Showing posts with label Affendi Jeman. Show all posts
Showing posts with label Affendi Jeman. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

JPUNS tidak setuju tempoh kempen disingkatkan



Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JPUNS) tidak setuju tempoh kempen pilihan raya negeri kelak disingkatkan tujuh hari.

Pengerusinya, Affendi Jeman berkata kempen merupakan tempoh bagi mereka yang bertanding menyampaikan mesej dan perjuangan mereka kepada para pengundi untuk dinilai ketika memangkah undi. Justeru, tempoh yang benar-benar sesuai adalah perlu.

Katanya, keluasan geografi Sarawak juga wajar dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Faktor tersebut menyebabkan parti politik memerlukan masa yang lebih lama untuk berkempen.

“Rakyat semakin berinformasi dan bijak, seharusnya masa berkempen biarlah manasabah untuk parti-parti politik memberi penerangan asas perjuangan dan manifesto masing-masing,” katanya mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.

Fadillah mengesyorkan agar SPR memberi tempoh kempen tujuh hari agar tidak wujud kekecohan sepanjang proses tersebut.

Thursday, November 11, 2010

Calon 'UMNO Sarawak' guna tiket Bebas



Satu daripada cara UMNO untuk masuk ke Sarawak, menerusi usaha Affendi Jeman, menemui jalan buntu apabila Parti Agenda Rakyat Bumiputera Sarawak (ARBS) secara rasmi ditarik balik permohonan pendaftarannya semalam.

Sumber memberitahu, Affendi Jeman yang menjadi pengerusi penaja Parti ARBS, telah mengemukakan surat memohon agar proses pendaftaran tidak diteruskan.

Parti tersebut ditubuhkan dengan niat untuk membolehkan mereka yang berminat dengan UMNO di Bumi Kenyalang dapat menyertai pilihan raya negeri akan datang.

Nampak gaya, matlamat itu terkubur. Tetapi sebenarnya tidak terkubur sepenuhnya.

Affendi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penaja Umno Sarawak (JPUNS) telah memikirkan cara bagaimana hendak meletakkan calon-calon pro-UMNO.

Tuesday, November 2, 2010

Affendi terus berjuang demi Umno di Sarawak


Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) akan meletakkan calonnya pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, dengan hasrat mampu meraih sokongan majoriti rakyat dan sekali gus diberi lampu hijau untuk menebarkan sayap Umno secara rasmi.

Pengerusi JPUNS, Affendi Jeman berkata keputusan itu adalah untuk kepentingan rakyat dan kemajuan Sarawak yang masih memerlukan banyak projek pembangunan infrastruktur, terutama jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik.

"Hasrat menyertai pilihan raya adalah sebagai memenuhi permintaan dari ahli-ahli dan penyokong JPUNS di seluruh Sarawak dan Semenanjung.

"Saya sendiri akan bertanding di salah satu kawasan DUN majoriti Melayu di Bandar Raya Kuching," katanya menerusi satu kenyataan.


Sunday, October 10, 2010

JPUNS susun semula strategi, usaha bawa Umno ke Sarawak dipergiat.

Beberapa minggu orang-ramai tidak disajikan tentang berita mengenai usaha perjuangan Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) di dada akhbar yang berusaha membawa masuk parti tulang belakang Barisan Nasional (BN).

Bisik-bisik orang-ramai di kaki lima kedai mengatakan JPUNS kini menyusun semula strategi apabila cubaan mereka mendapat tentangan daripada para pemimpin BN di Sarawak.

Tentangan mereka kerana risau dakwaan Affendi Jeman, Pengerusi JPUNS, benar apabila sering melaungkan keahlian pergerakan itu di seluruh negeri kini mencapai 70,000 orang.

Tuesday, September 28, 2010

Fadillah secocok dengan perjuangan Umno


Bakat kepimpinan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Haji Fadillah Yusof kian terserlah di persada politik tempatan.

Terbaru, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu mendapat 'pengiktirafan' daripada Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) kerana berjuang demi rakyat.

Sebelum ini Affendi Jeman, pengerusi JPUNS, tidak pernah memuji mana-mana pemimpin PBB. Affendi maklum, PBB adalah penghalang Umno untuk mengembangkan sayap di Bumi Kenyalang.

Kami sokong kepimpinan Taib!!!

Kami sememangnya menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak PS Taib Mahmud walaupun kami tidak bersetuju dengan parti yang dipimpin beliau.

Kami juga berpendapat pemimpin dari generasi baru mestilah mencontohi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Fadilah Yusuf yang berpolitik untuk rakyat dan bukannya untuk kepentingan politik.


Sunday, September 26, 2010

UMNO MAMPU MAJUKAN BUMIPUTERA SARAWAK

KUCHING: Mengapa Umno tidak layak untuk menyertai politik di Bumi Kenyalang?

Sedangkan Umno terbukti telah membawa kemajuan pesat di Semenanjung Malaysia, manakala Sabah kini mula menikmati faedah yang sama selepas parti tersebut bertapak di Negeri Di Bawah Bayu.

Penelitian Affendi Jeman yang kini beria-ia menaja kemasukan Umno ke Sarawak adalah berdasarkan kemajuan dua wilayah tersebut, sedangkan Sarawak mundur terutama sistem perhubungan dan kemudahan asas di kawasan pedalaman.

Beliau berkata, hasrat Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) bukan untuk mengancam kedudukan para pemimpin BN, tetapi memperbetulkan agihan ekonomi yang dikatakan tidak seimbang di kalangan Bumiputera dan Cina.

Wednesday, September 22, 2010

JPUNS paves Umno’s way in Sarawak

by Churchill Edward
February 8, 2010, Monday

KUCHING: Talks are rife that People’s Progressive Party (PPP) is in the state to pave the way for Umno to come to Sarawak.

But if this may have gone down well with some coffee shop politicians, the group that claims to be the promoters of Umno’s entry into Sarawak, JPUNS, is not amused.

JPUNS pro-tem chairman Affendi Jeman yesterday said no others could claim the role JPUNS had been playing since it was set up on Sept 11, 2006.