Friday, October 7, 2011

Sukarelawan pemuda BN dan 'Early Response Team' berkhidmat di seluruh Sarawak

Early Response Team

Sunday, January 30, 2011

Penubuhan Sukarelawan Pemuda BN Negeri patut di puji

Penubuhan Jawatankuasa Sukarelawan Pemuda BN Negeri yang dipengerusikan oleh Mohd Kamaluddin Haji Mohd Effendie adalah satu usaha yang baik dan patut disokong oleh semua pihak.
Bahkan penubuhan jawatankuasa ini yang turut memain peranan sebagai pasukan bertindak cepat (Early Response Team) bagi membantu dalam perkara berkaitan bencana alam, msibah dan sebagainya.
Sarawak memerlukan kepimpinan muda seperti Datuk Fadilah Yusuf dan Kamaluddin untuk melengkapi generasi muda dengan semangat sukarelawan dan keprihatinan yang tinggi agar menjadi generasi yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.
Walaupun pada ketika ini adanya cemuhan-cemuhan yang dilemparkan kepada Fadilah dan Kamaluddin kerana jawatankuasa ini kelihatan gagal bertindak membantu mangsa-mangsa banjir dalam kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini.  Jawatankuasa ini hanya baru ditubuhkan dan ianya memerlukan masa untuk dapat benar-benar berfungsi secara optima.

Berilah masa kepada jawatankuasa ini dan juga pemimpin muda Sarawak Fadilah dan Kamaluddin.

Apa jua kritikan ataupun cemuhan yang dilemparkan terhadap jawatankuasa ini, Fadilah dan Kamaluddin patut dipuji atas usaha penubuhan ini.

No comments:

Post a Comment