Wednesday, February 23, 2011

JPUNS tidak setuju tempoh kempen disingkatkan



Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JPUNS) tidak setuju tempoh kempen pilihan raya negeri kelak disingkatkan tujuh hari.

Pengerusinya, Affendi Jeman berkata kempen merupakan tempoh bagi mereka yang bertanding menyampaikan mesej dan perjuangan mereka kepada para pengundi untuk dinilai ketika memangkah undi. Justeru, tempoh yang benar-benar sesuai adalah perlu.

Katanya, keluasan geografi Sarawak juga wajar dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Faktor tersebut menyebabkan parti politik memerlukan masa yang lebih lama untuk berkempen.

“Rakyat semakin berinformasi dan bijak, seharusnya masa berkempen biarlah manasabah untuk parti-parti politik memberi penerangan asas perjuangan dan manifesto masing-masing,” katanya mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.

Fadillah mengesyorkan agar SPR memberi tempoh kempen tujuh hari agar tidak wujud kekecohan sepanjang proses tersebut.

Mengenai penyertaan mereka ketika pilihan raya negeri kelak, beliau berkata, ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau yang enggan mengulas lanjut, sebelum ini berkata, JPUNS akan meletakkan calon menggunakan tiket Bebas.

Sementara itu, mengenai isu perpecahan Melayu, beliau berkata, ia tidak timbul jika para pemimpin berani memperjuangkan hak kaum tersebut menerusi politik.

Katanya kewujudan UMNO di Semenanjung dan Sabah telah terbukti membawa kepada penyatuan Melayu.

Perpaduan itu menurut beliau, telah membawa pembangunan Melayu dan Bumiputera di dua wilayah tersebut.

“Ini bukan perkauman tetapi keadilan dan kesamarataan yang diwujudkan dalam slogan 1Malaysia.

“Kesamarataan ini juga harus dilaksanakan dalam konteks ekonomi dan pembangunan,” katanya mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang menyeru Melayu agar bersatu.

Beliau turut menggesa agar sentimen kewilayahan dikikis agar gagasan 1Malaysia dapat direalisasikan dengan cepat.

Katanya, 1Malaysia bukan sekadar perpaduan kaum tetapi merangkumi ketiadaan sentimen kewilayahan di kalangan warganegara ini.

“Ini (sentimen kewilayahan) akan membantutkan integrasi nasional dalam kita mengorak langkah menjadi negara maju dan seharusnya rakyat dimajukan dalam semua pendekatan,” katanya.

12 comments:

  1. Samada seminggu kah, sebulan kah ya bukan soal pok. Yang menjadi soal apakah kitak orang benar-benar berjuang untuk rakyat atau untuk publisiti serta agenda peribadi kitak sendiri. Jangan menyalahgunakan nama umno mun kitak orang sekadar nak menjual nama ya. Yang kamik tahu banyak orang nyokong jpuns duluk dah sik ada agi dan banyak yang menyumpah pemimpin yang menunggang sidak nya. Jangan menabur janji kosong kepada orang lain sebab kamik rasa umno sebenar sik macam ya. Apa bukti kitak orang ikut bertanding atau hanya sekadar mau keluar cerita bulak aja di surak khabar! Kita nunggu aja election dah dekat. Jangan harap CM nak beli kita orang. Bubar aja kitak jangan nipu orang Sarawak untuk nyokong kitak.

    ReplyDelete
  2. Tak payah ...nak ambil tahu agenda JPUNS...dan tak payah nak pertikaikan pengerusi JPUNS saudara Affendi..datang dan pergi pemimpin dan rakan-rakan seperjuangan perkara biasa..biasanya yang meninggalkan perjuangan adalah golongan yang TAK ADA DAYA PERJUANGAN DAN BERJIWA KOTOR.Jangan fikir orang lain berjiwa seperti saudara,cukupklah jangan menghina orang lain kalau tidak menyumbang...Ini negara merdeka dan demokrasi...kita semua berhak menentu cara mana nak berjuang....jangan tuduh orang lain seperti saudara sendiri..saya tahu saudara siapa....sekian amarneng

