Monday, March 28, 2011

Gantikan Taib dengan Adnan



Selaku Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mesti mengambil keputusan untuk menggantikan Pehin Seri Abdul Taib Mahmud dengan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional untuk pilihanraya negeri Sarawak.

Umum mengetahui bahawa Ketua Menteri Sarawak akan berundur selepas pilihanraya untuk memberi laluan kepada muka baru sebagai Ketua Menteri yang baru.

Oleh itu, amat wajar sekiranya Ketua Menteri Sarawak diarahkan untuk mengosongkan kerusi Pengarah Pilihanraya untuk diisi oleh Tengku Adnan.

Bolehlah dikatakan secara amnya, kami berpendapat ramai penyokong BN di Sarawak akan menerima baik keputusan untuk mengarahkan Ketua Menteri Sarawak mengosongkan kerusi Pengarah Pilihanraya dan memberikan kepada Tengku Adnan.

Tengku Adnan adalah layak untuk menduduki kerusi ini memandangkan beliau mempunyai kedudukan yang tinggi dalam UMNO dan juga mempunyai pengalaman luas dalam hal pilihanraya.


Sebagai timbalan beliau, kami mencadangkan Datuk Shafie Abdullah kerana beliau amat mengetahui suasana politik Sarawak dan berupaya untuk memberi nasihat-nasihat yang berguna kepada Tengku Adnan.

Pengalaman yang telah diperolehi semasa pilihanraya kecil di Sibu tahun lepas sudah semestinya akan digunakan oleh Shafie untuk menangani pilihanraya negeri yang yang datang ini.

15 comments:

  1. kenapa adnan?...... ini pilihan raya umum sarawak lah...... why get tengku adnan to be in sarawak election bussiness. let sarawakian do the best for sarawak. adnan ... do not interfere. najib just watch and wait for the result after all what have you contributed to sarawak. you all just get what sarawakian have but you do not bother to give back what u have taken from us.you r too greedy. we want taib to lead the election 2011. najib and west malaysian..... keep silent.... you all just make thing worst.... sarawakian....we move our own ways... wake up...!!!!

    ReplyDelete
  2. Wahai Affendi Jeman, udah lagi kau gago nak promot diri kau nak jadi hero UMNO di Sarawak hanya kerna kau dah sik dapat projek federal government untuk syarikat kau RM Utama Sdn Bhd ya. Dah berapa banyak dui sweet con kau dengan sidak kontraktor Cina di Kuching dengan janji kau nak merik projek dengan sidak. Sampey luruh rambut taukey Song Construction mikir duitnya abis coma-coma....he..he..jangan mimpi pok, kamek dah tau u tukang cong ajak. eksen ah!

    ReplyDelete
  3. Kenak mesti orang semenanjung jadi pengarah pilihanraya BN Sarawak.. UMNO Sarawak sik cayak ngan orang kampung halaman dirik pun kah sampei nyuruh orang luar masuk campur hal rumah tangga kita sitok? Orang Sarawak sik layak/sik educated/sik da kaliber/sik guna kah sampei nak nyuruh Tengku Adnan jadi pengarah? Nama jak orang Sarawak, tapi jual negeri dirik pun.. Sik lamak.. Orang semenanjung jadi CM kita orang.. Sik da gik lah orang kelahiran Sarawak jadi pemimpin di negeri tok..

    ReplyDelete
  4. Saudara Affendi,betulkah hasrat kamu ni,penyokong anda dan umno memang ramai kat sarawak tetapi merekatak menonjol nak lawan pehin taib kerana kamu cakap aje..kalau anda nak berjuang membela melayu dan bumiputera sarawak,kenapa kamu dan ahli-ahli tak stand pilihanraya DUN sarawak??????Buktikan benar apa yang kamu cakap,STANDlah 06 april ini,kami akan mengundi calon-calon anda,kami akan berkempen untuk anda.Bagi kami,kami lebih suka umno drp pbb kerana kamu pun tahu bahawa banyak isu tanah,penyelewengan(rujuk sarawak report)telah dilakukan pemimpin dan keluarga mereka di sarawak.Jika anda dan calon-calon anda tiada stand kali ini,kami tak akan percaya lagi,Kami akan berdiri teguh menyokong PKR,tengoklah keputusan pilihanraya ini nanti,lebih separuh pbb akan tewas,malayu dan bumiputera dah tertindas.Kami mahu parti lain memerintah sarawak.Kami tak mahu pbb tapi kami cuba umno untuk memerintah sarawak walaupun anda dan calon menggunakan lambang bebas.Kami lebih suka jika calon anda orang yang warak dan bagus lagi jika mereka ustaz kerana mereka layak menjadi pemimpin dan tahu halal dan haramnya.

