Sunday, March 6, 2011

Jelilah difitnah kerana niat sucinya membela rakyat Sarawak


Adalah satu tindakkan yang bodoh dan melampau untuk menuduh Datuk Jelilah Baba sebagai cuba untuk mensabotaj projek SCORE yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sarawak yang tidak disenangi oleh semua rakyat Sarawak.

Apa yang mungkin terjadi ialah Jelilah melahirkan rasa kurang senang beliau terhadap kelemahan projek SCORE yang tidak menguntungkan rakyat biasa tetapi hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang disokong oleh Ketua Menteri Sarawak.

Sekiranya inilah yang terjadi, maka Jelilah patut dipuji kerana mementingkan nasib rakyat Sarawak yang dipergunakan untuk menjayakan projek SCORE yang tidak memberi mereka sebarang manfaat.

Sebagai seorang pegawai atasan MIDA, sudah semestinya beliau amat mengetahui kelemahan ataupun keburukkan projek SCORE yang digembar-gemburkan oleh Ketua Menteri Sarawak dan tukang-tukang canang sebagai akan menguntungkan negeri Bumi Kenyalang ini.

Tukang-tukang canang projek SCORE cuba menyakinkan rakyat Sarawak bahawa banyak faedah yang akan dihasilkan seperti jalanraya yang merupakan keperluan asas rakyat.

Tetapi perlukah projek SCORE dilancarkan terlebih dahulu sebelum jalanraya dapat dibina?!

Mengapa tidak menggunakan hasil dari royalti minyak untuk membina jalanraya di kawasan projek SCORE?!

Oleh itu, kami berpendapat usaha untuk memburuk-burukkan Jelilah hanya bertujuan untuk memaksa beliau untuk tunduk kepada tekanan-tekanan yang mungkin diberikan oleh pihak yang berniat untuk mengaut keuntungan dari projek SCORE yang dicanangkan sebagai akan menguntungkan rakyat Sarawak tetapi sebenarnya akan merugikan rakyat Sarawak!
 

5 comments:

  1. My comment so far Dato Jalilah lebih menonjol dari Menteri MITI sendiri, Tok Pa. Patutnya kalau ada function pun, Menteri MITI lah yang accompany PM, bukannya DG MIDA. DG should always give priority to Minister MITI, and not the other way around. Just my observation on TV lately, always see her beside PM in Australia & beside TPM in US. Where is MITI Minister? Tok Pa should be there instead of her

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi,

    Sama ada perkara ini benar atau tidak, iya mesti disiasat dahulu. Yang menjadi tanya pula so called 'UMNO Sarawak", kenapa pula ada wild allegation mengatakan iya menguntungkan so called kompeni2 yang disokong Ketua Menteri Sarawak? Adakah so called 'UMNO Sarawak" cuba menjadi prejudis, sehingga mengambil kira masalah ini menjadikan alasan so called 'UMNO Sarawak" masuk ke Sarawak? Hentikan permainan anda.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Orang buta macam kitak ya ajak yang sik tahu atau sik mau tahu apa juak projek yang di rancang oleh cm memang mesti mengambil kira keuntungan kepada nya dan kerabat kerabat. Sik perlu nak susah susah buang masa nyiasat. Macc pun dah sik larat apa agi kita. Mubarak dan Gadafi dan cm sama ajak sik perlu nak main siasat siasat dan bukan hanya umno sarawak tapi semua orang juak tau. Perlukah umno sarawak ajak yang beralasan?

    ReplyDelete
  4. kitak orang cakap jak...biar pkr menang supaya kita ikan kecil nanggar semua wakil bn kena siasat, macam di selangor...mun umno masuk sarawak sama jua ..afendi kaya ganti taib mahmud...sama juak nya nya kaki sapu..belum ber kuasa..geng i dah kenak pau pok..ingat u pasal embak artis di sarawak...ney modal i sik balit agi //semua di sapu nya..bahayanya tok..

    ReplyDelete
  5. Your comment will be visible after approval.
    kenapa mau tunggu approval....memang kaki ampu juga u ni...

    ReplyDelete