Tuesday, March 8, 2011

Mengapa perlu memperlekehkan Datuk Fadilah Yusuf dengan menulis “Tekak Sakit kah..??”


Siapa anda untuk mengkritik Fadilah yang merupakan Ketua Pemuda PBB merangkap Ketua Pemuda BN?

Tidak menjadi satu kesalahan Fadilah untuk mewakilkan siapa sahaja untuk berucap bagi pihak beliau.

Beliau adalah ketua yang sah diberi mandat oleh ahli-ahli PBB untuk memimpin pergerakkan pemuda parti tersebut.

Terpulang kepada beliau sama ada hendak berucap ataupun tidak. Ataupun hendak mewakilkan kepada siapa yang beliau kehendaki.

Keputusan beliau untuk memilih seorang pemimpin yang cemerlang, iaitu Wan Hamzah Wan Paie, tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Bahkan Ketua Menteri Sarawak sendiri tidak mempertikaikan tindakkan Fadilah ini.

Malah Ketua Menteri Sarawak mungkin memuji tindakan Fadilah kerana berusaha untuk memberi pendedahan kepada pemimpin muda seperti Wan Hamzah Wan Paie.

Andaian bahawa terdapatnya masalah didalam PBB, kita akui memang ada masalah tetapi Fadilah bukanlah punca masalah ini.

Yang menjadi punca masalah dalam PBB ialah Ketua Menteri Sarawak dan ketaksuban ahli-ahli PBB terhadap Ketua Menteri Sarawak yang berketurunan Melanau yang tidak tidak popular dikalangan Melayu, Cina dan Iban di Sarawak.

8 comments:

  1. apa komen anda terhadap ripin lamat yang berwawasan, yang mana dia adalah dari kalangan ahli PBB... kenapa perlu menggunakan UMNO untuk menyatakan pendiriannya... adakah telah tidak mendapat tempat lagi dalam PBB... kenapa perlu keluar parti PBB dan lompat pergi ke parti UMNO...

    ReplyDelete
  2. Lawak apa nie.Puji tindakan Fadillah yg salah & sebaliknya menyalahkan Ketua Menteri Sarawak.Pok, Fadillah ya Ketua Pemuda ajak sedangkan Ketua Menteri Ketua atas Ketua.Benda ya pun sik pandei fikirkah.

    ReplyDelete
  3. hujan tak turun atap tak berbunyi,antap li jak kp kesayangan ya nunjuk kuasa,care i dengan persengketaan takorg ngan orang lain,politik macam ya pande-pande lah settle dikmpun,jangan nak nunjuk dengan orang luar,berik malu aih,i've lost my respect to our kp.nuff said

    ReplyDelete
  4. Blog UMNO Sarawak ni memang blog talam! kejap puji ketua menteri, kejap maki ketua menteri! ape ni wahai melayu? ini ke contoh melayu yang nak pimpin sarawak? choose your side la wahai talam!

    ReplyDelete
  5. kamek orang sik tau bila ripin tok join umno atau jpuns apatah lagi nak bertanding di lambir. mun mau nait tangga biarlah bermula dari anak tangga dolok. siasat dolok sapa dalam umno bukan hanya begantung dgn maklumat 1 atau 2 org ajak. dapatkan pandangan menyeluruh dari semua sudut atau wakil-wakil dalam umno

    ReplyDelete
  6. UMNO - ALIF MIM NUN WAU = SARKIS ....Sudin Pendekar Bujang Lapok.

    P. Ramlee pun tauk, kebangsatannya.

    ReplyDelete
  7. wahai jpuns janganlah gago nak stand,kamu pecah undi saja.Biarlah BN kecundang.Kamu bukan tak tahu 30-50 percent,PBB akan tewas.Rakyat kini dah bijak dan pandai juga bersandiwara politik,tengoklah 16 april ini.HARAP JPUNS TAK STAND

    ReplyDelete
  8. Percaya atau tidak? UMNO nak masuk saarawak, sebenarnya nak meneroka pelbagai peluang yang ada disarawak. Kalau betul UMNO nak memajukan sarawak dah lama sarawak maju macam Malaya. Nak memerah sarawak sampai kering.
    Kalau UMNO masuk sarawak, siapa yang bawa UMNO ke sarawak akan jadi kaya-raya.
    Berhati-hatilah rakyat sarawak. UMNO menang kampung tergadai.

    ReplyDelete