    ReplyDelete
  5. Gila kali nak..byk gik org sarawak tok dpt jd pengarah pilihanraya!

    ReplyDelete
  6. apahal pulak adnan nak gantikan taib? mana pergi org lain dalam kerajaan negeri sarawak? umno sarawak ni gila ke apa? sudah2 la tu. janganla jadi si kitol atau jgnla jd pembesar2 zaman dulu..keja nak huru harakan keadaan je, pastu ambik kesempatan dlm keadaan huru hara tu. ini ke orang yang nak jadi pemimpin? cuba pecah belahkan perpaduan rakyat sarawak selama ini! gila kuasa! sarawak ada ramai pemimpin yang berkaliber! biar rakyat sarawak sendiri yang memimpin negeri sarawak! jangan tamak sangat la..syukur la sikit rakyat sarawak masih ramai sokong BN. sibu pun kalah..apa nak guna pengalaman yg bawa kekalahan tu untuk bertanding nanti? tolong hentikanlah demi kebaikan kita semua.

    ReplyDelete
  7. ""Anonymous said...

    Wahai Affendi Jeman, udah lagi kau gago nak promot diri kau nak jadi hero UMNO di Sarawak hanya kerna kau dah sik dapat projek federal government untuk syarikat kau RM Utama Sdn Bhd ya. Dah berapa banyak dui sweet con kau dengan sidak kontraktor Cina di Kuching dengan janji kau nak merik projek dengan sidak. Sampey luruh rambut taukey Song Construction mikir duitnya abis coma-coma....he..he..jangan mimpi pok, kamek dah tau u tukang cong ajak. eksen ah!
    March 29, 2011 1:42 AM ""

    BETUL KATA U POK...GENG I PUN DAH KENAK DENGAN NYA TOK..MEMANG KAKI TAI PAU...MAKAN DUIT HARAM BERI ANAK BINI MAKAN...BAPA MERTUA KETUA KAMPUNG..MENANTU JADI ANTU KAMPUNG..

    ReplyDelete
  8. mun benar nak jadi hero... stand election laa ... penakut kah? tanggar benar sik ko ya.

    ReplyDelete
  9. kau tok orang gila kuasa! pengkhianat Sarawak! Sik cukup dijajah, maok dijajah agik. Kepala jak besar, otak kecik!

    ReplyDelete
  10. Ni lah antara anak keturunan puak-puak yang menyokong penyerahan (cession) sarawak kepada british dolok yang ditentang oleh golongan anti-cession. Sebabnya masa tu golongan ini nak kan habuan daripada pihak penjajah. nak pangkat. nak harta. biar negeri tergadai pok.

    ReplyDelete
  11. Dolok masa jaman Melaka, golongan tok dinamakan SI KITOL pok.

    ReplyDelete
  12. KAMEK AKAN MEMASTIKAN AFFENDI JEMAN AKAN DIHADAP KE MUKA PENGADILAN KERANA TELAH MENGELIRU, MENIPU, MEMPERDAYA SERTA MEMBOHONGI AHLI-AHLI JPUNS, PENYOKONG-PENYOKONG JPUNS DAN SELURUH RAKYAT SARAWAK. LEBIH-LEBIH LAGI CALON-CALON YANG UDAH DIJANJIKAN DENGAN BERMACAM-MACAM JANJI KOSONG NAMUN AKHIRNYA SEMUA ORANG TAHU JPUNS SIK JADI BERTANDING. AFFENDI HANYA PANDAI BERPOLIMIK MENGGEMBAR-GEMBUR UNTUK MENCARI PUBLISITI SERTA POPULARITI UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA TAPI HAKIKATNYA AFFENDI TELAH MENABUR JANJI-JANJI KOSONG YANG TIDAK DITEPATI DAN DIKOTAI. APA YANG PERLU DIBUAT OLEH AFFENDI SEKARANG IALAH MELETAK JAWATAN SECARA TERHORMAT YA PUN MUN NYA MASIH ADA MARUAH!

    ReplyDelete
  13. mun UMNO masuk, DAP akan menang besar di srwk..bru padan muka...lantak la..sama2 kita rugi bri makan cina...

    ReplyDelete
  14. lawaknya blog tok. Ha..ha.

    ReplyDelete
  15. habislah hasil balak nuan kalau dia jadi timbalannya tok....

    ReplyDelete