Kenapakah DAP tiba-tiba seperti melatah dan melenting bila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Sejarah akan dijadikan sebagai salah satu subjek wajib lulus untuk memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013?
Pengumuman itu sepatutnya disambut baik dan dialu-alukan sebagai satu langkah penting untuk membina rasa kebersamaan di kalangan generasi muda. Rasa kebersamaan (persamaan persepsi tentang sejarah masa lalu dan persamaan harapan untuk masa hadapan) adalah salah satu syarat utama untuk membina sebuah negara bangsa.
Dan ini akan dapat dicapai melalui satu silibus pelajaran Sejarah yang seragam yang sama-sama dipelajari oleh semua murid dan pelajar pada setiap peringkat sistem persekolahan kita.
Begitulah seharusnya satu reaksi yang sihat terhadap pengumuman Muhyiddin itu.