Showing posts with label Fadilah Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Fadilah Yusuf. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Undilah Ripin Lamat dan Dr Anuar Rapaee!

UMNO Sarawak merasa bangga diatas pemilihan kedua-dua mereka untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional di pilihanraya negeri Sarawak.

Diharapkan kedua-dua mereka akan mendapat mempertahankan kerusi Lambir dan Nangka untuk Barisan Nasional yang mana UMNO adalah parti tulang belakang.

Ucapan terima kasih diberikan kepada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Fadilah Yusuf dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafie Abdullah kerana sanggup turun ke padang untuk membantu kedua-dua calon ini.

Diharapkan rakyat Sarawak memberikan kedua-dua mereka undi majoriti yang lebih besar dari bekas calon-calon dalam pilihanraya negeri yang lepas.

Tuesday, March 8, 2011

Mengapa perlu memperlekehkan Datuk Fadilah Yusuf dengan menulis “Tekak Sakit kah..??”


Siapa anda untuk mengkritik Fadilah yang merupakan Ketua Pemuda PBB merangkap Ketua Pemuda BN?

Tidak menjadi satu kesalahan Fadilah untuk mewakilkan siapa sahaja untuk berucap bagi pihak beliau.

Beliau adalah ketua yang sah diberi mandat oleh ahli-ahli PBB untuk memimpin pergerakkan pemuda parti tersebut.

Terpulang kepada beliau sama ada hendak berucap ataupun tidak. Ataupun hendak mewakilkan kepada siapa yang beliau kehendaki.

Keputusan beliau untuk memilih seorang pemimpin yang cemerlang, iaitu Wan Hamzah Wan Paie, tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Bahkan Ketua Menteri Sarawak sendiri tidak mempertikaikan tindakkan Fadilah ini.

Malah Ketua Menteri Sarawak mungkin memuji tindakan Fadilah kerana berusaha untuk memberi pendedahan kepada pemimpin muda seperti Wan Hamzah Wan Paie.

Andaian bahawa terdapatnya masalah didalam PBB, kita akui memang ada masalah tetapi Fadilah bukanlah punca masalah ini.

Yang menjadi punca masalah dalam PBB ialah Ketua Menteri Sarawak dan ketaksuban ahli-ahli PBB terhadap Ketua Menteri Sarawak yang berketurunan Melanau yang tidak tidak popular dikalangan Melayu, Cina dan Iban di Sarawak.

Thursday, January 20, 2011

Penubuhan Sukarelawan Pemuda BN Negeri patut di puji




Penubuhan Jawatankuasa Sukarelawan Pemuda BN Negeri yang dipengerusikan oleh Mohd Kamaluddin Haji Mohd Effendie adalah satu usaha yang baik dan patut disokong oleh semua pihak.

Bahkan UMNO Sarawak menyokong penubuhan jawatankuasa ini yang turut memain peranan sebagai pasukan bertindak cepat (Early Response Team) bagi membantu dalam perkara berkaitan bencana alam, msibah dan sebagainya.

Sarawak memerlukan kepimpinan muda seperti Datuk Fadilah Yusuf dan Kamaluddin untuk melengkapi generasi muda dengan semangat sukarelawan dan keprihatinan yang tinggi agar menjadi generasi yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Walaupun pada ketika ini adanya cemuhan-cemuhan yang dilemparkan kepada Fadilah dan Kamaluddin kerana jawatankuasa ini kelihatan gagal bertindak membantu mangsa-mangsa banjir dalam kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini, UMNO Sarawak merasakan terlalu awal untuk rakyat Sarawak memberi penghakiman.

Jawatankuasa ini hanya baru ditubuhkan dan ianya memerlukan masa untuk dapat benar-benar berfungsi secara optima.

Berilah masa kepada jawatankuasa ini dan juga pemimpin muda Sarawak Fadilah dan Kamaluddin.

Apa jua kritikan ataupun cemuhan yang dilemparkan terhadap jawatankuasa ini, Fadilah dan Kamaluddin patut dipuji atas usaha penubuhan ini.
 

Saturday, October 30, 2010

Fadillah berpandangan jauh hadapi pilihanraya



Dalam tempoh antara sekarang dan tengah tahun depan, mata para penganalisis politik tidak terlepas dari menilai tindakan dan percakapan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Mereka, malahan juga orang-ramai, menunggu petunjuk paling pasti bila pilihan raya diadakan.

Ada yang mengatakan masanya sudah hampir, ada juga beranggapan awal tahun depan.

Apa yang pasti, hanya Pehin Sri maklum mengenai tarikh sesuai untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 2006.

Selepas itu, pilihan raya umum diadakan pada 2008.
 

Tuesday, September 28, 2010

Kami sokong kepimpinan Taib!!!

Kami sememangnya menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak PS Taib Mahmud walaupun kami tidak bersetuju dengan parti yang dipimpin beliau.

Kami juga berpendapat pemimpin dari generasi baru mestilah mencontohi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Fadilah Yusuf yang berpolitik untuk rakyat dan bukannya untuk kepentingan politik.


Monday, September 27, 2010

TAHNIAH YB TIMBALAN MENTERI FADILAH YUSUF!!!!!!!!!!!!!!!!

KITA AMAT JELEK DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BARISAN NASIONAL YANG BERDUYUN-DUYUN KE LAPANGAN TERBANG UNTUK MENYAMBUT KETIBAAN KETUA MENTERI SARAWAK PADA HARI SABTU LEPAS (25/09/2010).

DAN KEMUDIANNYA MEREKA MENYATAKAN SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA PRESIDENT PBB.

SIKAP MENGAMPU INI AMAK MENJELEKKAN. RAKYAT SARAWAK SUDAH JELEK!!!

SIKAP PROFESIONALISM, KOMITMEN YANG TINGGI  DAN TIDAK MEMBODEK KETUA YANG DITUNJUKKAN OLEH TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI FADILAH YUSUF SEPATUTNYA MENJADI CONTOH KEPADA SEMUA PEMIMPIN-PEMIMPIN BN SARAWAK!!!



TUGASNYA SEBAGAI TIMBALAN MENTERI UNTUK MENGHADIRI SATU MAJLIS DI JOHOR  LEBIH PENTING DARIPADA MEMBODEK KETUA MENTERI YANG SEPATUTNYA TELAH LAMA MENGOSONGKAN KERUSINYA UNTUK ORANG LAIN!!!

TAHNIAH YB TIMBALAN MENTERI FADILAH YUSUF!!!!!!!!!!!!!!!! YANG BERHORMAT LAYAK DIHORMATI DAN DIGELAR SEBAGAI PEMIMPIN RAKYAT!!!!!!!!!!