'keIbanan'. Apa yang menarik, tiga parti kecuali PBB enggan mengaku parti mereka berlandaskan perkauman. PBB sekadar menghimpunkan Bumiputera, sesuai dengan nama mereka.

Dahulu pernah terdengar kononnya SPDP dan PRS akan bergabung - menjadikannya sebuah parti komponen yang kuat dan mempunyai komposisi ahli berketurunan Iban teramai - mungkin mengugat kedudukan SUPP dalam hiraki BN Sarawak.

Kini bagaimanapun usaha tersebut semakin luput dan kian pudar perbincangan di akhbar.

Buat masa ini politik Sarawak tidak dinafikan stabil di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 

Tetapi ini mungkin berubah sekiranya ramai lagi pemimpin BN mengambil keputusan untuk mengikuti tindakan bekas Ketua Penerangan PRS Tedewin Ngumbang yang menyalahkan ketua menteri kerana membuli komponen parti BN Sarawak.

Kemungkinan besar perkara ini akan menyebabkan PBB, SUPP, SPDP dan PRS akan bertelagah sesama mereka sendiri dan seterusnya memerlukan satu parti lain (Umno) untuk menstabilkan kekacauan politik Sarawak.

Umno sering dianggap parti luar oleh rakyat Sarawak. Kedudukan tersebut sebenarnya mewujudkan perasaan hormat di kalangan orang tempatan.



Pada satu perjumpaan di pejabat Jawatankuasa Penaja Umno Sarawak (JPUNS) pada tahun 2008, beberapa orang Dayak yang dahulunya menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) iaitu Mejar (B) Peter Runin dan Nicholas Bawin memberi sokongan kepada Umno.

Wujud satu persoalan mengapa mereka sokong parti BN dari Semenanjung Malaysia, sedangkan PBB, SUPP, SPDP dan PRS sama 'perahu' dengan Umno?

Jawapan yang tepat ialah rakyat memerlukan Umno untuk menstabilkan politik Sarawak. Parti yang segar untuk negeri ini, tetapi amat berpengalaman dalam pemerintahan negara.

Sarawak, diketahui umum, merupakan sebuah negeri tunggal yang tidak mempunyai Umno.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac 2010 memberi jaminan UMNO tidak akan mengembangkan sayap ke Sarawak kerana PBB dan parti komponen BN lain di negeri ini mendapat sokongan padu malahan terbukti mampu membela rakyat.

Presiden UMNO itu memberi jaminan selagi PBB dan parti-parti komponen BN Sarawak taat setia bersama BN, UMNO tidak akan ditubuhkan di negeri Bumi Kenyalang ini.

Pilihan raya negeri ini kelak merupakan satu cara untuk Umno mengetahui adakah PBB, SUPP, SPDP dan PRS masih mendapat sokongan majoriti.

Pilihan raya ini bukan petunjuk sokongan terhadap BN semata-mata. Ia petunjuk sokongan terhadap BN Sarawak!

Jika gagal mengekalkan takhta kerajaan di tangan BN atau tewas di banyak kerusi Dewan Undangan Negeri ataupun berkalu kekecohan politik dalaman BN, sudah pasti UMNO akan mengembangkan sayapnya ke Sarawak.

Hidup UMNO !!!!!!

4 comments:

  1. no comment on this. as far as we know there is to many drama and hidden personal agenda

    ReplyDelete
  2. UMNO tu bukan perkauman ke? sudahlah! nama UMNO tu pun dah cukup menggambarkan parti ni berpaksikan perkauman. tukar la MALAY dalam UMNO tu jadi BUMIPUTERA! baru betul! nasionalisme yang kita belajar dalam buku sejarah tu jangan lupa. maksud dia keBANGSAan!!

    ReplyDelete
  3. Umno tak perlu tukar namanya sebab apa yang penting ialah bukan pada nama tapi perbuatan nya. Biarpun nama nya umno sekiranya ia membenarkan orang dayak menjadi Ketua Menteri di Sarawak memandangkan orang dayak adalah majoriti maka memadailah perbuatan itu sebagai bukti keikhlasan umno terhadap orang Sarawak barulah orang Sarawak mau terima umno. Jika disebabkan mereka bukan islam maka tak boleh jadi Ketua Menteri, maka umno harus berterus terang dan mengubah perlembagaannya, umno hanya untuk orang melayu, bumiputera islam sahaja. Maka tak perlulah bumiputera bukan islam menyertai umno kerana sudah semestinya sampai bila bila tak ada peluang nak jadi Ketua Menteri. Lebih baik bekerjasa dengan PAS sebab mereka membenarkan bukan islam menjadi Ketua Menteri seperti di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  4. minta maaf...UMNO tidak sepatut nya ke Sarawak...perogol kepada 18points of agreement , srwk in msia.......suatu ketika dulu, Sabah ya negeri tanpa agama rasmi...tapi skrg? Sarawak sik sepatutnya ada agama rasmi..tapi sik pula bererti kawan kawan ku yang melayu/muslim di srwk tok orang yang murtad dgn agama nya...aku salute dgn sidak melayu srwk..boleh di ajak lepak kat kedey kopi macam siang2..multiracial boleh lepak sia..n sik memilih...yang penting, sifat hormat menghormati antara satu sama lain...ya kelebihan orang sarawak....!!pada pandangan aku, UMNO patut berterimakasih kepada sabah dan sarawk , kerana 2 negeri tok yang sebenarnya 'menstabilkan' kedudukan UMNO-BN di pusat....mun Sabah/Sarawak tok main palat, lamak dah umno ya jadi 'pembangkang' kerajaan..entah2 pecah belah ahli nya , pergi masuk PKR or PAS....bayangkan, mun parti komponen BN-negeri srwk tok sik perlu berproxy dgn BN pusat, n just standalone, lama dah runtuh BN-pusat...

    ReplyDelete