Sunday, September 26, 2010

UMNO MAMPU MAJUKAN BUMIPUTERA SARAWAK

KUCHING: Mengapa Umno tidak layak untuk menyertai politik di Bumi Kenyalang?

Sedangkan Umno terbukti telah membawa kemajuan pesat di Semenanjung Malaysia, manakala Sabah kini mula menikmati faedah yang sama selepas parti tersebut bertapak di Negeri Di Bawah Bayu.

Penelitian Affendi Jeman yang kini beria-ia menaja kemasukan Umno ke Sarawak adalah berdasarkan kemajuan dua wilayah tersebut, sedangkan Sarawak mundur terutama sistem perhubungan dan kemudahan asas di kawasan pedalaman.

Beliau berkata, hasrat Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) bukan untuk mengancam kedudukan para pemimpin BN, tetapi memperbetulkan agihan ekonomi yang dikatakan tidak seimbang di kalangan Bumiputera dan Cina.

Rakyat Sarawak menurutnya sudah serik ditinggalkan dalam soal pembangunan ekonomi.

Lantaran itu, ditambah dengan kemunduran infrastruktur Sarawak, rakyat katanya mahu pertukaran parti dan kerajaan.

Namun niat murni beliau disalahtafsir oleh beberapa pemimpin BN Sarawak, terutama Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dr Stephen Rundi yang menyifatkan Affendi sebagai 'degil'.

Degil kerana Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung PBB tahun ini pernah menegaskan Sarawak bukan tempat untuk Umno.

Affendi melihat PBB, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) masih mempunyai kelemahan. Kelemahan yang hanya dapat diatasi menerusi penggantian tiga parti komponen BN mewakili Bumiputera itu dengan kemasukan Umno.

"Penyatuan Bumiputera seharusnya menjadi agenda utama. Jika benar bersatu mengapa masih ada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Bumiputera di luar parti dan terdapat terlalu banyak parti mewakili Bumiputera dalam BN?

"Perkataan Bumiputera retorik semata-mata untuk memperoleh kuasa. Selepas berkuasa rakyat Bumiputera masih lagi termundur walaupun sudah lebih 47 tahun diberi kuasa oleh rakyat," kata Affendi.

Kelemahan terbabit jika tidak diperbaiki bakal terus diiringi dengan tahap penguasaan ekonomi di kalangan Bumiputera yang rendah peratusannya.

Malahan kerajaan pusat akan terus 'menyekat' peruntukan pembangunan.

Jika Umno wujud di Sarawak dua perkara ini dijamin dapat diatasi.

JPUNS dikatakan mempunyai ahli kira-kira 70,000 orang di seluruh Sarawak. Satu angka yang agak kukuh sebagai permulaan untuk menguji sokongan rakyat Bumi Kenyalang.

"Jika Umno bertapak di Sarawak, ia bukan kerana pemimpin tetapi kerana rakyat. Rakyat Bumiputera Sarawak yakin Umno merupakan sebuah parti yang dapat menyatupadukan Bumiputera dan berjuang demi rakyat," ujarnya.

Affendi berkata gagasan 1Malaysia akan lebih mudah dicapai jika Umno ada di Sarawak. Dalam Umno, hubungan antara kumpulan-kumpulan Bumiputera terjalin kukuh.

Kumpulan kaum di Sarawak berinteraksi dengan Melayu di semenanjung dan Bumiputera di Sabah, sekali gus mempercepatkan matlamat 1Malaysia dicapai.

Jika para pemimpin BN Sarawak mampu menghayati matlamat 1Malaysia, menurut Affendi, pasti mereka tidak akan menghalang Umno masuk.

"Jika macam ini gelagat pemimpin-pemimpin dan YB-YB, secara langsung konsep 1Malaysia yang diteraskan oleh Perdana Menteri dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' adalah hanya retorik bagi mereka," katanya.

Malahan, tentangan terhadap Umno ke Sarawak membuktikan rakyat bukan agenda utama mereka.

JPUNS katanya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menolak hasrat mereka dan tidak akan menyokong pemimpin-pemimpin yang jelas menolak kehendak rakyat Sarawak.

Bagaimanapun, beberapa pihak memandang serong niat JPUNS sedangkan Affendi serta rakan-rakan ikhlas ingin membantu Bumiputera keluar dari kepompong kemiskinan.

"Keikhlasan saya, rakan-rakan dan rakyat peribumi dalam usaha menaja parti Umno tidak boleh dipertikai kerana isu ini telah lama berkumandang. Saya tidak akan berganjak dalam pendirian ini sehingga Umno bertapak di bumi Sarawak," katanya.

