Penubuhan Jawatankuasa Sukarelawan Pemuda BN Negeri yang dipengerusikan oleh Mohd Kamaluddin Haji Mohd Effendie adalah satu usaha yang baik dan patut disokong oleh semua pihak.
Bahkan UMNO Sarawak menyokong penubuhan jawatankuasa ini yang turut memain peranan sebagai pasukan bertindak cepat (Early Response Team) bagi membantu dalam perkara berkaitan bencana alam, msibah dan sebagainya.
Sarawak memerlukan kepimpinan muda seperti Datuk Fadilah Yusuf dan Kamaluddin untuk melengkapi generasi muda dengan semangat sukarelawan dan keprihatinan yang tinggi agar menjadi generasi yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.
Walaupun pada ketika ini adanya cemuhan-cemuhan yang dilemparkan kepada Fadilah dan Kamaluddin kerana jawatankuasa ini kelihatan gagal bertindak membantu mangsa-mangsa banjir dalam kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini, UMNO Sarawak merasakan terlalu awal untuk rakyat Sarawak memberi penghakiman.
Jawatankuasa ini hanya baru ditubuhkan dan ianya memerlukan masa untuk dapat benar-benar berfungsi secara optima.
Berilah masa kepada jawatankuasa ini dan juga pemimpin muda Sarawak Fadilah dan Kamaluddin.
Apa jua kritikan ataupun cemuhan yang dilemparkan terhadap jawatankuasa ini, Fadilah dan Kamaluddin patut dipuji atas usaha penubuhan ini.
dilot ya kelakar jak lebih. isi sik da. bagus juak mun orang kedak tok masuk umno. merusak pbb jak. dah la dolok nya ngan abangnya bustari munuh kontraktor melayu/bumiputera. waktu ya nya belum jadi yb agik. kinek tok eksen nak nulung kontraktor melayu/bumiputera tapi sebelum ya sidak tok dah dibunuhnya dolok.
ReplyDeletebanyak i dgr cerita nok kedak ya,i x brani judge,xda bukti u
ReplyDelete