Monday, February 14, 2011

BN tiada masalah takluk semula Merlimau

(Komen menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau)

Selain faktor calon, empat resipi bakal menentukan kemenangan calon BN untuk meraih semula sokongan majoriti para pengundi DUN Merlimau, Melaka pada pengundian 6 Mac ini nanti jika parti-parti lain turut meletakkan wakil pada hari penamaan calon, 26 Februari ini.

Resepi terdiri daripada 'cukup bersedia', 'usaha gigih', 'semangat juang tinggi' dan 'sokongan padu semua kaum', bukan sekadar mengekalkan kemenangan tetapi dikatakan mampu meningkatkan majoriti undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, akibat serangan jantung.

Allahyarham yang meninggal dunia pada 19 Jan lepas, pada pilihan raya umum 2008, menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Apa yang pasti, kerusi DUN Merlimau tidak pernah dikuasai oleh pembangkang sejak merdeka lagi. Ini mengukuhkan jangkaan bahawa angin perubahan rakyat di kawasan tersebut agak mustahil untuk berlaku menerusi pilihan raya terbabit.



Rakyat di DUN Merlimau cukup yakin dengan keupayaan wakil rakyat Umno memimpin mereka ke arah kemajuan menerusi kesinambungan pembangunan.

Bukan mendapat sokongan di kalangan pengundi Melayu semata-mata, calon Umno turut diterima baik oleh pengundi Cina dan India. Sekali gus ia mempamerkan kepercayaan kaum-kaum lain terhadap Umno.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau merupakan yang ke-15 diadakan selepas Pilihan Raya Umum 2008.



Sementara itu, momentum kemenangan BN ketika pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari lepas perlu dikekalkan.

Calon BN di Tenang Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - menewaskan calon Pas, Normala Sudirman.

Kini tumpuan politik tanah air sedikit-sebanyak berkisar dengan siapa calon BN di Merlimau. Tarikh pengumuman calon belum lagi dipastikan.

Ketua Menteri Melaka yang dilantik menjadi pengarah pilihan raya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, semua bakal calon akan ditapis agar menjamin kemenangan BN.

Antara nama yang disebut-sebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam), Mohamed Nasser Selamat.

Nasser, 46, merupakan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin dan anak jati Merlimau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat.

Enam lagi calon yang turut disenaraikan ialah Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Mohd. Said Yusof serta dua Ahli Jawatankuasa bahagian iaitu Abdul Nasir Bazid dan Roslan Datuk Ahmad.

Tiga lagi calon lain ialah Ketua Wanita bahagian, Zaleha Bujang; Ketua Pemuda, Zaidi Atan dan Ketua Puteri, Siti Faezah Datuk Aziz.

BN dijangka akan bertanding menentang calon Pas. Calon Pas akan diumumkan pada 24 Februari ini.

2 comments:

  1. UMNO SARAWAK? JANGAN CUBA NAK PECAH BELAHKAN PERPADUAN KAUM DI SARAWAK SELAMA INI, JANGAN BAWAK POLITIK PERKAUMAN SEMPIT KE SARAWAK! BANGSA MELAYU BUKAN KAUM MAJORITI DI SINI SEPERTI DI SEMENANJUNG MALAYA. INI SARAWAK! JANGAN JADIKAN NEGERI KAMI SEPERTI SABAH! MANA HAK RAKYAT SABAH YANG DAHULUNYA BERBEZA SEJAK KEMASUKAN UMNO KE SANA, TERTIPU DENGAN UNGKAPAN "RUMPUN MELAYU"! HABIS HASIL KEKAYAAN SABAH DI BAWA KE SEMENANJUNG UNTUK MEMAJUKAN NEGERI2 DI SEMENANJUNG TERUTAMANYA KUALA LUMPUR. JALAN2 DI SABAH DAN PRASARANA LAIN DISANA TIDAK MENENTU! YANG MAJU DAN KAYA ORANG2 UMNO MELAYU DI SEMENANJUNG!UMNO ATAU PKR JANGAN CUBA NAK JADI TUAN DISINI! SARAWAK FOR SARAWAKIANS! KALAU BETUL UMNO NAK MASUK SARAWAK, TUKAR DULU HURUF 'M' FOR MALAY DALAM EJAAN UMNO TU KEPADA HURUF 'B' UNTUK BUMIPUTERA (UBNO). KAMI TAK MAHU ORANG LUAR MENENTUKAN MASA DEPAN NEGERI KAMI! BIAR ORANG SARAWAK SENDIRI YANG MENTADBIR NEGERI INI!KAMI SUDAH MEMPUNYAI PARTI POLITIK YANG MEWAKILI SEMUA KAUM BUMIPUTERA DI SARAWAK UNTUK MEMBELA DAN MENTADBIR SARAWAK. RAKYAT SARAWAK SENDIRI MAMPU MENGURUSKAN SARAWAK! TOLONG JANGAN JADI BATU API NAK PECAH BELAHKAN PERPADUAN RAKYAT SARAWAK! PERJUANGAN HAK BUMIPUTERA SARAWAK! ITU YANG SEBETULNYA!

    ReplyDelete
  2. KALU BERANI POSTKAN KOMEN AKU TU!! HENTIKAN PROPAGANDA NAK PECAH BELAHKAN RAKYAT SARAWAK! DOWN WITH UMNO SARAWAK!

    ReplyDelete