    ReplyDelete
  3. Strategi, strategi, strategi.....jangan memikir yang tersirat, lihat yang tersurat. Jangan memikir dari segi negatif ajak, pikir tentang positif nya juak. Semua orang ada sumbangan, begitu juga dengan jpuns. Kita bebas berpolitik di Sarawak kerana masing masing ada pandangan sendiri dan masing masing ada cara maok menyumbang. Go ahead JPUNS.Berik peluang dengan sidak. Isu perpecahan dan perkauman adalah subjektif. Semua kita pun secara sik langsung menyumbang ke arah ya, siapa dapat sangkal. Kita fikir positif, berik peluang dengan JPUNS. kalau kit asyik mikir yang lepas, sik ke sinei kita, asyik di bayangi dengan sejarah dolok. Orang sik sama, so jangan sama gerakan tok dengan yang dolok.Pemimpin sik semestinya ahli politik. Berik peluang, kemudian kita nilai.

    ReplyDelete
  4. Salam, Beginilah kalau hendak menentang Kepimpinan Taib baik JPUNS bergabung dgn PKR. Itu adalah jalan yang terbaik. Anggota JPUNS sudah ramai di seluruh Sarawak, Tidak usah berpecah malah bentuk satu gagasan (GAT) Gagasan Anti Taib dan Kroninya. Ini adalah jalan terbaik, dr segi strategi gabungkan kedua-duanya, hancurkan kezaliman. Suara rakyat telah terbukti dapat menumbangkan Pemimpin, jadi ambillah ia secara positif, tiada guna mempunyai pemimpin yang percayakan tahyul. Jadi saya berpendapat JPUNS perlu bergabung dgn PKR supaya dapat menjadi pengimbang. Saya harap JPUNS dapat mengambil perkara ini sebagai satu cadangan yang baik supaya perjuangan untuk rakyat sarawak dapat direalitikan kerana UMNO sudah tidak relevan lagi dan harapan Rakyat Sarawak kepada UMNO sudah dipenghujungnya kerana Pemimpin UMNO sendiri yang merelakan Taib terus memimpin.

    ReplyDelete
  5. UMNO ??? NO NO NO NO...

    BALIT MALAYA LAH,

    ReplyDelete
  6. jangan kitak org buang masa dan ai liur betikam lidah tentang umno tuk. Utk buktikan org mau atau si umno tuk bukan begantung dgn 2 atau 3 org macam kitak yg ada masa nak di buang di dalam blog. Biarkan sidak yg nyokong umno tuk betanding walaupun dengan tiket bebas baru kita kelak boleh komen. Sidak jpuns yg dari dolok beria ria nak betanding janganlah cerita kosong ajak. klak kitak orang jadi pembulak sampai akhirat mun sik jadi.

    ReplyDelete
  7. oi affendi jeman.. ko ya nang taik palat org malaya..

    ReplyDelete
  8. Nunggu ajak sedikit masa lagi utk rakyat sarawak dan semenanjung mengetahui sapa sebenarnya Affendi Jeman tok yang lamak tok asyik berpolimek dan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan di dalam akbar. Dari dolok sampei sekarang sik ada nama org lain muncul mun pasal jpuns nya ajak dan kitak org sik lama lagi akan tahu sapa soloist tok yg mendapatkan publisiti kononnya pejuang seperti wira. Yang kita org akan tahu macam ni nya menjadi hero mengaut simpati dan derma yang sik terkira dari org2 semenanjung kononnya memperjuangkan umno di sarawak tetapi mempunyai sikap yg jauh lebih jai dari asu yang sik ada berhati perut membiarkan anak anak buahnya terabai dan langsung sik sipedulikan sedangkan nya duduk di kerusi empuk, di buai kealfaan dgn berjenis jenis kereta mewah dan mundar mundar pegi kl mcm nait bas. Yang kita org akan tahu kemudian juak ialah sapa dalang2 dan mastermind di sebalik segala macam penipuan sidak org tok. Tunggu ajak berita berita sensasi dalam blog tok sedikit masa agi...

