Sunday, December 16, 2012

YB Datuk Fadillah Yusuf terlampau kuat untuk dialihkan dari kerusi parlimen Petra Jaya







Daud sangkal Fadillah tidak dicalon semula

Utusan Borneo October 12, 2012, Friday
KUCHING: Khabar angin yang mengatakan Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof tidak akan dipertandingkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) disangkal Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Daud Abdul Rahman.
Beliau menegaskan, keputusan untuk menentukan calon di kerusi berkenaan sudah ditentukan oleh pucuk pimpinan negeri iaitu Presiden PBB, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
“Bagi saya keputusan untuk menentukan calon di kerusi Parlimen Petra Jaya sudah ditentukan iaitu Yang Berhormat Fadillah akan menjadi calon di situ, perkara itu tidak ada keraguan lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) berjumlah RM57,618.54 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di pejabat beliau di Bangunan Baitulmakmur di sini, semalam.
Menyentuh mengenai kekurangan Fadillah turun padang di kawasan Parlimen Petra Jaya, Daud berkata: “Kita akan suruh beliau lebih aktif, tugas beliau sebagai Timbalan Menteri di peringkat persekutuan itu menyebabkan beliau sibuk dengan tugasnya sebab itu beliau tidak selalu di sini (kawasannya).”
“Walaupun begitu wakil-wakil rakyat di bawah Parlimen Petra Jaya sentiasa membantu beliau seperti saya sendiri, Datuk Amar Abang Johari (Tun Abang Openg), Sharifah Hasidah (Syeed Aman Ghazali) kerana kita sentiasa membantu satu sama lain,” jelasnya lagi.
Beliau yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur menambah, sokongan tidak hanya bergantung kepada calon sahaja tetapi juga daripada akar umbi parti itu sendiri.
“Bagi kita, kerjasama daripada akar umbi parti penting bagi memastikan calon BN di kawasan Petra Jaya menang dengan undi yang lebih besar kerana ini tugas kita bersama,” tegasnya.
Pada masa yang sama, Daud memberitahu jentera parti PBB di seluruh negeri kini sudah dalam keadaan bersiap sedia dan hanya menunggu pengumuman tarikh sebenar PRU13.
“Kita sudah beritahu PBB sentiasa bersedia bukan sahaja November tetapi bila-bila masa… kita buat persediaan ringan-ringan kalau kita tengok tarikh itu sudah diumumkan kita hanya perlu hidupkan jentera sepenuhnya,” ujarnya.
Namun demikian, katanya, pihaknya hanya belum menubuhkan bilik gerakan tetapi kerja-kerja di peringkat akar umbi sudah dilaksanakan secara berterusan.



8 comments:

  1. saya sebagai rakyat sarawak tertanya-tanya kenapa penjaja-penjaja bentang satok harus dipindahkan? siaps yang bertanggungjawab untuk memindah mereka sedangkan mereka( penjaja benteng satok) sudah bertapak selama 3o tahun. Soalan ini ditujukan kepada org yang betul2 dapat membuat keputusan!

    ReplyDelete
  2. jangan sampai sarawak jatuh ketangan pembangkang dan parlimen sarawak dikuasai pembangkang sudahlah dan Umno mesti bergabung dengan pbb disarawak. Kita boleh lihat parti snap sarawak telah bergabung dengan pkr, dap, pas bertanding bersma disarawak pd pru negeri sarawak ke 11 yang menyebab jumlah undi kpd pembangkang naik secara mendadak

    ReplyDelete
  3. Kepada Anonymous. Dec 17.
    Isu penjaja2 Benteng Satok, tuan kena tahu sejarah mereka.
    Tapak yg ada sekarang adalah sementara saja.
    Itu telah dipersetujui dari dulu lagi.
    Oleh yang demikian, isu pemindahan itu tidak perlu timbul.
    Sekarang tempat baru lebih baik dan terurus.
    sekian, terima kasih.
    Bujang Taha Sarah Beringkut.

    ReplyDelete
  4. Apa-apa perkembangan yang baik , perlu lah akur dan jangan balik pada zaman kebelakangan, setiap masyarakat punyai citarasa..kemungkinan bagi yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan bolehlah sekadar dipinggiran, kalau dah boleh dan mampu maju, ada baiknya diperbangunkan tempat, kalau boleh peniaga-peniaga di Benteng Satok satu hari nanti berniaga didalam Pasar Raya, mengapa tidaknya..THE ART OF BUSSINESS adalah sesuatu yang tidak mustahil. Apa yang dijual di Benteng tu sekarang sudah ada di pasaraya...Kalau Menghilang alunan gendang jangan disangka lenggok Melayu Terpupus.RTM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!. Jgn cepat mudah selesa dgn keadaan sedia ada. kita kena bergerak leih gigih ke hadapan. Jika perniagaan gerai sudah berjaya, apa salah nya kalau di upgrade ke peringkat lebih tinggi. bukak kedai. kalau sudah maju, boleh jadikan sebagai francais. jgn terlalu mudah utk mengambil pandangan negatif. sedangkan perkara yg positif akan datang bertalu2. Kita ambil contoh yg positif dr kaum lain, Singapore Chicken Rice (SCR) di Kuching bermula dengan gerai kecil (kalau x silap, kalau silap mohon diperbetulkan) kemudian Sebuah kedai biasa, bagi meningkatkan lagi daya saing ia telah dipermodenkan dengan pengurusan yang lebih sistematik, dan kedai telah diperindahkan dan menjadi ekslusif. Kini telah menjadi franchaisor yg terkenal di sarawak. Begitu juga, sebagai contoh Ipoh Town White Coffee. Dan contoh paling berkesan dan paling dekat adalah "KOPI 'O' CORNER" SERTA "SATAY CEKO".

      Delete
  5. Kalau kejituan dan kerjakeras untuk mentadbir telah terserlah dan terbukti, laksana Rentap mencekam penjajah, laksana Rosli Dhobi menghapus kan semantara Datuk Kanang memantapkan perjuangan, mengapa tidak pula kepada sesiapa yang berasakan sebagai pejuang bangsa..Namun dalam situasi Majmuk, kalau Pemimpin yang telah kita pilih itu sememangnya telah menerajui sesebuah Parti, Kawasan, Bahagian, Daerah, Kampung mahupun Rumah maka dari hasil pembangunan minda singkat, katakanlah kita kenal pada orangnya, maka apakah pandangan dan hasil analisa minda kita..adakah kita harus mengkarutkan cerita sebenar, atau membuat penyataan yang benar dikarutkan..So YAB/YB take note..

    ReplyDelete
  6. Pemkembangan apa yang baik??? market di kubah ria susah nak mampus parking...plan ntah apa2

    ReplyDelete
  7. "Menyentuh mengenai kekurangan Fadillah turun padang di kawasan Parlimen Petra Jaya, Daud berkata: “Kita akan suruh beliau lebih aktif,"

    hahahaha dah nak ngundi bok gago turun padang ngeso gambar cuci kreta lah apa lahh..nama org bukan asal usul dari Petra Jaya,Kuching. da ku kesahh..

    ReplyDelete