7 comments:

  1. Bukan untuk mengiakan perjuangan JPUNS tetapi sekadar memberi peringgatan kepada pihak yang anti UMNO yang bahawa rakyat Sarawak sudah jelas meminati parti itu. Saudara Affendi Jeman sebagai rakyat biasa Sarawak , niat beliau bersama rakan-rakan baik,cadangan agar UMNO bertapak di Sarawak adalah jauh lebih baik...berbanding pemimpin Sarawak yahg hanya rakus memikirkan kantong sendiri,kalau tak percaya tanya rakyat Sarawak yang celik dan pintar bukan rakyat Sarawal yang kaki ampu dan menipu diri sendiri...

    Malah saya yakin pelayar media ini pun boleh berfikir...cadangan JPUNS hanya dipandang rendah oleh segilitir pemimpin tetapi tidak bertanya mengapa sudah ratusan ribu rakyat Sarawak mahukan umno....mengapa tidak ditanya atau dibawa muzakarah pendukong JPUNS. Sampai bila hendak menghina dan mencerca rakyat, Effendi Jeman memiliki lebih seratus ribu pengikut...jangan sebarang cakap menghina JPUNS.

    ReplyDelete
  2. Affendi Jeman bukan memiliki seratus ribu pengikut tetapi dia hanya memiliki kuda-kuda tunggangan untuk kepentingan dirinya. Jangan kaitkan lagi nama beliau dengan UMNO ke Sarawak. Selepas pendedahan di akhbar Borneo Post selepas pilihanraya 2011 semua orang dah tahu siapa beliau dan motif beliau. Jika nak teruskan perjuangan cari orang lain! Bukan Affendi Jeman!

    ReplyDelete
  3. sudahlah UMNO. tolonglah.....JPUNS PEGI CELAKA!! woi UMNO!! JANGAN LUPA PERKARA 18 dalam perjanjian pembentukan Malaysia! jangan ingat rakyat Sarawak bodoh!!

    sila klik http://www.youtube.com/watch?v=olOD-qzWZXs&feature=related

    ReplyDelete
  4. hidup UMNO..cepat2 masuk sarawak...

    ReplyDelete
  5. Rancangan Tun Rahman dan Taib dr dulu adalah utk memanjangkan kuasa Umno di Sarawak. Bapa Tun Rahman berasal dr Malaya..iaitu datuk kepada Taib. Salasilah disembunyikan, hanya didaftarkan sebagai Melanau utk mengelirukan orang Dayak dan Cina. Percubaan utk membawa Umno dibuat pd awal 70an tp ditentang habis-habisan oleh majoriti rakyat Sarawak terutamanya Kumpulan kaum Dayak dan Kumpulan kaum Cina. Jika Umno masuk, ia boleh mendapat segelintir kerusi saja dan akan jadi pembangkang sahaja.. Utk itu PBB digunakan sebagai proxy Umno.. PBB mewakili semua bumiputra.. namun UMNO masih belum berpuas-hati, walaupun sudah berjaya menguasai hasil bumi Sarawak dan menindas rakyat Sarawak sebagai rakyat kelas kedua dgn infrastruktur yg jauh ketinggalan, dan dinafikan peluang pendidikan dan pekerjaan yg setanding dgn rakyat di Malaya.. Apa yg berlaku sekarang adalah utk menukarkan PBB kpd Umno. Rancangannya ialah membuat rakyat tak puas-hati kpd pembangunan di Sarawak berbanding di Malaya, dan kemudian UMNO akan menjanjikan pemmbangunan yg lebih baik jika Umno menggantikan PBB. Sekarang Taib dan Umno sedang menjalankan 'testing'... 'Testing' pernah dibuat dulu..tp sekarang yg terakhir sementara Taib masih ada kuasa.. Sukar bila Taib dah tak ada kuasa...

    ReplyDelete
  6. Tahu tak apa maksud UMNO????United "MALAY" National Organisation.Kalau PBB jadi UMNO,mana bumiputera bukan melayu nak bergantung?Dasar admin tak ada otak.SAY NO TO UMNO!!!

    ReplyDelete
  7. UMNO, just handle your own situation in Semenanjung and mind your own business there! PKR,DAP,PAS among others are your challenges and don't take that for granted just because the Sabahans and Sarawakians are currently on your side. So please!!,let the Sabahan and Sarawakian peacefully handle theirs. We certainly are capable and more than capable to handle our own business and state. Time has changed and if you guys continue with your macho man egos, with plundering intention and think that we still lives on trees then that is definitely a very big mistake. As long as people like Ibrahim Ali the Malay Macho Man and so called Defender of the Malay Rights still freely echoing his voice on the street then obviously others also have their own rights to defend.?? There's a saying, 'give to Ceasar what belongs to Ceasar and to God what belongs to God." So its time to repent and give to the Sarawakians and Sabahans what rightfully belongs to them! Otherwise the CURSE will be on UMNO!! Co-operation & Understanding should be improved and enhanced between UMNO and others then perhaps it might continue to be relevant otherwise nothings permanent except God yang Maha Adil!.

    ReplyDelete