Kecewa dengan perjuangan PBB, SUPP, SPDP atau PRS? Atau belum menyertai mana-mana parti komponen BN?
Umno merupakan parti yang tepat sebagai landasan baru politik. Bukan sahaja untuk Melayu dan Melanau, tetapi juga untuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
Rakyat Bumiputera boleh menjadi ahli Umno sejak perlembagaannya dipinda bagi membolehkan parti terbesar dalam BN itu memasuki Sabah pada 1991.
Umno merupakan landasan terbaik politik untuk menyatukan Bumiputera di Sarawak di bawah bumbung parti politik yang kukuh seperti Umno.
Adalah satu kesilapan besar dalam karier politik apabila memilih untuk keluar dari mana-mana parti komponen BN di Sarawak dan seterusnya menyertai PKR, DAP dan SNAP.
Apa yang parti-parti pembangkang mampu lakukan? Mereka sebagai parti bukan pemerintah dalam Parlimen Malaysia, hanya mampu mengkritik dan mengulas dasar kerajaan.
Mereka tidak mampu menyediakan prasarana seperti bekalan elektrik dan air, sekolah serta jalan raya.Umno merupakan parti yang tepat sebagai landasan baru politik. Bukan sahaja untuk Melayu dan Melanau, tetapi juga untuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
Rakyat Bumiputera boleh menjadi ahli Umno sejak perlembagaannya dipinda bagi membolehkan parti terbesar dalam BN itu memasuki Sabah pada 1991.
Umno merupakan landasan terbaik politik untuk menyatukan Bumiputera di Sarawak di bawah bumbung parti politik yang kukuh seperti Umno.
Adalah satu kesilapan besar dalam karier politik apabila memilih untuk keluar dari mana-mana parti komponen BN di Sarawak dan seterusnya menyertai PKR, DAP dan SNAP.
Apa yang parti-parti pembangkang mampu lakukan? Mereka sebagai parti bukan pemerintah dalam Parlimen Malaysia, hanya mampu mengkritik dan mengulas dasar kerajaan.
Apatah lagi untuk melaksanakan program meningkatkan aktiviti ekonomi - memang Anwar, Lim Kit Siang dan Nik Aziz tidak mampu.
Mengapa bukan juga SNAP? SNAP sebuah parti yang hampir berkubur. Dahulu mungkin ya, SNAP merupakan landasan yang tepat untuk orang Dayak berjuang menerusi politik.
Berapa keahlian SNAP sekarang? Jumlah keahlian yang semakin menyusut berbanding ia berada dalam BN (digantikan SPDP) sudah cukup untuk membuatkan sesiapa saja berfikir panjang untuk menjadi ahli.
Apa yang orang Dayak perolehi selepas menyertai parti nyamuk ini? Dapat semula hak terhadap tanah NCR yang didakwa dirampas kerajaan negeri? Tidak mungkin. Jauh panggang dari api.
Umno sudah pasti menyelesaikan masalah ini. Masih ingat campurtangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam isu bayaran sewa tanah yang amat popular di kalangan Cina di bandar?
Kerajaan negeri hanya bersetuju untuk mengurangkan bayaran sewa tanah setelah Perdana Menteri menyedari ia akan menjejaskan sokongan rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei 2010.

Namun campurtangan itu sudah terlambat. BN tewas di tangan DAP di Sibu.
Apabila menyertai Umno, sebenarnya memasuki wadah perjuangan yang dikemudi Perdana Menteri Malaysia! Perdana Menteri dilantik dari mereka yang menjadi Presiden Umno!
Apa kelas menyertai konvensyen atau perhimpunan agung parti di Kuching, di Miri, di Sibu, di Bintulu atau di Mukah - seperti yang dilakukan parti-parti komponen BN Sarawak.
Sedangkan, ahli-ahli Umno menghadiri perhimpunan perwakilan di PWTC di Kuala Lumpur dengan mendapat liputan penuh media massa.
Nikmat menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur sekadar mukadimah, apatah lagi setelah menyertai Umno. Sudah pasti banyak projek akan disalurkan ke kawasan-kawasan di Sarawak!
Umno tidak sama dengan PBB, SUPP, PRS dan SPDP meskipun sama komponen BN. Umno lebih telus dalam menerima kritikan. Lebih kerap bertukar pucuk pimpinan agar kekal segar untuk menjana ilham dalam mengemudi pentadbiran negara.
Apa yang hebat sangat dengan parti pembangkang sehinggakan apabila tidak sefahaman dengan pucuk pimpinan parti komponen BN Sarawak, tanpa fikir panjang lebar, terus mengumum untuk menyertai PKR, DAP atau SNAP.
Untuk pengetahuan, Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) mempunyai pejabat di pusat komersial Matang Jaya (belakang Court). Pergi ke situ dan daftar keahlian.

sapa mauk masuk umno nok keparat ya!
