Sejak berakhirnya convention Barisan Nasional Sarawak di Borneo Convention Center bunyi-bunyi semakin kencang bahawa Dato Sri Mahmud Abu Bekir akan memasuki politik dan menjadi Ketua Pemuda PBB Sarawak. Jika khabar-khabar ini benar maka ia suatu perancangan yang tidak masuk akal.
Apakah kurangnya Fadilah sebagai seorang ketua sehingga kepimpinan PBB dikatakan berhasrat untuk meletakkan Dat Sri Mahmud Abu Bekir dikerusi yang sekarang ini dimiliki oleh Fadilah?
Adakah disebabkan Fadilah bukan mengikut telunjuk kepimpinan PBB?
Rata-rata pemuda PBB seluruh Sarawak melihat Fadilah sebagai seorang pemimpin yang berwawasan dan mempunyai masa depan dalam politik yang cerah.
Bahkan ramai pemimpin-pemimpin pemuda yang dulunya kurang setuju dengan keputusan untuk meletakkan Fadilah sebagai calon BN di kerusi Petra Jaya sekarang ini telah mula mengagungkan Fadilah sebagai seorang ketua pemuda PBB yang terbilang.
Kebijaksanaan Fadilah dalam membantu pentadbiran kementeriannya untuk menguntungkan Sarawak amat terselah sekali.
Fadilah telah banyak membawa geran-geran MOSTI dari Semenanjung ke syarikat-syarikat Sarawak.
Apakah yang bakal disumbangkan oleh Dato Sri Mahmud Bekir kepada pemuda PBB, secara khususnya, dan PBB secara amnya?
Tepuk dada, tanyalah selera.
Sesungguhnya Fadilah lebih elok untuk masih menjadi Ketua Pemuda PBB Sarawak.
No comments:
Post a Comment