    ReplyDelete
  9. Kepada orang orang jepuns kamek dah muak nenga nama Affendi tok ajak-ajak dari dolok-dolok. Sik ada orang lain. Pernah ada pemilihan kah kitak orang tok? macam nya ajak empun syarikat tok. Belum jadi sapa sapa dah nunjok sikap kuku besi ngan publisiti untuk diri nya ajak. untonglah nya sorang ngampu orang semenanjung nun dapat projek ngaya nya empun. alahai..jepun..jepun..dah jadi kuda tunggangan affendi tok..kah..kah..kah

    ReplyDelete
  10. Jangan cakap saja,buktikan jpuns stand election ini,saudara pun tahu,dalam pkr dan mana-mana parti pembakang tak kurang 35 peratus penyokong UMNO sarawak.Mereka kecewa sebab janji Jpuns nak stand dengan calonnya yang hebat dan muda serta dari pegawai kerajaan seperti election yang lalu tetapi tidak ada pun.Kalau dapat carilah ustaz muda sebagai calon,kami yakin hak melayu dan bumiputera dapat dijaga dengan baik.Kalau jpuns tak stand election ini,kami akan sokong pkr sebagai pilihan pertama dan pas sebagai pilihan kedua.Election berikutnya nanti jangan haraplah jpuns nak dapat penyokong sebab kami orang sarawak,kalau dah benci maka akan benci terus bila cakap nak stand tetapi tak jadi..Inilah peluang terakhir jpuns dan umno utk sarawak,harap jpuns stand kali ini seperti yang dihebohkan.

    ReplyDelete
  11. pa nak d kecoh2 tak owang tok..??biar la owang nak berjuang...daripada kita tok nak dudok diam jak...even pun owang ya dari dolok gik blom nak berjaya...ni kita tauk pastok...tok nak bangkang jak keja...tak owang nak bangkang pun tak owang dapat pa...tak owang ya lah men cakap jak...muang aek liur jak pande...tp sikda pun tak owang nunjok yang tak owang boleh polah macam cdak ya...cakap hebat nak madah2 tok...jgan jd bacol...pengecut pa suma...kita dapat pa geng..??brapa lamak dah kita d polah owang daktok...cukup2 jak kita tok...owang menentang bukan sebab owang nak musoh..owang nak menentang sebab mok hak kita...cuba support bah...menang kalah ya adat...jnji kita puas ati dapat nunjok kita tok dah pande pk..minda dah tbukak...sapa2 nak bjuang ya go on jak...beysa la owang pande nak kaka jak bah...tp cdak dok diam nanti owang nyuap2 cdak jak...eran2...pa dah tak owang dapat lamak2 tok..??..sama ya juak....besar jak besar sarawak tok...tp nak bjalan kuching ke miri sampe seari...tgga tepi2 utan....jgn madah nak melancong,holiday pa suma...pegi kch gak muzium...beli kek lapis...gak kampong budaya...madah shopping mall ya2 udik...ish...coba polah kedak genting ka...macam KL ka...puas juak bjalan....nampak mundor glak kita tok....owang melaya nanyak pa best kat sarawak..??awak nak jawab pa..??..pk lah dikpun...beli gambir ka..??haishhh...plek2...awak dah brapa lamak dah diam sarawak tok...awk pun paham...madah sarawak banyak hasil bumi..ni nya..???sik patut sarawak sikda duit...stakat highway cbu kuching miri ya polah la..sik bjalan sampe cramp burit....ya lah nak d tunjok ngan anak cucu kita lak ka....dari nenek moyang sampe nektok sama jak upa..da pun berubah yalah camya jak...ugi2...madah owang semenanjong tok pa la..ish..nampak glak pikiran kotor...datang semenanjong jd jaqun...bgmbar sia ctok...pegi cya pg ctok...coba sarawak ada nak dakya...makin lah rakyat sarawak maju..pk la..kita bdo sik pande nak berubah...kilang arak jak bnyak kat sarawak tok oi....ku cita sikda nak nyokong belah2 ni...tok my opinion k...maybe awak2 ya da opinion dikpun..sik salah bah...rakyat da hak nak berkaka...tp nak drop2 owang tok xguna bah...owang nak patut di drop owang nak xpnah berjasa ngan kita yajak...awak2 nak ska cakap jak ya polah la parti awak pun....tunjokkan effort kitak owang bah...jgan brani kaka jak..kaka memang senang...coba polah...k malaysia tetap malaysia...sarawak dalam malaysia ryte...buka mata,buka ati,bukak minda kita...coba pk kuar dari kotak...k..salammekomzzzz

    ReplyDelete
  12. umno sarawak gila

    ReplyDelete