ReplyDeleteUMNO, KEadilan etc. ya nang sik da guna langsung! Apa orang Sarawak sik dapat nubuh parti politik kedirik ka? Mala aja jilat burit dak Malaya. Kedak la UMNO ya satu2nya hebat. Sik dak FELDA gik sik terkabir, apa digagonya ngan Sarawak? Tangar dak nya di Sabah sejak kemasukan UMNO, hancur dah orang Sabah, dipinggir di tanah kedirik! Maju lah tek Sabah ya?
ReplyDeleteTujuan JPUNS dan bunyinya nampak cantik dan ideal. Tapi dalam apa juak jenis parti siapa nok memimpin adalah faktor yg paling penting. Mun banyak ahli dah lari lama tok termasuk ketua penerangan dan abang sendiri pun sik nyokong, sik jelas ka petunjuk ya? Mun org baru yang ikhlas nak ngan umno mungkin nya akan masuk tapi mun nya dah tahu motif pemimpin minta maaflah. Sidanya akan sedar dijadikan kuda tunggangan ajak. jpuns mencemarkan nama baik umno ajak. carilah pemimpin yg benar benar layak yg sik berjanji kosong!
ReplyDeleteUMNO SARAWAK SILA HENTIKAN PROPAGANDA JAHAT ANDA UNTUK MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN KAUM DI SARAWAK SELAMA INI. KAMI DI SARAWAK SUDAH MEMPUNYAI PARTI SENDIRI YANG MEWAKILI SELURUH KAUM BUMIPUTERA DI SINI. KAMI TIDAK MEMERLUKAN UMNO! KAMI TIDAK MAHU NASIB SARAWAK JADI SEPERTI SABAH! RAKYAT SARAWAK BERHAK MENTADBIR NEGERI INI DAN KAMI TIDAK MEMERLUKAN CAMPURTANGAN DARIPADA UMNO ATAU PKR. TOLONG JANGAN BAWAK BUDAYA POLITIK SEMPIT DAN POLITIK PERKAUMAN KE SARAWAK! KAMI HANYA PERLUKAN PERUBAHAN PIMPINAN DALAM PARTI POLITIK YANG SEDIA ADA, BUKANNYA MENGGANTIKAN PARTI POLITIK YANG SEDIA ADA DENGAN UMNO! RAKYAT SARAWAK TAK BODOH. KAMI BELAJAR DARI APA YANG BERLAKU DI SABAH. HABIS KEKAYAAN SABAH DIGUNAKAN UNTUK PEMBANGUNAN DITEMPAT LAIN SEPERTI DI KUALA LUMPUR. SEDANGKAN JALAN RAYA DAN PRASARANA LAIN DI SABAH MASIH LAGI KETINGGALAN. ADA BANYAK LAGI ISU2 LAIN YANG ORANG SABAH TANGGUNG. JANGAN TERTIPU DENGAN UNGKAPAN "RUMPUN MELAYU" ITU. ORANG MALAYA UMNO ATAU PKR JANGAN CUBA NAK MENGERUHKAN KEADAAN DISINI. ANDA SUDAH MENGUASAI 13 NEGERI DI MALAYSIA. JANGAN JADIKAN SARAWAK MANGSA! KAMI AKAN MEMPERTAHANKAN NEGERI KAMI!AGI IDUP AGI NGELABAN!
ReplyDeletejangan lah membuat andaian yang sik betul. Kita lihat lah dolok, macam nei. Seorang dua keluar, beribu masuk bah. Biasa lah, hal macam tok, yang jaik di war warkan, yang bait nei...?. Mestilah mauk diceritakan juak.
ReplyDeleteSALAM..
ReplyDeleteLamak tuk orang Sarawak memang sudah ditipu,tapi siapa yang menipu..siapa...? yang terasa tertipu mungkin ia menipu diri sendiri dalam politik sebab biasanya yang menuduh orang lain menipu barangkali dia yang paling jadi penipu...
Saya yakin saudara sik tau apa yang saudara tulis sebut pasal Sabah dan pasal kekayaan negeri itu dan juga Sarawak.Kalau tak ada pengetahuan sebenar jangan nak komen pasal negara dan negeri..belajar lagi...renung-renungkan istilah siapa yang merompak siapa...dinegeri Sarawak....
amarneng, awak kena tengok debat parlimen selalu. jangan tengok debat parlimen melalui tv sahaja. saya tinggal tidak jauh daripada Parlimen dan hampir tiap persidangan saya akan pergi lihat. sedangkan ada wakil rakyat dari sabah yang mewakili BN pun menanyakan ke mana perginya hasil negeri Sabah kepada menteri yang bertanggungjwb. nampak sangat wakil dari Sabah ni tak puas hati dengan kerajaan pusat. saya belajar dan bekerja di semenanjung dan saya melihat tsunami politik di sini. kalau berani lantiklah perdana menteri dari Sabah atau Sarawak! kebangkitan politik kaum cina mmg ditakuti oleh orang melayu disini. setakat pergi kongres UMNO 2 3 kali tak payah nak bertekak. rakyat sekarang sudah bijak. orang UMNO sampai dalam majlis doa selamat pun mereka berkempen sekarang ni. ini bukan fitnah dan saya dengar dan tengok sendiri dg mata kepala saya. PKR pun sama,termasuklah parti pembangkang lain. Jangan biarkan mereka ni masuk Sarawak. Demokrasi ni ada pro dan con dia. George Washington pernah cakap dia pun takut dengan demokrasi ni kerana dengan sokongan majoriti benda yang baik pun boleh di bail out.
