Barisan Nasional perlu meletakkan calon yang benar-benar boleh menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya negeri yang akan datang.
Tiada gunanya meletakkan calon-calon BN yang bergema melaung-laungkan “Hidup Sarawak, Hidup Sarawak, Hidup Sarawak” beratus kali tapi kemudiannya tersungkur di pentas pilihanraya pada 16hb April nanti.
Kemenangan BN di Sarawak adalah penting kerana kemenangan tersebut akan dijelmakan sebagai kejayaan mengekalkan sebuah negeri yang selama ini dibawah pemerintahan BN.
Kejayaan ini kemudiannya akan memberi kesan kepada prestasi UMNO dan BN di pilihanraya umum yang akan diadakan selepas pilihanraya ini.
Atas dasar ini, kemenangan BN di Sarawak mesti diutamakan oleh semua pihak yang berada dalam BN termasuk para penyokong UMNO Sarawak.
Walaupun kita menjangkakan bahawa akan wujud perbezaan diantara pihak-pihak dalam BN tentang bagaimana untuk menjamin kemenangan BN, kita percaya perbezaan ini bukanlah satu halangan yang tidak dapat diatasi.
Yang penting, calon-calon yang diletakkan mestilah berupaya untuk mempertahankan ataupun merampas kerusi dari pembangkang.
Bukannya meletakkan calon-calon “Hidup Sarawak, Hidup Sarawak, Hidup Sarawak” tapi kemudiannya mencemar imej UMNO dan BN dengan kekalahan ditangan pembangkang.
Hidup UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalau zaman dulu bak kata orang kampung kalau letak monyet pun asal guna lambang dacin gerenti menang. Tetapi sekarang dah zaman ICT walau letak calon yg benar-benar menjamin kemenangan pun belum tentu kemenangan terjamin hanya kerana lambang dacin kerana di Sarawak lambang dacin sama saja seperti muka ketua menteri. Rakyat zaman ICT yang celik pandai bukan bodoh untuk dipaksa mencintai lambang dacin. Laungan hidup Sarawak!, hidup Sarawak!, hidup Sarawak hanyalah sesuai digunakan oleh golongan majoriti Sarawak sudah semestinya suku dayak. Bukan digunakan oleh golongan BN yang hendak menang semata mata hendak menang kerana dacin tetapi masih terus menganak tirikan orang dayak. Tidak mustahil sedikit masa lagi golongan dayak akan mencapai 60% jumlah pengundi dan generasi celik IT ini akan meningkat. Jika generasi baru kaum dayak bangkit dan terus menyemarakkan api ketidak adilan ini akan sampai pula masa di mana monyetpun bertanding atas tiket dayak akan menang. Justeru itu semua pihak harus mengambil iktibar khususnya umno bahawa calon yang benar-benar boleh menjamin kemenangan BN tidak semesti terjamin. Jangan memandang remeh kuasa ICT!
ReplyDeleteSaya tak faham perjuangan jenis apa yang UMNO Sarawak perjuangkan. Sekarang dia menyokong supaya BN Sarawak menang tetapi pada masa yang sama dia tak minat dengan TAib Mahmud. Taib Mahmud itu adalah BN Sarawak. Taib Mahmud adalah PBB, Taib Mahmud adalah SUPP, Taib Mahmud adalah SPDP dan Taib Mahmud juga adalah PRS. Cuba UMNO Sarawak selidiki kebenaran kata-kata tersebut.
ReplyDelete