Thursday, September 23, 2010

Hasrat JPUNS bukan hanya propaganda, tegas James Dawos

September 18, 2010, Saturday

Presiden parti sudah jelas bahawa UMNO tidak akan masuk ke Sarawak jika PBB kuat

SIBURAN: Ahli Parlimen Mambong, Datuk James Dawos Mamit menganggap hasrat Jawatankuasa Penaja Umno Sarawak (JPUNS) untuk terlibat dalam pilihan raya negeri yang akan datang bukan sebagai propaganda sahaja.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN Pusat dan Presiden UMNO pernah berjanji semasa berucap sempena melancarkan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-12 pada Mac lepas, bahawa UMNO tidak akan melebarkan sayapnya di Sarawak jika PBB tidak lemah.

“Maka, adalah tidak seharusnya untuk UMNO tidak berada di Sarawak jika PBB lemah.., ini bukannya propaganda,” katanya ketika diminta mengulas niat JPUS untuk meletakkan calon pada pilihan raya negeri kelak.

Dawos yang juga Timbalan Menteri Pelancongan yakin rakyat negeri ini akan menerima kemasukan UMNO.

Terdahulu, Dawos ditemui ketika melancarkan Projek Menaik Taraf Jalan di Taman Duranda Emas, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Duras, Johen Sinyon, 70, ketika diminta pandangannya berhubung perkembangan tersebut, berkata adalah perlu untuk UMNO masuk ke Sarawak.

Beliau yang juga Pegawai Akar Umbi PBB kawasan Siburan percaya rakyat negeri ini bijak menilai parti politik yang sesuai, dan ia pasti UMNO.

“Kita (rakyat) di Sarawak adalah untuk UMNO, tempat UMNO bukan hanya di Semenanjung,” ujar Johen yang kini sudah berkhidmat sebagai Ketua Kaum Kampung Duras selama 40 tahun.

Kelmarin, Ketua Penerangan JPUNS Abu Bakar Hassan memberitahu pihaknya sudah bersedia bagi proses pemilihan calon untuk bertanding pada pilihan raya kelak.

Beliau turut mendedahkan bahawa JPUS kini mempunyai kira-kira 70,000 ahli serta 350 cawangan di seluruh Sarawak.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai persiapan dan sejauh mana penglibatan mereka untuk pilihan raya yang akan datang.

3 comments:

  1. saudara..bagaimana hendak menjadi ahli jpuns?adakah ia perlu melalui umno malaysia atau dr jpuns sendiri??..berminat utk mnyertai jpuns..

    ReplyDelete
  2. saudara aiman. Pengerusi JPUNS Affendi Jeman memaklumkan pihak beliau mempunyai borang keahlian. jika saudara berminat, sila hubungi pejabat JPUNS di Matang Jaya, Kuching. Terima kasih atas respon saudara

    ReplyDelete
  3. Pemimpin peribumi Sarawak khasnya jangan bersifat angkuh dan prejudis, hasrat rakyat Sarawak mahu menaja UMNO bertapak di negeri ini adalah logik dan telah menjadi hak semua orang.

    Kesombongan menolak pandangan dan menghormati hak rakyat Satawak yang sdudah mememinati dan meyakini UMNO bukan mimpi disiang hari maupun angan-angan...yang masih mimpi ialah pemimpin terbabit bukan gerakan menaja UMNO...inggat tidak ada yang kekal dalam politik...

    ReplyDelete