Friday, October 1, 2010

Oh Fatimah! Kau setia dan bela Taib Mahmud.


KUCHING: Menteri Di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah tidak wajar dipersalahkan bulat-bulat berhubung isu wartawan kanan Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan yang mengkritik Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana enggan berundur.

Tidak wajar kerana, Fatimah merupakan ahli politik yang diangkat Ketua Menteri dari seorang guru menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat dan seterusnya menjadi Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri sebelum ke jawatan sekarang.

Mengambil kira jasa Taib secara peribadi, beliau muncul membela menerusi akhbar The Star pada 1 Okt 2010.

Dari satu perspektif lain, Fatimah sebenarnya gagal menyelami maksud 'suara' dari Malaya.


Kiasan Melayu mengatakan hanya jauhari mengenal manikam - yang jelas Fatimah bukan jauhari, mampu mengenal manikam.

Luahan atau komen Zaini itu bukan datang dari dirinya seorang.

Utusan Malaysia merupakan akhbar Umno. Umno tahu dan arif tentang keperluan Sarawak yang bakal menghadapi pilihan raya negeri kesepuluh.

Meskipun Taib bukan pemimpin Umno, Umno enggan menanggung beban kedegilan seorang pemimpin yang sudah lama memerintah lantas Barisan Nasional akan beroleh kekalahan besar pada pilihan raya negeri kelak.

Pucuk pimpinan Umno yakin punca kemerosotan sokongan para pengundi terutama dari kalangan kaum Cina disebabkan Taib yang dikatakan terlampau lama berada di mercu pemerintahan kerajaan negeri.

Malahan Umno sudah mengenalpasti beberapa calon untuk diletakkan sebagai Ketua Menteri Sarawak menggantikan Taib.

Dengan harapan calon itu kelak mampu membuka jalan kepada Umno untuk membantu dalam membangunkan ekonomi Bumiputera.

Fatimah dalam The Star dipetik berkata pihak yang terbabit dalam menggesa Taib untuk berundur, merupakan mereka yang memiliki agenda tersembunyi demi kepentingan sendiri.

Oh Fatimah! Ya Umno mempunyai agenda. Agenda membantu Bumiputera keluar dari kepompong kemiskinan. Itu agenda tersembunyi Umno.

No comments:

Post a Comment