Showing posts with label Galas. Show all posts
Showing posts with label Galas. Show all posts
Sunday, November 7, 2010
Friday, November 5, 2010
Yong gagal guna sentimen kewilayahan, Galas terima Umno

Usaha bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee memancing pengundi menggunakan sentimen kewilayahan tidak membuahkan hasil pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi apabila calon BN Datin Linda Tsen menang.
Yong daripada SAPP gagal meraih undi majoriti menggunakan sentimen tersebut kerana Umno - meskipun bukan calonnya bertanding - membuktikan Umno tidak pernah mengenepikan hak kaum lain sejak berada di Sabah.
Linda, daripada PBS, 'mewarisi' kerusi tersebut daripada mendiang suaminya Datuk Edmund Chong Ket Wah yang meninggal dalam kemalangan pada 9 Oktober lepas.
Pilihan raya tersebut menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Selain Linda dan Yong, PKR turut mengetengahkan calonnya, Ansari Abdullah.
Linda, guru muzik sambilan, meraih majoriti 6,359 undi dengan memperoleh 9,773 undi berbanding Ansari 3,414 undi dan Yong 2,031 undi.
Labels:
Abdul Aziz,
Batu Sapi,
Galas,
Linda Tsen,
PAS,
PKR,
Sabah,
UMNO
Wednesday, October 27, 2010
DAP pertikai keistimewaan Bumiputera !!!
DAP PERTIKAI KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA DI KG BARU, TAPI MEMBISU DI KG MELAYU!
Tony pertikai diskaun hartanah Bumiputera di depan pengundi cina |
Siapa tak kenal politik desperado DAP? Parti anak beranak ‘Lim’ serupa PKR Anwar-Izzah- Azizah semalam turut menunjukkan taring ‘keCINAan’ mereka di Kampung Baru Galas, tapi kemudian menikus di Kampung Kerinting yang majoritinya Melayu.
Depan pengundi melayu lain pula cerita.. |
Dalam ceramah yang disampaikan Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara di dua lokasi berasingan malam ni, menunjukkan Si Pua amalkan sikap bermuka-muka!! Di Kampung Baru, dia pertikaikan keistimewaan orang melayu di depan pengundi Cina untuk timbulkan rasa tidak puas hati kaum itu kepada kerajaan.
Tuesday, October 12, 2010
Ku Li, Umno dan Galas

Sejak dua minggu lalu, Tengku Razaleigh Hamzah kembali mendapat perhatian dalam arena politik khususnya di kalangan ahli Umno.
Tetapi dalam pada itu beliau memberi mesej pelantikan beliau sebagai pengarah jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Galas tidak akan mengubah pendiriannya selama ini lantang bersuara membabitkan kepentingan partinya dan juga kerajaan.
Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1969 ini menegaskan, beliau sama sekali tidak dan tidak akan menggadai prinsip dan pendirian dalam mengutarakan perbezaan pendapatnya hanya kerana jawatan pengarah pilihan raya.

Subscribe to:
Posts (Atom)