Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

Affendi terus berjuang demi Umno di Sarawak


Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) akan meletakkan calonnya pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, dengan hasrat mampu meraih sokongan majoriti rakyat dan sekali gus diberi lampu hijau untuk menebarkan sayap Umno secara rasmi.

Pengerusi JPUNS, Affendi Jeman berkata keputusan itu adalah untuk kepentingan rakyat dan kemajuan Sarawak yang masih memerlukan banyak projek pembangunan infrastruktur, terutama jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik.

"Hasrat menyertai pilihan raya adalah sebagai memenuhi permintaan dari ahli-ahli dan penyokong JPUNS di seluruh Sarawak dan Semenanjung.

"Saya sendiri akan bertanding di salah satu kawasan DUN majoriti Melayu di Bandar Raya Kuching," katanya menerusi satu kenyataan.


Wednesday, October 27, 2010

Apa jadahnya sentimen anti-Malaya?

Sukar untuk faham mengapa 'gerakan' anti-Malaya masih wujud meskipun sudah sekian lama Persekutuan Malaysia dibentuk yang menggabungkan tiga wilayah (dahulu empat, sebelum Singapura keluar dari persekutuan) Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Memang benar pembangunan Persekutuan Malaysia banyak bertumpu di semenanjung, tetapi itu cerita lama. Sekarang yang nyata, peruntukan untuk melaksanakan pembangunan banyak diberi kepada kerajaan negeri Sarawak dan Sabah.

Sunday, October 10, 2010

JPUNS susun semula strategi, usaha bawa Umno ke Sarawak dipergiat.

Beberapa minggu orang-ramai tidak disajikan tentang berita mengenai usaha perjuangan Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) di dada akhbar yang berusaha membawa masuk parti tulang belakang Barisan Nasional (BN).

Bisik-bisik orang-ramai di kaki lima kedai mengatakan JPUNS kini menyusun semula strategi apabila cubaan mereka mendapat tentangan daripada para pemimpin BN di Sarawak.

Tentangan mereka kerana risau dakwaan Affendi Jeman, Pengerusi JPUNS, benar apabila sering melaungkan keahlian pergerakan itu di seluruh negeri kini mencapai 70,000 orang.

Saturday, October 9, 2010

Kerajaan Pakatan di Sarawak sekadar mimpi.


Tidak salah meletakkan keyakinan tinggi meskipun tahu keputusan pilihan raya Sarawak kesepuluh adalah satu perkara mustahil menyaksikan Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya membentuk kerajaan negeri menggantikan Barisan Nasional (BN).

Keyakinan dikaitkan apabila pihak terbabit cuba memujuk agar mereka tidak tewas secara saraf sebelum tiba di medan pertempuran. Tidak salah.

Friday, October 1, 2010

Oh Fatimah! Kau setia dan bela Taib Mahmud.


KUCHING: Menteri Di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah tidak wajar dipersalahkan bulat-bulat berhubung isu wartawan kanan Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan yang mengkritik Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana enggan berundur.