ReplyDeleteUMNO SARAWAK? JANGAN CUBA NAK PECAH BELAHKAN PERPADUAN KAUM DI SARAWAK SELAMA INI, JANGAN BAWAK POLITIK PERKAUMAN SEMPIT KE SARAWAK! BANGSA MELAYU BUKAN KAUM MAJORITI DI SINI SEPERTI DI SEMENANJUNG MALAYA. INI SARAWAK! JANGAN JADIKAN NEGERI KAMI SEPERTI SABAH! MANA HAK RAKYAT SABAH YANG DAHULUNYA BERBEZA SEJAK KEMASUKAN UMNO KE SANA, TERTIPU DENGAN UNGKAPAN "RUMPUN MELAYU"! HABIS HASIL KEKAYAAN SABAH DI BAWA KE SEMENANJUNG UNTUK MEMAJUKAN NEGERI2 DI SEMENANJUNG TERUTAMANYA KUALA LUMPUR. JALAN2 DI SABAH DAN PRASARANA LAIN DISANA TIDAK MENENTU! YANG MAJU DAN KAYA ORANG2 UMNO MELAYU DI SEMENANJUNG!UMNO ATAU PKR JANGAN CUBA NAK JADI TUAN DISINI! SARAWAK FOR SARAWAKIANS! KALAU BETUL UMNO NAK MASUK SARAWAK, TUKAR DULU HURUF 'M' FOR MALAY DALAM EJAAN UMNO TU KEPADA HURUF 'B' UNTUK BUMIPUTERA (UBNO). KAMI TAK MAHU ORANG LUAR MENENTUKAN MASA DEPAN NEGERI KAMI! BIAR ORANG SARAWAK SENDIRI YANG MENTADBIR NEGERI INI!KAMI SUDAH MEMPUNYAI PARTI POLITIK YANG MEWAKILI SEMUA KAUM BUMIPUTERA DI SARAWAK UNTUK MEMBELA DAN MENTADBIR SARAWAK. RAKYAT SARAWAK SENDIRI MAMPU MENGURUSKAN SARAWAK! TOLONG JANGAN JADI BATU API NAK PECAH BELAHKAN PERPADUAN RAKYAT SARAWAK! PERJUANGAN HAK BUMIPUTERA SARAWAK! ITU YANG SEBETULNYA!
ReplyDeletesaudara amarnaeng ni orang Malaya, pandai pulak tulis comment supaya tak bunyi bias sangat. politik sarawak tak perlu campur tangan UMNO atau PKR. saudara suruh orang belajar lagi, hebat sangat ke sarjana muda undang2 saudara tu? orang sarawak pun mempunyai kelulusan tinggi seperti saudara dan ada yang lebih tinggi lagi. kami faham negeri kami ni tak lah maju sangat seperti negeri2 di Malaya. tapi pemikiran rakyat kami tak lah semundur itu. jangan cuba nak jadi duri dalam daging di sarawak. saya setuju dengan 1 komen yang mencadangkan nama UMNO tu ditukar kepada UBNO "M" for Malay tu tukar kepada "B" for Bumis. baru tepat bunyinya dalam konteks Sarawak. kami tak nak jadi seperti Sabah wahai saudara amarneng. kami cuma perlukan parti yang mewakili seluruh kaum di sarawak. tapi bukan UMNO atau PKR. semangat kebangsaan melayu mereka ni terlalu tinggi. KETUANAN MELAYU CONTOHNYA..di semenanjung bunyinya memang sedap, tapi di sarawak? KETUANAN BUMIPUTERA LEBIH TEPAT. sebab ikut sejarah raja-raja melayu tak pernah berkuasa di sarawak sebelum merdeka. ini contoh komen yang BIAS dari seorang rakyat Sarawak!
ReplyDeleteKita tunggu sahaja samada hasrat mereka untuk bertanding ("demi kepentingan rakyat")sepertimana yang diheboh-hebohkan selama ini benar atau tidak?? Jika tidak!, maka rakyat boleh menilai publisiti murahan mereka selama ini hanyalah dimastermindkan oleh seorang atau dua yang mempergunakan nama umno untuk kepentingan dan agenda peribadi khususnya dalam mendapatkan projek!! Ianya akan terbukti tak lama lagi. Kita tunggu dan lihat lepas itu baru kita lakukan apa yang patut terhadap mereka yang menyalah guna serta mencemarkan nama umno ini!!!
ReplyDeletesesal dahalu pendapatan,sesal kemudian x berguna
ReplyDeleteitu la perumpamaan yg bulie d guna d negeri sabah..ada pemimpin pn stakat jd boneka yg hanya mencari kekayaan..sedangkan rakyat sabah kian mundur maju pada pakaian sahaja...
abis sumber kekayaan sabah ntah kemana perginya..
ini lah masalahnya jika umno bertapak di sabah