Showing posts with label SCORE. Show all posts
Showing posts with label SCORE. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Jelilah difitnah kerana niat sucinya membela rakyat Sarawak


Adalah satu tindakkan yang bodoh dan melampau untuk menuduh Datuk Jelilah Baba sebagai cuba untuk mensabotaj projek SCORE yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sarawak yang tidak disenangi oleh semua rakyat Sarawak.

Apa yang mungkin terjadi ialah Jelilah melahirkan rasa kurang senang beliau terhadap kelemahan projek SCORE yang tidak menguntungkan rakyat biasa tetapi hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang disokong oleh Ketua Menteri Sarawak.

Sekiranya inilah yang terjadi, maka Jelilah patut dipuji kerana mementingkan nasib rakyat Sarawak yang dipergunakan untuk menjayakan projek SCORE yang tidak memberi mereka sebarang manfaat.

Sebagai seorang pegawai atasan MIDA, sudah semestinya beliau amat mengetahui kelemahan ataupun keburukkan projek SCORE yang digembar-gemburkan oleh Ketua Menteri Sarawak dan tukang-tukang canang sebagai akan menguntungkan negeri Bumi Kenyalang ini.

Tukang-tukang canang projek SCORE cuba menyakinkan rakyat Sarawak bahawa banyak faedah yang akan dihasilkan seperti jalanraya yang merupakan keperluan asas rakyat.

Tetapi perlukah projek SCORE dilancarkan terlebih dahulu sebelum jalanraya dapat dibina?!

Mengapa tidak menggunakan hasil dari royalti minyak untuk membina jalanraya di kawasan projek SCORE?!

Oleh itu, kami berpendapat usaha untuk memburuk-burukkan Jelilah hanya bertujuan untuk memaksa beliau untuk tunduk kepada tekanan-tekanan yang mungkin diberikan oleh pihak yang berniat untuk mengaut keuntungan dari projek SCORE yang dicanangkan sebagai akan menguntungkan rakyat Sarawak tetapi sebenarnya akan merugikan rakyat Sarawak!