Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Saturday, October 30, 2010

DAP gusar 'Sejarah'?Risau ia perkukuhkan kedudukan Melayu/ Bumiputera dalam Perlembagaan

Oleh: Datuk Dr. Firdaus Abdullah - Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Kenapakah DAP tiba-tiba seperti melatah dan melenting bila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Sejarah akan dijadikan sebagai salah satu subjek wajib lulus untuk memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013?

Pengumuman itu sepatutnya disambut baik dan dialu-alukan sebagai satu langkah penting untuk membina rasa kebersamaan di kalangan generasi muda. Rasa kebersamaan (persamaan persepsi tentang sejarah masa lalu dan persamaan harapan untuk masa hadapan) adalah salah satu syarat utama untuk membina sebuah negara bangsa.

Dan ini akan dapat dicapai melalui satu silibus pelajaran Sejarah yang seragam yang sama-sama dipelajari oleh semua murid dan pelajar pada setiap peringkat sistem persekolahan kita.

Begitulah seharusnya satu reaksi yang sihat terhadap pengumuman Muhyiddin itu.

Wednesday, October 27, 2010

DAP pertikai keistimewaan Bumiputera !!!


DAP PERTIKAI KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA DI KG BARU, TAPI MEMBISU DI KG MELAYU!

Tony pertikai diskaun hartanah Bumiputera di depan pengundi cina

Siapa tak kenal politik desperado DAP? Parti anak beranak  ‘Lim’ serupa PKR Anwar-Izzah- Azizah semalam turut menunjukkan taring ‘keCINAan’ mereka di Kampung Baru Galas, tapi kemudian menikus di Kampung Kerinting yang majoritinya Melayu.
Depan pengundi melayu lain pula cerita..

Dalam ceramah yang disampaikan Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara di dua lokasi berasingan malam ni, menunjukkan Si Pua amalkan sikap bermuka-muka!! Di Kampung Baru, dia pertikaikan keistimewaan orang melayu di depan pengundi Cina untuk timbulkan rasa tidak puas hati kaum itu kepada kerajaan.

Saturday, October 9, 2010

Kerajaan Pakatan di Sarawak sekadar mimpi.


Tidak salah meletakkan keyakinan tinggi meskipun tahu keputusan pilihan raya Sarawak kesepuluh adalah satu perkara mustahil menyaksikan Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya membentuk kerajaan negeri menggantikan Barisan Nasional (BN).

Keyakinan dikaitkan apabila pihak terbabit cuba memujuk agar mereka tidak tewas secara saraf sebelum tiba di medan pertempuran. Tidak salah.